"Assalamualaikum." laung Iskandar.
"Waalaikumsalam Is," jawab Puan Nurhuda sambil menangis teresak-esak.
Lepas sahaja dia mendapat tahu yang Putri Qhaisara hilang, laju sahaja tangannya menghubungi anak lelakinya dan suaminya. Cemas Iskandar dan suaminya apabila mendengar berita itu.
"Umi janganlah nangis, umi jangan risau eh, Is akan cari adik sampai jumpa, jangan risau eh?" pujuk Iskandar lalu kedua tangan ibunya digenggam erat.
Iskandar pun risau juga akan keselamatan adiknya. Sudahlah adiknya perempuan, tapi dia cuba menjadi setenang yang mungkin. Dia tidak mahu melenting dan tidak mahu salahkan ibunya kerana tidak menjaga adiknya dengan baik.
"Kita cari adik sekarang eh, kasihan adik dekat luar." rayu Puan Nurhuda kepada anak terunanya.
"Umi janganlah macam ni, umi kena kuat, insyaallah adik tak apa-apa. Hal cari adik, biar Is je yang uruskan, umi duduk dalam rumah je berehat." pujuk Iskandar kepada ibunya. Sungguh dia kasihan melihat keadaan ibunya sebegitu. Sudah tidak terurus, ini baru berapa jam Putri hilang, kalau bertahun, tak tahulah.
"Iyelah, Is janji tau dengan umi, cari adik sampai jumpa." kata Puan Nurhuda lalu dia mengesat airmatanya menggunakan telapak tangannya.
"Is janji," jawab Iskandar.
Iskandar cuba untuk tersenyum dan memeluk tubuh ibunya. Selepas itu, Puan Nurhuda meninggalkan Iskandar dan menuju kearah biliknya.
Setelah hilang sahaja kelibat ibunya, Iskandar keluarkan keluhan dari mulutnya lalu rambutnya diraup dengan kasar.
"Adik, adik dimana sayang? Tolong jangan buat abang Is risau macam ni. Adik dekat mana sayang?Abang janji dik, akan cari adik sampai jumpa." gumam Iskandar lalu mengesat airmatanya yang mengalir sebentar tadi.
Kunci kereta diambil dan dia keluar dari rumah mereka. Kereta ditujui dan dia meloloskan diri kedalam perut kereta. Dia akan mencari adiknya sampai jumpa. Kereta memecut laju meninggalkan perkarangan rumah banglo mereka.
"Huda, abang datang ni Huda." jerit Encik Mahmud setelah sampai dirumah mereka.
Puan Nurhuda yang mendengar namanya dipanggil oleh suaminya, laju sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik mereka dan menuruni anaktangga untuk berjumpa suaminya.
"Abang." sayu sahaja Puan Nurhuda memanggil namanya. Airmatanya mengalir kembali dengan lebat.
Dia memeluk tubuh suaminya dan menangis teresak-esak dalam pelukan suaminya. Encik Mahmud membalas pelukan isterinya sambil tangannya mengusap belakang tubuh isterinya.
"Insyaallah Putri baik-baik sahaja, kita doakan keselamatan dia, walau dimana dia berada ye sayang." pujuk Encik Mahmud lalu mencium ubun-ubun isterinya.
"Huda takut abang, huda takut kalau apa-apa terjadi dengan anak kita. Anak kita tu perempuan abang, ditambah lagi dia tidak normal abang." kata Puan Nurhuda dengan sayu.
"Insyaallah, kita fikir yang positif ye, anak kita kan kuat, takde apalah." pujuk Encik Mahmud lagi kepada isterinya.
Tipulah kalau Encik Mahmud tidak risau akan keselamatan anak gadisnya. Dia sangat risaukan anak gadisnya yang hanya satu-satunya Puteri hati mereka.
Dia ingin melaporkan kepada pihak polis, tetapi anak lelakinya Iskandar melarangnya . Dia berkata, biar dia sahaja yang uruskan pencarian Putri Qhaisara. Encik Mahmud hanya menuruti sahaja apa yang dikatakan oleh anak lelakinya.
Encik Mahmud meleraikan pelukan dan mengesat airmata isterinya menggunakan ibu jarinya. Dia mengukirkan senyuman kecil kepada isterinya.
"Sudah, jom kita naik. Awak rehatkan fikiran awak dulu, insyaallah semuanya baik-baik sahaja." kata Encik Mahmud kepada isterinya. Puan Nurhuda hanya mengganguk sebelum mengikuti langkah suaminya menuju ke bilik mereka.
'Semoga Putri dibawah lindungan tuhan ye sayang, umi sentiasa doakan keselamatan Putri walau dimana sahaja Putri berada.' desis Puan Nurhuda dengan sayu.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄
Acción( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020 ) 🏅RANKING NO 2 COMEDY ( 07/01/2021 ) 🏅RANKING NO 2 ACTION ( 08/01/2021 ) 🏅RANKING NO 1 KILL ( 22...