Sudah hampir sebulan Atilia terlantar dihospital, namun tiada tanda-tanda dia sedarkan diri. Irfan selalu menjenguknya pada hari sabtu dan ahad sahaja, sebab kerja di pejabatnya sangat banyak, ditambah pula dengan musuh-musuh gelapnya.
Tengku Khaisarah dan suaminyalah yang selalu menjenguknya, begitu juga dengan Putri dan Iskandar, perkhawinan Irfan dan Putri pun dah nak berlangsung.
Memandangkan Tengku Khaisarah dan suaminya pergi outstation, Iskandar dan adiknya sahaja yang datang melawatnya. Pintu wad dibuka, Iskandar dan adiknya masuk kedalam wad itu.
"Assalamualaikum lia, abang Is datang dengan Putri ni supaya lia tak sunyi. Abang lia tak dapat datang sebab banyak sangat kerja dekat office, ibu dan ayah lia pula pergi outstation." ujar Iskandar lalu mengambil kerusi disebelah katil itu dan duduk. Putri Qhaisara seperti biasa, duduk disofa tidak jauh dari Iskandar sambil membaca buku cerita.
Hati Iskandar sayu melihat keadaan Atilia yang tidak berubah, sama sahaja. Tetapi, dia tidak akan mengalah malah dia sudah berjanji takkan cintakan gadis lain selain Atilia, itu janjinya.
Bibirnya mengukirkan senyuman kecil lalu dia mengucup tangan, pipi, dan dahinya dengan lembut. Putri yang perasan hal itu lantas dia menjerit.
"Abang Is! Kenapa suka-suka cium akak lia huh? Tak baik tau ambil kesempitan dalam kesempatan, abang Is bukannya suami akak lia pun, dosa tau dosa." katanya sambil jarinya digerakkan ke kiri ke kanan sambil mata dikecilkan.
Iskandar menepuk dahinya, kepala digelengkan, Ya Allah, aku fikir bila dah nak jadi isteri orang ni, fikiran tak lurus bendul lagi, rupanya lurus bendulnya itu bertambah. Umi, kenapalah anak umi sorang ni lurus bendul sangat, lurus bendul dia pun tetap menjadi adik kesayangan awak.
"Bukan ambil kesempitan dalam kesempatan adik, tapi kesempatan dalam kesempitanlah bangang! And adik tak payah nak tegur abang Is sebab adik tu kecil tau, tak baik tau tengok scene macam tadi tu, nanti mata adik rosak, adik nak ke macam tu?" soalnya kepada Putri, sengaja dia ingin menakutkan adiknya, sudahlah dia malu ditegur adiknya, nasib bukan rakan-rakannya, kalau tak habis dia dijadikan bahan. Lagipun, dia tak ingat yang dia ada bawa adiknya sekali.
"Yeke, abang Is? Ish, little taknaklah tengok, nanti mata little rosak. Kalau dah rosak, tak boleh tengok kartun dah dan tak boleh tengok muka hensem abang Is," jawabnya sambil tersengih. Melopong mulut Iskandar mendengarnya. Eh gatalnya, adik siapalah ni.
"Amboi asal gatal sangat ni? Siapa yang ajar huh?Kecil lagi dah gatal, tak padan dengan kecil tapi gatal dia besar." katanya kepada adiknya lalu mata dijulingkan keatas. Putri tetap dengan sengihannya.
"Little belajar dari abang Is lah, kalau little gatal, mesti abang dia dua kali ganda gatalnya kan, betul tak?" jawabnya sambil membuat muka comel. Membulat mata Iskandar, eh budak ni kan, nak je aku koyak-koyak mulut tu supaya tak boleh bercakap.
"Adik nak minta kaki ke? Bila masa pula abang Is ajar adik? Sedap mulut mak bapak dia je cakap macam tu!" bebel Iskandar kepada adiknya. Pandai-pandai je cakap aku yang ajar, nanti kalau umi dan abah dengar, mampus aku dengar bebelan mereka. Lalu Iskandar mencapai air mineral untuk dia hilangkan dahaganya.
"Buat apa pula little nak kaki abang Is? Kan kaki little ni elok je ada, tak cacat pun, dan mulut umi dan abah tu ibubapa kita berdua tau bukan little sorang je. Peliklah abang Is ni, kenapa cakap mulut umi dan abah sedap? Abang Is pernah cium eh? Sama macam abang Is cium akak lia tadi." ujarnya sambil tersenyum senget kearah abangnya. Iskandar waktu itu tengah minum, tersembur air tersebut air tersebut dari mulutnya, Ya Allah, kenapalah fikiran adik aku ni jauh sangat macam dilautan hindi dah aku tengok.
