BAB 51 💛

15.3K 592 4
                                    

Atilia sudah sampai dihadapan rumah abangnya, pintu pagar dibuka dan keretanya masuk kedalam perkarangan rumah tersebut.

Dia keluar dari perut keretanya dan melangkah masuk kedalam, anakbuah Irfan yang disangkanya adalah bodygruad, menyapanya namun tiada secalit pun senyuman dibibir mereka, Atilia hanya mengganguk dan tersenyum sahaja kepada mereka.

"Assalamualaikum akak Putri, Lia dah datang." laungnya setelah berada didalam, dia sudah menggelarkan Putri sebagai kakak dan dia juga menyuruh gadis itu agar tidak memanggilnya kakak, cukup Lia sahaja.

"Waalaikumsalam, marilah masuk Lia," sambut Putri kepada adik iparnya, Atilia mengganguk dan merangkul tangan kakak iparnya lalu menuju ke ruangan tamu, mereka duduk disofa empuk yang boleh memuatkan 4 orang.

"Akak Putri, macam mana sihat tak?" tanyanya prihatin kepada kakak iparnya.

"Putri sihat jelah, tak sakit pun," jawabnya sambil tersenyum lebar, Atilia mengganguk.

"Em, Lia nak makan tak? Kalau Lia nak makan, Putri bawa makan, banyak tau makanan sedap dekat sini," terangnya kepada Atilia.

"Lia dah makan akak Putri, jangan risaulah," jawabnya kepada Putri dan dibalas anggukan dari kakak iparnya.

"Abang Irfan tak beritahu akak ke dia nak pergi mana?" soalnya sambil meononton  siaran kartun yang ada dikaca tv, sudah semestinya Putri memilih siaran tersebut.

"Putri tak tahu, sebab kalau Putri tanya pun bukannya abang Irfan beritahu," terangnya, Atilia mengganguk faham. Dia sendiri pun kenal dengan sikap abangnya itu.

Berapa minit berlalu, keadaan mereka senyap sahaja, Putri pula fokus menonton kartun di tv.

Selepas itu, dia menoleh kearah Atilia yang sedang termenung jauh. Dia menepuk bahu Atilia dengan sedikit kuat sehingga gadis itu tersentak.

"Lia fikir apa? " tanya Putri.

"Takde apa-apalah kak," jawabnya sambil tersenyum kearah Putri.

"Lia memang suka berfikir eh? " soalnya lagi.

"Emm," jawab Atilia singkat.

"Tapi, kenapa mahu berfikir juga? " soalnya lagi kepada Atilia.

"Sebab kita berfikirlah,"

"Tapi, kenapa harus berfikir juga?"

"Sebab itu yang ada dalam otak akak Putri,"

"Tapi kenapa harus ada berfikir dalam otak?"

"Sebab kita yang lakukan untuk berfikirlah akak Putri,"

"Tapi kenapa juga nak berfikir? Tak boleh ke kalau tak berfikir?"

Atilia menepuk dahinya, Ya Allah, mulalah tu datang bengap akak ipar dia sorang ni, boleh pula dia cakap macam tu. Kalau takde fikiran, macam mana nak buat keputusan, aduiii!

"Akak Putri lupakan jelah." katanya mengalah, kalau berterusan macam ni boleh jadi gila agaknya. Putri pula masih tidak berpuas hati.

"Lia ada masalah eh?" soalnya lagi lalu mengenggam erat tangan Atilia.

"Lia memang ada masalah akak, masalah kehidupan," jawabnya, Putri mengganguk faham dan tersenyum.

"Hidup itu ibarat air sungai yang mengalir, tetapi ada sahaja taik yang lalu." katanya selamba, Atilia tergelak mendengarnya.

"Kenapa akak cakap macam tu?" soalnya dengan sisa tawa yang berbaki.

"Sebab taik tu masalah bagi manusia, macam mana nak mandi kalau ada taik? Sama juga dengan kehidupan, mesti ada sahaja masalah yang menimpa," terangnya lalu Atilia mengganguk faham sahaja dengan apa yang dikatakannya.

"HAHAHA, iyalah akak sayang. Sekarang dah pukul 12, baik kita makan, lia laparlah." rengeknya dengan manja dengan kakak iparnya.

"Putri pun dah lapar, jom kita pergi dapur, biasanya bibik kalau time macam ni, dia dah masak." kata Putri.

"Jom!" Jawab Atilia lalu menarik lembut tangan Putri. Dalam perjalanan ke dapur, mereka bergelak tawa, rumah agam itu penuh dengan suara gelak tawa mereka berdua.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now