BAB 60 💛

15.9K 614 82
                                    

Seorang lelaki berambut keperang - perangan duduk pada kerusi yang empuk sambil menghadap telefon bimbitnya.

Klak!

Pintu biliknya dibuka, seorang anakbuahnya masuk kedalam.

"Boss, saya dapat maklumat baru tentang Micheal Jason."

Ujar anak buahnya kepada lelaki tersebut, terus pandangan lelaki itu diahlikan memandang kearahnya.

"Maklumat apa yang kau dapat?" soalnya dingin serta matanya sedikit pun tidak diahlikan dari memandangnya anakbuahnya.

"Saya dapat tahu tentang rancangan Micheal untuk membunuh keluarga boss," terangnya dengan serius, lelaki tersebut kelihatan marah dan rahang diketap, namun selepas itu dia tersenyum sinis.

"Kau perhatikan je dia selalu, pastikan rancangan dia gagal! Kalau kau dapat maklumat yang dia bertindak diluar jangkaan, kau segera beritahu aku, FAHAM?" tegas dia berkata dan dibalas anggukan dari anakbuahnya sebelum anak buahnya keluar.

"Micheal, kau fikir kau boleh bunuh keluarga aku ke?Never bitch! Aku akan pastikan, aku bunuh kau dulu." ujarnya sinis sendiri, selepas berapa minit pintu bilik dibuka, ada seorang lelaki kacak seperti dirinya masuk dan duduk berhadapan dengan lelaki tersebut.

"So, kau dah dapat maklumat baru dari anak buah kau?" soalnya kepada lelaki tersebut.

"Dah, aku dah dapat, lelaki sial tu fikir boleh bunuh keluarga aku ke?" ujarnya dengan senyuman sinis yang terlakar dibibirnya.

"Apa rancangan kau selepas ni?" soal rakan kepada lelaki tersebut itu lagi.

"Aku hanya tunggu rancangan dia je, dan bila tiba masanya, aku akan muncul dan bunuh dia Sandy," jawabnya kepada rakannya yang bernama Sandy.

"Kau taknak jumpa keluarga kau ke Aiman? Kau tak kasihankan adik kau ke yang sentiasa rindu kau, terutama sekali abang kau, Irfan." kata Sandy kepada Aiman, lelaki tersebut tidak menjawab, dia hanya berdiam diri.

"Aku belum bersedia lagi, Sandy. Aku pasti akan muncul bila dah tiba masanya, buat masa ni aku perlu sembunyikan diri aku dari pengetahuan Micheal supaya senang untuk aku perhatikan dia," terangnya kepada Sandy.

"Kalau itu keputusan kau, aku tetap sokong kau bro." ujarnya kepada Aiman, dia tersenyum hambar, dia pun sangat merindui keluarganya.

Jika boleh ingin sahaja dia pergi berjumpa dengan mereka, tetapi dia tidak boleh kerana dendamnya belum lunas lagi.

Sebenarnya, Aiman masih hidup ketika dia berada dihospital, doktor yang menyelamatkannya tetapi dia meminta agar membuat kematian palsu atas dirinya.

Flashback

Hospital Damansara

Bilik kecemasan masih tertutup, hampir 2 jam mereka menunggu namun pintu tersebut masih tertutup, Irfan dan keluarganya serta rakan-rakannya masih setia menunggu diruangan yang disediakan.

Tengku Khaisarah menangis teresak-esak dalam dakapan suaminya, Manakala Atilia pula menangis dalam dakapan Irfan. Iskandar, Raziq dan Daniel hanya berdiam diri dengan airmata yang mengalir.

Pintu bilik dibuka, seorang doktor yang sudah berumur keluar dengan senyuman hambar, terus mereka semua menyergah doktor tersebut.

"Dok, macam mana keadaan anak saya?" soal Tengku Khaisarah.

"Alhamdulillah puan, dia berjaya diselamatkan cuma buat masa ni kami tak pasti jika dia dapat teruskan hidup sebab kesihatan dia 50-50. Doakan yang baik-baik sahaja agar anak puan dapat bertahan." kata doktor tersebut. Tengku Khaisarah terduduk jatuh kelantai, pantas suaminya mendapatkan Tengku Khaisarah manakala Irfan pula sudah menyandarkan badannya pada dinding dengan airmata yang setia membasahi pipi.

"Abang, anak saya bang, dia takkan tinggalkan kita kan? Dia kuat kan abang?" kata Tengku Khaisarah tersendu-sendu.

