BAB 22 💛

17.1K 724 12
                                    

Irfan dan kedua ibubapanya menunggu diruanagn luar wad kecemasan, hampir sejam mereka berada disitu untuk menunggu keputusan dari doktor mengenai adiknya.

Tengku Khaisarah menangis teresak-esak mengenangkan nasib anaknya, dia tidak sanggup nak kehilangan Tengku Atilia.

Cukuplah mereka kehilangan Aiman yang mati dibunuh, tetapi mereka sampai sekarang tidak tahu bahawa orang yang membunuh Aiman adalah musuh Irfan sendiri.

"Abang, lia akan tinggalkan kita ke bang? Dia akan tinggalkan kita seperti Aiman tinggalkan kita dulu ke?" soal Tengku Khaisarah yang berada dalam pelukan suaminya.

"Tak! Abang yakin yang lia takkan tinggalkan kita, lia kan kuat. Kita doakan yang terbaik saja untuk lia ye," jawab Tengku Afifah dengan tenang walhal hatinya risau dengan keadaan anak bongsunya.

Irfan yang mendengar perbualan mereka turut berasa sedih seperti ibunya. Apabila mengenangkan lelaki yang telah menyentuh adiknya membuatkan dirinya menjadi marah, anak matanya berubah menjadi gelap, rahang diketap, tangan dibentuk penumbuk, matanya kembali mengimbas waktu adiknya membunuh diri kerana lelaki sial tu.

'Jantan tak guna! Kau tunggu nasib kau sial, disebabkan kau, adik aku jadi macam ni.' desis hatinya dengan mata yang penuh kebencian. Dia hanya menunggu waktu sahaja lelaki itu dibawa ke markasnya, kerana dia sudah mengarahkan anak buahnya untuk menangkap lelaki tersebut.

Pintu bilik kecemasan dibuka, seorang doktor dalam lingkungan 50-an keluar dari bilik tersebut, terus sahaja mereka menyerbu doktor tersebut.

"Dok, macam mana keadaan adik saya? Dia baik-baik sahaja kan?" soal Irfan kepadanya, doktor tersebut tidak menjawab cuma kepala sahaja yang digelengkan.

"Maafkan kami encik, tapi Tengku Atilia banyak kehilangan darah dan pada waktu yang sama, nadi Tengku Atilia sangat lemah dan berkemungkinan dia akan koma selama seminggu ataupun selamanya, kami minta maaf," terang doktor tersebut. Tengku Khaisarah rebah dilantai namun sempat disambut oleh suaminya manakala Irfan pula sudah jatuh melutut, dia tidak kisah akan pandangan orang lain pada waktu itu.

"Ya Allah, abang. Anak saya abang." Tengku Khaisarah berkata sambil memeluk suamunya dan menangis pada dada suaminya. Allah sungguh berat ujian mu ya Allah.

Irfan kembali berdiri dari melutut, dia menerpa masuk kedalam wad milik adiknya. Sayu hatinya melihat wajah pucat milik Tengku Atilia yang sedang terbaring diatas katil tersebut.

Dia mendekati tubuh adiknya dan duduk ditepi katil tersebut lalu menggengam erat tangan adiknya.

"Adik, jangan tidur selamanya dik. Adik bangunlah, adik tak kasihankan abang ke? Siapa lagi nak bagi abang marah dengan sikap adik yang degil, adik bangun ye sayang." luahnya sambil mengucup lama tangan dan dahi adiknya, airmata jantannya setia mengalir hanya disebabkan seorang perempuan yang bergelar adik.

Tengku Khaisarah dan Tengku Afifah masuk kedalam wad tersebut, Mummynya hanya mampu menangis dan menangis sehingga matanya sudah bengkak kerana asyik menangis.

Dia mendekati tubuh anak gadisnya lalu Irfan memberi ruang kepada mummynya, terus sahaja dia mengambil tangan anaknya dan dikucup lembut.

"Lia anak mummy, tolong bangun ye sayang. Jangan tinggalkan kami lama sangat, nanti siapa nak ajak mummy bergurau, siapa nak temankan mummy bila daddy dengan abang syah tiada dekat rumah, siapa nak bermanja dengan kami, tolong bangun secepat mungkin ye sayang." luahnya dengan airmata yang setia mengalir.

"Tak lama lagi abang Syah dah nak khawin dengan Putri. Lia tak nak tengok abang khawin ke? Kan lia juga yang nak abang Syah dengan Putri kawin, jadi lia kena bangun ye sayang tengok hari bahagia abang." sambungnya lagi, dia tidak kuat nak hadapi semua ini, tapi dia tidak akan berhenti berdoa agar Tuhan tidak mengambil nyawa anaknya kerana dia tidak sanggup.

Irfan dan daddynya mendengar luahan dari Tengku Khaisarah hanya berdiam diri. Mereka juga berharap agar gadis itu akan sedarkan diri sebelum Majlis Perkhawinan Irfan dengan Putri.

Tentang keluarga Putri, mereka sudah tahu berita mengenai Atilia. Mereka yang pada mulanya ingin datang namun dihalang oleh Tengku Afifah kerana hari sudah lewat malam, lagi pula jika ada perkembangan, nanti mereka memberitahunya, Tengku Afifah juga berkata mereka boleh melawat gadis itu pada hari esok.

Irfan terus keluar dari bilik tersebut, dia tidak mahu berada lama dalam bilik itu, hatinya sakit melihat keadaan adiknya yang seperti mayat hidup, dia takut tidak mampu mengawal amarahnya dihadapan orang tuanya.

Telefon diambil dalam kocek seluar lalu nombor seseorang didail, setelah berapa minit panggilan tersebut disambungkan.

"Aku nak 4 orang  mengawal pintu wad adik aku dan aku mak kau pilih 4 orang tersebut da suruh mereka datang sekarang." tegas Irfan dan panggilan tersebut terus dimatikan.

Mummynya telah meminta agar adiknya dipindahkan kebilik VVIP, alah setakat VVIP kacang je, duit berkepuk-kepuk kot, takkan habis nak bayar bilik tersebut.

Dia meninggalkan tempat tersebut dan menujub ke tempat keretanya untuk pergi kerumahnya menenangkan fikiran.

'Adik jangan risau, abang akan pastikan balas dendam untuk adik, dan abang akan pastikan lelaki itu menyesal sebab berani sentuh adik, itu janji abang.' desis hatinya dan kereta memecut laju meninggalkan kawasan tersebut.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now