Alarm di telefon bimbitku berbunyi, menunjukkan sudah pukul 6:30 pagi. Aku menggosokkan mataku sambil menguap sebelum bergegas ke bilik air.
Semasa hendak masuk ke dalam bilik air, terdengar pintu bilikku berbunyi dan terbuka menunjukkan ada seseorang yang masuk ke dalam bilikku.
Aku segera menoleh ke arah pintu untuk melihat gerangan siapa yang memasuki bilikku. Ternyata, ibuku tercinta CEH! Yang masuk ke dalam bilikku.
"Eh, Putri dah bangun? Umi ingat my little princess umi yang cantik ni masih tidur." kata ibu Putri Qhaisara sambil melemparkan senyuman yang manis kepadanya.
Alahai mi, asal cantik sangat ni HAHAHA, walau sudah berumur tetap cantik sih.
"Mestilah kena bangun awal umi, kan Putri ni budak baik. Budak baik tak boleh bangun lewat tau sebab kata abang Is kalau Putri bangun lewat nanti muka Putri jadi nenek tua. Putri taknak jadi macam tu," jawab Putri Qhaisara dengan semangat kepada ibunya.
Puan Nurhuda ketawa kecil apabila mendengar jawapan yang terkeluar dari mulut anak kesayangannya itu. Ibunya hanya menggelengkan kepalanya kerana sikap anak terunanya itu iaitu Muhammad Adam Iskandar yang suka mengajar adiknya yang bukan-bukan. Sabarlah putri dapat abang macam tu.
"Kalau Putri jadi nenek tua sekalipun, umi tetap sayangkan kamu dan kamu tetap cantik di mata umi sayang." kata Puan Nurhuda sambil berjalan kearah anaknya dan membelai rambut Putri dengan penuh kasihsayang.
"Wah, betul ke umi? Kalau macam tu Putri nak jadi nenek tua lah. Sebab umi kata kalau Putri jadi nenek tua tetap cantik, mesti semua orang pun nampak Putri cantik kan umi?" balas Putri Qhaisara dengan terujanya kepada ibunya .
"HAHAHA, iya sayang. Sudah pergi mandi, lepastu turun bawah sarapan ya sayang," jawab Puan Nurhuda kepada anak gadisnya sebelum beredar dari biliknya.
"Tak sabarlah nak jadi nenek tua, kena beritahu abang Is yang nenek tua tu sebenarnya cantik hehe." gumam Putri dengan perlahan lalu berjalan ke bilik air untuk membersihkan diri.
Selepas 10 minit membersihkan diri, Putri menuju ke almari pakaiannya dan memilih sehelai baju blouse dan seluar palazo bewarna hitam.
Selepas memilih pakaian tersebut, dia menyarungkannya ke tubuhnya. Dirinya tampak comel dan cantik. Sememangnya, Putri sangat suka memakai pakaian sebegitu, kerana dirinya telah diajar oleh ibunya untuk berpakaian sebegitu.
Sebelum bergegas turun kebawah, Putri mengambil sehelai tudung dan disarungkan di kepalanya serta patung kesayangannya diambil dan dia turun ke bawah untuk sarapan.
Semasa menuruni anaktangga, sambil itu juga Putri bernyanyi dengan riangnya. Semangat betul budak ni hohoho.
"Wu wu wu, Putri dah mandi, wu wu wu berbau wangi. Putri dah mandi, putri dah mandi, berbau wangi, tidak busuk lagi." Putri bernyanyi dengan riangnya dan kaki menuju kearah meja makan.
Iskandar yang mendengar nyanyian dari adiknya itu hanya menggelengkan kepalanya. Semasa adiknya mengambil tempat disebelahnya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Timbul satu idea nakal untuk membuli adiknya. Kita tengok samada masih senyum ke atau tidak HAHAHA.
"Eh, adik kenapa duduk disebelah abang, adik tahu tak yang adik ni berbau, macam bau ikan dekat pasar tau. Shuh! Pergi cari tempat lain, bau tahu tak, abang Is nak pengsan dah ni." Is berkata kepada adiknya dan menolak lembut tubuh adiknya.
Putri yang mendengar kata-kata abangnya itu, hatinya sedikit terguris. Iyalah kot, kau sudah pakai sabun yang wangi, akhirnya kau dicakap busuk, sakithati tahu tak!
Lalu dia pun menghidu badannya. Tetapi, tubuh badannya tidaklah berbau seperti apa yang telah dikatakan oleh abangnya.
Busuk kepala otak hang. Aku wangi kot, entah celah manalah dia dapat hidu bau tu. Ini yang tidak suka ni, suka sangat buli putri huarghhh, nak nangis.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020 ) 🏅RANKING NO 2 COMEDY ( 07/01/2021 ) 🏅RANKING NO 2 ACTION ( 08/01/2021 ) 🏅RANKING NO 1 KILL ( 22...