"Insyaallah, Aiman akan baik-baik sahaja, kita berdoa minta dengan Allah untuk tidak menarik nyawa Aiman ye sayang." ujarnya kepada isterinya.

Tengku Atilia memeluk tubuh abangnya Irfan  dia menangis semahunya dalam pelukan abangnya.

"Abang, angah akan tinggalkan kita ke? Dia tak sayang ke dengan adik? Angah dah janji yang dia takkan tinggalkan adik, tapi kenapa sekarang angah nak tinggalkan adik? Angah bohong abang, angah tipu adik, angah jahat." luah Atilia sayu, Irfan memeluk dan mencium ubun-ubun adiknya, dia sendiri tidak tahu nak jawab apa kepada adiknya.

Aiman sudah dipindahkan ke wad VVIP, mereka semua meninggalkan Aiman dan pulang sebentar tetapi dibilik Aiman terdapat dua orang pengawal yang menjaganya.

Seorang doktor dan beberapa orang jururawat masuk kedalam wad Aiman, semasa dia memeriksa keadaan Aiman, matanya dibuka secara perlahan-lahan.

"Doktor?"

Seru Aiman lemah, doktor tersebut terkejut namun selepas itu dia mengukirkan senyuman kepada Aiman.

"Tengku Aimansyah, akhirnya awak dah sedar, mesti keluarga awak happy bila tahu berita ni." kata doktor tersebut namun Aiman hanya tersenyum hambar sahaja.

"Dok, boleh saya berbincang dengan awak, hanya kita berdua sahaja." pintanya lalu doktor tersebut mengganguk dan menyuruh kesemua jururawat tadi keluar untuk memberikan mereka berdua privasi.

"Apa yang awak nak bincangkan Tengku Aimnsyah?" soal doktor tersebut.

"Saya nak minta tolong dengan doktor agar buat laporan kematian palsu untuk saya." pintanya kepada doktor tersebut.

"Kenapa pula awak nak buat laporan palsu, awak tak kasihan dekat keluarga awak ke?" soalnya.

"Sebab saya sayanglah, saya lakukan semua ini, saya lakukan semua ini pun bersebab, boleh ye dok." rayunya kepada doktor tersebut, lama kelamaan doktor tersebut bersetuju untuk membantu Aiman.

Selepas itu, mereka membuat perancangan bilik wad Aiman terbakar dari dalam, dan mereka mengambil mayat yang rentung akibat kebakaran dijadikan sebagai mayat Aiman, mereka juga mengambil darah milik Aiman agar bila keluarganya membuat ujian DNA ianya akan serupa.

Dan bermula dari situlah kehidupan Aiman dijaga sepenuhnya oleh Sandy yang merupakan rakan karibnya, namun keluarganya tidak mengetahui tentang Sandy dan itu memudahkan lagi rancangannya.

Sepanjang kehidupannya itu, dia mengawasi keluarganya dan gerak-geri Micheal dari jauh Dan dia juga sudah menjadi ketua mafia dari kumpulan Black Dragon, itu semuanya atas bantuan Sandy juga kerana dia merupakan ahli mafia juga.

Dia juga tahu lelaki yang selalu menggangu adiknya, lelaki itu seorang psycho yang bernama Wandy.

Namun, dia sudah pun membunuh lelaki tersebut kerana dia mendapat tahu rancangan lelaki itu ingin menculik dan merogol Atilia, dia takkan benarkan lelaki itu menyentuh adik kesayangannya.

Mengenai Putri yang diculik pula, dia yang membantu Daniel untuk menghapuskan sistem virus secara senyap, jika anakbuahnya memberitahu tentang penculikan kakak iparnya lebih awal, sudah tentu abangnya tidak akan menunggu lama sehingga beberapa bulan, namun anakbuahnya memberitahunya lewat, selepas sahaja dia mendapat berita itu, dia terus menyuruh Sandy untuk menggodam sistem kedudukan Putri dan dalam masa sehari sahaja Sandy berjaya melakukan itu, dan akhirnya Daniel dapat menjejaki kakak iparnya.

End Flashback

"Jom kita pulang, dah lewat ni." ujar Sandy lalu dibalas anggukan dari Aiman.

'Adik, along, mom, dad, angah janji akan kembali kepada kamu semua semula, hanya menunggu masa sahaja lagi.' desis hatinya.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now