Sudah masuk 2 hari Putri hilang, dan 2 hari itu jugalah Iskandar dan rakan-rakannya berusaha mencarinya.
"Macam mana bro? Dapat tak jejak kedudukan Putri?" tanya Raziq kepada Daniel, dia mengeluarkan keluhan dari bibirnya.
"Tak dapatlah bro, dah berkali aku cuba jejak dia, tapi tetap tak boleh, kedudukan dia seakan tidak wujud bro," jawab Daniel serabut. Kepalanya diurut menggunakan tangannya sambil bersandar di sofa empuk dalam markas mereka.
"Kenapa pula kau cakap macam tu? Kau jangan cakap yang dia dah mati, Niel!" ujar Irfan sambil mencengkam kolar bajunya, tajam anak matanya melihat wajah kacak Daniel.
"Woo, woo, relax bro! Daniel tak ada cakap pun yang Putri tu dah mati. Cuba bertenang sikit." sampuk Raziq lalu meleraikan cengkaman kolar baju Daniel dari Irfan. Haih, kalau tak dihalang, alamatnya ada juga yang jadi arwah nanti disebabkan Irfan.
Daniel mengemaskan pakaian, wajahnya ditundukkan, dia tidak mahu kecewa dengan dirinya. Terutamanya, Iskandar yang mengharapkan sangat adiknya dijumpai.
"Aku tiada cakap pun dia mati, aku cuma kata kedudukan dia tidak wujud dalam Malaysia, aku rasa orang yang culik Putri telah bawa dia ke luar negara," jelas Daniel dengan tenang, dia tidak mahu memarahi Irfan yang suka menghamburkan kemarahannya kepada dia, jadi dia harus cuba bersikap tenang agar tidak merumitkan lagi keadaan.
Selepas itu, keadaan menjadi sunyi sepi, tiada satu pun suara yang keluar mulut mereka, Daniel pula masih berusaha menjejaki kedudukan Putri walau apa sekali pun.
"Adik dekat mana sayang? Adik okey ke? Mereka bagi adik makan ke? Mereka sakiti adik ke? Abang Is rindu adik, rindu nak layan perangai sewel adik." sayu Iskandar mengeluarkan kata-katanya, sekaligus memecahkan kesunyian dalam bilik tersebut. Mereka bertiga hanya berdiam diri, mereka kasihan dengan Iskandar yang setiap hari akan berkata begitu.
Irfan mengetap rahangnya, sakit hatinya melihat keadaan Iskandar yang tidak terurus, dia menghentakkan meja menggunakan tangannya.
Bam!
"Kenapa kau jadi lembik ni huh? Mana sudah pergi sikap kau yang berani dan tabah itu Is? Jangan jadi macam mayat hiduplah, asyik nak sedih je, termenung setiap hari, diri pun tak terurus, dasar lembik!" ejek Irfan kepadanya, tetapi Iskandar hanya berdiam diri sahaja, memang dia lembik jika semuanya berkaitan dengan adiknya.
"MEMANG AKU LEMBIK, AKU BODOH, TAK BERGUNA! AKU ABANG TAK BERGUNA SEBAB TAK DAPAT NAK JAGA ADIK AKU DENGAN BAIK, PUAS?" tengkingnya dengan secara tiba-tiba, nafasnya turun naik memandang wajah Irfan yang tidak kurang bengisnya.
"Kau ni memang siallah! Begini ke perangai seorang Mafia? Cis! Lembik, cepat sangat berputus asa." sinis Irfan berkata kepada Iskandar, dia sengaja sahaja berkata begitu, dia tidak mahu Iskandar menjadi lemah dan berputus asa, dia nak Iskandar kuat demi adiknya.
"Aku rindu adik aku, Syah, aku rindu dia sangat-sangat. Aku takut mereka bunuh adik aku, aku takut. Kalau mereka bunuh adik aku, biarlah aku ikut sekali mati dengan adik aku." ujar Iskandar lalu setitik demi setitik tumpah, dia taknak kehilangan adiknya, dia tidak sanggup.
"Apa kau cakap ni Is? Kalau kau nak mati, kau tak fikirkan umi dan abah kau ke sial? Jangan jadi bodohlah Is!" tengking Raziq setelah lama berdiam diri, dia menjadi marah bila Iskandar bercakap seperti itu, bodoh!
Badan Iskandar disandarkan pada dinding, dia serabut, dia hanya mahukan adiknya sahaja, jika mereka berdendam dengannya, tidak perlu nak libatkan adiknya sekali.
"Aku cuma nak adik aku balik je, tak boleh ke diorang pulangkan adik aku?" ujarnya dengan airmata yang laju mengalir dipipinya. Irfan mengeluh lalu kaki melangkah kearahnya.
"Kami tahu kau nakkan adik kau balik, tapi kau janganlah jadi macam ni, kita pun tengah berusaha tengah cari kan? Kau tak payah risau, kita pasti akan jumpa adik kau eh?" pujuk Irfan kepadanya lalu menepuk-nepuk bahu Iskandar.
Mereka sudah tahu siapa yang menculik Putri, musuh Irfan dan Iskandar selain Micheal, namanya Hakim. Dia memang dah lama berdendam dengan mereka disebabkan kesalahfahaman diantara mereka.
Iskandar mengganguk perlahan, apa yang dikatakan Irfan itu betul, dia kena kuat demi adiknya, dia tidak boleh lemah dan berputus asa untuk mencari adiknya.
Daniel dan Raziq tersenyum melihat keakraban mereka berdua dan mereka lega sebab Irfan berjaya juga memujuk Iskandar supaya kena kuat demi adiknya.
'Aku pasti akan jumpa jejak adik kau sampai jumpa Is, itu janji aku.' Daniel berkata dalam hatinya.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020 ) 🏅RANKING NO 2 COMEDY ( 07/01/2021 ) 🏅RANKING NO 2 ACTION ( 08/01/2021 ) 🏅RANKING NO 1 KILL ( 22...