Irfan telah sampai dihadapan rumah banglo yang mempunyai tiga tingkat, beg plastik diambil dibahagian penumpang dan dibawa keluar.
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1, anakbuahnya masih setia menjaga keselamatan isterinya Putri yang berada dirumah.
Kaki melangkah masuk kedalam rumah, Irfan terus masuk kedalam lif dan menuju kebilik mereka. Pintu bilik dibuka secara perlahan-lahan, keadaan dalam bilik itu sangat gelap gelita.
Kelihatan susuk tubuh isterinya yang sedang tidur diulit mimpi, mimpi apa cik adik? Mimpi bersama encik Irfan ke?
Tubuh isterinya didekati lalu beg plastik tersebut diletakkan diatas meja yang berhampiran lalu dia mengejutkan isterinya dengan lembut.
"Sayang, bangun hey! Abang dah belikan sayang macam yang suruh tadi. Bangun, hey!" kejutnya sambil menepuk-nepuk pipi isterinya dengan lembut.
"Jangan kacau Putrilah." rengek Putri apabila tidurnya yang lena diganggu.
"Alah, bangunlah. Tak kasihan dekat abang ke? Penat tau abang belikan sayang, tapi sayang pula tak hargai. Tak naklah kawan macam ni." rajuk Irfan dengan wajah yang cemberut. Hek elley pandai pula kau merajuk eh, kalau dengan orang lain bukan main dingin lagi.
Putri lantas bangun dari tidurnya, matanya terbuka luas apabila mendengar perkataan 'taknak kawan', risau takde kawan lah tu.
"Eh, abang Syah ni asyik nak ugut je. Mana boleh taknak kawan dengan Putri, report dengan abang Is, baru tahu," balas Putri, Irfan hanya tersenyum sahaja. Nak report konon, fikir aku takut ke?
"Sekarang Putri dah bangun, puas hati?" kata Putri kepada suaminya, irfan mengganguk.
"Mestilah puas hati sayang, nah makanan yang sayang suruh beli tadi." kata Irfan lalu menghulurkan beg plastik kepada isterinya, Putri sudah tersenyum lebar.
"Wah! Banyaknya makanan, sayanggg abang Irfan." jerit Putri lalu memeluk erat tubuh suaminya bersama senyuman yang lebar. Irfan tersenyum suka melihat gelagat isterinya.
"Dah, sayang kalau nak makan, makanlah, abang nak mandi dulu eh." ujar Irfan lalu meleraikan pelukan mereka, Putri mengganguk dengan senyuman masih dibibirnya.
Irfan mengambil tuala dan meloloskan diri kedalam bilik air, manakala Putri pula sudah memasukkan makanan kedalam mulutnya.
Setelah menghabiskan hampir separuh makanan yang dibeli oleh suaminya, dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur kerana tekaknya terasa haus.
Prang!
Langkah Putri terhenti, badannya sudah mengigil, apa benda pula yang jatuh, takkan ada orang kot.
Selangkah demi selangkah dia berjalan menuju kearah bunyi tersebut. Dia melihat sekeliling, sunyi dan tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki menghalakan pisau dilehernya.
"Jangan jerit, kalau tak aku bunuh kau." ugut lelaki itu kepadanya. Putri diam tidak berkutik, matanya sudah berkaca-kaca, alahai bala apa lagi ni? Kenapa malang sangat nasib aku.
"Woi" jerit salah seorang dari bodygruad yang menjaga rumah tersebut, lantas lelaki itu melarikan diri, tetapi sempat dia menoreh leher jinjang Putri sehingga berdarah.
"Auch!" Putri menjerit kesakitan, airmatanya juga sudah mengalir. Dia memegang lehernya, manakala anakbuah Irfan pula sudah mengejar lelaki tersebut.
"Sayang!" jerit Irfan yang baharu sahaja menunruni anaktangga apabila mendengar jeritan anakbuahnya. Dia berlari anak menuju kearah isterinya. Putri menahan sakit, kira dalam jugalah dia toreh, kurang asam!.
"Abang Syah...sakit." adunya dengan mata yang tertutup, Irfan terus mencempung tubuh isterinya masuk kedalam bilik mereka. Sampai sahaja dibilik, dia meletakkan isterinya diatas katil, telefon diambil lalu doktor peribadi mereka dihubungi.
Setelah selesai, dia mendekati isterinya semula. Dia mengambil kain dan dikoyakkan lalu diletakkan pada luka dileher isterinya untuk menahan darah daripada keluar, nasib je tak mati dia toreh.
"Sayang tahan eh, kejap lagi doktor datang." risau Irfan kepada isterinya Dan pada masa yang sama dia berasa marah dengan orang yang berani melukai isterinya.
Selepas berapa minit, doktor peribadi mereka telah sampai, dia terus merawat Putri dan Irfan pula setia menunggu diluar.
Selesai sahaja merawatnya, doktor tersebut terus berlalu keluar, Irfan terus mendapatkan doktor tersebut.
"Macam mana keadaan dia, luka dia tak dalam juga kan?" soalnya risau, doktor tersebut hanya mengganguk sahaja.
"Jangan risau, nasib baik je luka dia tak terlampau dalam pun," jawabnya . Irfan mengganguk dengan wajah dinginnya. Doktor tersebut melangkah pergi kerana tugasnya sudah selesai.
Irfan melangkah masuk kedalam, dia lihat isterinya sedang tidur, dahi isterinya dicium sebelum dia melangkah keluar. Dia harus berjumpa dengan anak buahnya, kenapa orang luar boleh masuk kedalam rumah ini, sedangkan kawalan rumah ini ketat.
Dia menuju ketingkat bawah iaitu markas mereka, mukanya sudah jadi bengis, anak buahnya semua sudah gerun.
"Macam mana kamu buat kerja huh setan! Sampaikan orang luar pun boleh masuk!" tengkingnya dengan kuat. Terhinjut bahu mereka menerima tengkingan dari boss mereka secara tiba-tiba.
"Kami tak tahu boss, mungkin orang tersebut masuk melalui pintu belakang kerana bahagian sana sahaja kawalannya tidak ketat." jelas salah dari anak buahnya, Irfan mencerlung tajam kearah mereka.
"Mulai sekarang, aku nak korang ketatkan kawalan setiap bahagian rumah ni, FAHAM?" tengkingnya, laju sahaja anakbuahnya mengganguk, taknak lah singa boss mereka ini berlanjutan.
"Korang dah tangkap bulshit tu?" soalnya dingin tetapi masih kelihatan marah, anak buahnya sekali lagi mengganguk, dia tersenyum sinis.
"Aku nak korang bawa dia dekat bilik 4, pastikan dia tidak larikan diri." katanya lagi sebelum berlalu keluar dari tempat tersebut.
Semasa perjalanan kebilik mereka, dia hanya mempamerkan wajah yang serius dan dingin, tak ingin dia nak senyum dengan orang lain kecuali isteri, rakan dan keluarganya sahaja.
'Kau tunggu 'hadiah' dari aku bitch!' desis hatinya dengan senyuman sinis terlakar dibibir. Tak sangka dia akan mendapat habuan yang baru untuk dibunuh.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄
Azione( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020 ) 🏅RANKING NO 2 COMEDY ( 07/01/2021 ) 🏅RANKING NO 2 ACTION ( 08/01/2021 ) 🏅RANKING NO 1 KILL ( 22...