BAB 34 💛

15.9K 647 3
                                    

Malaysia

2 bulan kemudian.....

Mereka masih lagi berusha menjejaki keduduk Putri, mereka tidak akan berputus asa untuk mencarinya, mereka tidak pasti samada dia masih hidup ataupun tidak, yang pastinya mereka tidak akan berputus asa.

Iskandar sekarang tidak lagi lemah, dia tabah menghadapi dugaan tersebut. Walaupun hatinya sangat merindui adiknya, umi dan abahnya pun turut merindui gadis itu dan berharap agar dia kembali kepada mereka semula.

"Daniel, kau rasa adik aku masih hidup ke?" soalnya kepada Daniel yang sedang ralit menghadap laptopnya untuk mengesan Putri.

Daniel terus berhenti dan memandang wajah Iskandar yang seakan-akan berputus asa, dia pun macam Iskandar juga, masihkah gadis itu hidup ataupun tak?

Perkahwinan Irfan dengannya sudah ditangguhkan, sekarang Irfan lebih suka berdiam diri, panas baran, kehilangan Putri Qhaisara memberi impak besar kepadanya. Tak sangka dalam diam dia mencintai gadis sewel seperti Putri.

"Aku tak tahu Is, kalau aku cakap yang adik kau dah tiada dalam dunia ni, kau terima ke?" soalnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia memberi soalan seperti itu kepada Iskndar, cuma dia ingin tahu apa yang akan dilakukan oleh Iskandar sekiranya adiknya sudah tiada.

"Kalau betullah adik aku dah tiada, aku takkan maafkan siapa yang berani culik adik aku sampai ke lubang cacing dan kalau betul adik juga sudah tiada, nak atau pun tak, aku kena terima," jawabnya dengan setenang yang mungkin, dia taknak berfikiran negatif pada masa itu, dia yakin yang adiknya masih lagi hidup di dunia ini.

Daniel tersenyum hambar lalu dia kembali melanjutkan kerjanya yang tergendala tadi, dia yakin yang Iskandar masih menggangap adiknya masih hidup.

Kalau Iskandar boleh berfikir seperti itu, kenapa pula dia mahu berfikir yang Putri pula sudah mati? Dia akan berusaha untuk menjejaki Putri yang masih hidup ataupun tak.

Tipulah kalau mereka tidak merindui gadis itu, walaupun mereka baru sahaja kenal, tetapi mereka sudah menyayangi gadis itu seperti adik mereka sendiri, jika nak mencintai gadis itu, memang cari nahaslah agaknya, nanti Tengku Irfansyah tak pasal-pasal bunuh orang pula.

Dia dan Raziq memang pernah menaruh harapan kepada Putri, walaupun gadis itu seperti kebudak-budakkan dan juga lurus bendul, namun itulah yang membuatkan gadis itu istimewa dan menjadikan hidup mereka ceria sahaja dengan telatahnya.

Iskandar memandang kearah luar tingkap, tak dia sangka yang adiknya telah hilang selama 2 bulan. 2 bulan bukanlah tempoh yang sekejap untuk dia dan keluarganya. Mereka merindui Putri kecil mereka yang sentiasa menceriakan hari-hari mereka.

'Adik, dah 2 bulan adik hilang, adik dekat mana sayang? Kami semua rindu dengan adik. Mana janji adik dulu dekat abang yang adik akan setia dan takkan tinggalkan abang walau sesaat pun kecuali kematian.' desis hati Iskandar lalu airmatanya yang lama tidak keluar, akhirnya tumpah pada hari itu. Kenangan dia bersama adiknya waktu dulu terlayar diingatannya.

Flashback

"Adik, sini duduk dekat sebelah abang, ada benda yang abang nak cakap ni."

Kata iskandar kepada adiknya yang sedang duduk bersebelahan dengannya, yang hanya berbeza 3 meter sahaja.

Putri mendekati abangnya bersama patung kesayangannya yang elok sahaja dalam pegangannya.

"Abang nak cakap apa? Abang nak bagi little coklat eh?" tekanya sambil tersenyum senget, iskandar menggelengkan kepalanya.

"Abang nak cakap, andai suatu hari nanti abang tak ada dalam dunia ni, adik terima ke?" soalnya kepada adiknya.

"Maksud abang mati ke? Kalau mati tu ,little kena terima jugalah walaupun little sayang sangat dekat abang, sebab umi cakap kita kena redha dengan sesuatu yang telah pergi tinggalkan kita," jawabnya kepada abangnya lalu Iskandar tersenyum kelat memandang wajah adiknya yang bersih tanpa sebarang jerawat.

"Baguslah kalau adik terima, sebab abang taknak adik sedih nanti bila abang dah tak ada." katanya kepada adiknya. Putri berasa tidak sedap hati cuma dia hanya tersenyum sahaja.

"Tapi, kan abang, little rasa bukan abang tau yang akan pergi, little rasa macam little pula yang akan pergi tinggalkan korang semua, kalau betullah little pergi, abang kena kuat tau dan redha." ujar Putri lalu merenung anakmatanya. Iskandar mula berfikir bukan-bukan, asal tiba-tiba je adiknya berkata seperti itu.

"Adik merepek apa ni? Boleh tak jangan mengarut, abang tak sukalah!" bentak Iskandar kepada adiknya, namun adiknya hanya tersenyum sahaja.

"Little cuma cakap jelah, manalah tahu." kata Putri lalu memukul lembut lengan Iskandar, abangnya terus menarik badannya masuk kedalam pelukannya.

"Walaupun apapun yang terjadi, adik jangan tinggalkan abang, biarlah maut yang memisahkan kita eh." kata Iskandar dengan sayu. Putri tersenyum dalam pelukan abangnya, dia sendiri tidak tahu mengapa dia rasa macam ada yang akan terjadi pada dirinya.

"Litte janji abang Is, little takkan tinggalkan abang Is, hanya maut sahaja yang akan memisahkan kita."

End Flashback

Airmatanya laju mengalir dengan deras bila mengingati hal itu, dia tidak menyangka bahawa adiknya akan meninggalkan dia, dan itu adalah hari terakhir mereka berdua bersama sebelum adiknya hilang.

Bahunya ditepuk oleh Daniel, dia tidak perasan pula Daniel sudah berada disebelahnya, dia mengesatkan airmatanya dan tersenyum hambar.

"Kau janganlah sedih bro. Aku yakin adik kau masih hidup dan aku rasa, aku sudah jumpa adik kau. Tapi aku belum pasti lagi kalau itu adik kau, kalau betul, kita pergi jemput dia pulang okey?" pujuknya kepada Iskandar. Dia mengganguk kecil, Iskandar berdoa agar itu adalah adiknya.

"Jomlah, kita keluar pergi makan. Raziq dan Irfan dah lama tunggu kita nak makan sama-sama." ujar Daniel lagi lalu Iskandar mengganguk dan meninggalkan markas tersebur dan bergerak ke restoran dimana Raziq dan Irfan berada.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now