"Apa yang adik merepek ni? Adik gila ke apa? Maksud main sedap mulut tu, maksudnya bercakap main lepas je," terangnya kepada Putri. Boleh pula dia cakap aku cium umi dan abah, tak boleh aku bayangkan kalau itu pernah berlaku, lalu kepala digelengkan.
"Bila masa pula little cakap main lepas je? Little tak pernah terlepaslah nak bercakap dengan abang. Little bercakap depan abang Is kot, kemana pula kata little terlepas atau terbang, abang sendiri kan dengar apa yang little cakap, macam mana pula boleh terlepas, ish abang Is ni," terangnya kepada abangnya lalu tangan disilangkan didada sambil memandang wajah Iskandar dengan geram. Iskandar menepuk dahinya, dia sudah berputus asa nak bercakap dengan adiknya, dia kata A, adiknya pula jawab B, jadi dia membuat keputusan untuk diam sahaja.
Melihat diri abangnya tidak bersuara, dia mula tersenyum menang, dia mengejek abangnya yang tidak memandangnya.
''Elley, rasa bersalah tu. Itulah lainkali cakap tu fikir dulu sebelum bercakap ye abangku sayang. Tapi, little peliklah setiap kali je little menjawab, semua orang tak ajukan lagi soalan dekat little, mereka terus diam, kenapa eh? Mungkin sebab little betul kot, korang salah." ujarnya dengan bangga lalu dia tergelak kecil dan sebelah tangannya menepuk-nepuk pehanya.
Iskandar buat muka menyampah, betullah sangat, kitaorang diam sebab tak kuasa nak layan perangai lurus bendul kau tu, bazir airliur je.
Keadaan dalam bilik itu sunyi kembali, sebelum Putri bersuara, dia mengejutkan abangnya yang sedang tidur dalam posisi duduk.
"Abang Is bangunlah, litte lapar ni, bangunlah." dia menggoncangkan tubuh abangnya yang tidur mati. Setelah mengejutkannya berkali-kali, namun abangnya tetap sahaja tidak bangun, dia mendengus geram lalu kaki dihentak-hentak ke lantai.
"Ishh, pemalas betullah nak bangun eh. Geram tahu tak! Nak je little ketuk kepala tu guna kasut little, biar kepala tu benjol." setelah berkata begitu, dia mengambil keputusan untuk keluar sendiri untuk mengisi perutnya yang sedang bernyanyi.
Ketika dia membuka pintu, terlihat 4 orang berbadan tegap pantas menoleh kearahnya, Putri menelan airliur, seram melihat wajah mereka yang seakan mahu menelannya hidup-hidup.
"Puan nak kemana?" soal dari salah seorang dari mereka dengan dingin, Putri hanya tersengih sahaja.
''Ermm---pu-tri-na-k kesana-se-ke-jap," jawabnya tergagap kepada mereka berempat, lelaki itu memandangnya seketika sebelum kembali bersuara.
"Kalau macam tu, dua dari kami ikut Puan dari belakang." ujar lelaki itu lagi kepadanya . Lantas Putri menggeleng tanda tidak setuju. Dekat je kot, buat apa nak ada peneman.
"Eh, takpe. Korang jaga je dekat sini, lagipun korang kan disuruh kawal tempat ni, bukannya kawal keselamatan saya," jawabnya sambil melemparkan senyuman kepada mereka.
"Tapi ---- " belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, laju sahaja Putri memotongnya.
"Takde tapi-tapi, kalau korang paksa Putri juga, Putri tak segan-segan beritahu abang Is, korang buli Putri sebab nak suruh Putri ikut cakap korang." ugutnya kepada mereka. Setelah mereka mendengarnya, wajah mereka bertukar menjadi pucat, takut jika nanti Iskandar akan menyeksa mereka kerana memaksa adiknya untuk mendengar arahan mereka.
"Okeylah, kalau macam tu, Puan boleh pergi. Tapi, Puan jangan pergi jauh-jauh." pesannya kepadanya. Putri terus tersenyum riang, akhirnya terlepas juga dari abang-abang sado.
''Okey, Putri pergi dulu tau, bye assalamualaikum." katanya kepada mereka lalu meninggalkan kawasan tersebut dan pergi menuju ke 7eleven dengan hanya berjalan kaki sahaja.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020 ) 🏅RANKING NO 2 COMEDY ( 07/01/2021 ) 🏅RANKING NO 2 ACTION ( 08/01/2021 ) 🏅RANKING NO 1 KILL ( 22...