PUTRI QHAISARA POV
Aku membuka mataku perlahan-lahan, terasa kepalaku sakit dan berdenyut-denyut, pandanganku seketika kabur namun selepas itu sudah jelas.
Aku melihat sekelilingku, aku berada dalam bilik kosong, namun tempat itu seram, aku terhidu juga bau darah yang sudah lama, Eww! Busuk!
"Asal aku ada dekat ini eh? Dahlah tempat ni bau eww! Tuan rumah ni tak reti ke nak bersihkan tempat ni ke? Pengotor betullah! Ish, tak layak jadi laki, pengotor! Cubalah cuci guna sabun dettol ke? Boom ke? Eh, boom? Pelik je bunyi dia."
Aku tergelak kecil mendengar perkataan 'boom' yang keluar dari mulutku. Haih Putri, waktu kena culik pun otak kau masih sewel ke, masalah betul kau ni.
Aku melihat pula kearah kaki dan tanganku yang diikat pada kerusi, mak ai mereka ni ikat macam nak bagi mati je, ketat benor, Ya Allah.
"Ish, penculik ni kan kalau ye pun takut aku larikan diri, tak payahlah ikat ketat macam nak mampus je aku dibuatnya. Haih, cuba ikat tu elok sikit, ish geramlah, habis dah tangan Putri yang cantik ni lebam."
Gumamku sendiri, aku hanya membiarkan sahaja tangan dan kakiku diikat, malas nak buka, buat penat aku je.
Aku lihat ada seorang lelaki bersama 5 orang pengawal ikut bersamanya masuk kedalam bilikku, eh salah bilik dimana aku diculik.
Ada seorang lelaki dengan wajah sangat kacak dan putih kemerah-merahan, mata sepet, kening sedikit lebat dan bibir yang bewarna merah jambu yang menarik perhatianku. alahai hensemnya. Wahai tuhan Putera, sudikah engkau menerima Putri ni sebagai ratu dihatimu?
Tersentak lamunanku bila lelaki itu menengurku dengan senyuman sinis dibibirnya, walaupun senyuman itu tidak ikhlas tetapi masih kelihatan kacak diwajahnya. Adakah ini cinta pandang pertama, eh?
"Hye sweetie? Dah sedar? Dah ingat dah kenapa kau ada dekat sini?" soalnya kepadaku, tapi aku hanya tersenyum sahaja kepadanya, dah macam orang angau jika dilihat.
Dapat aku lihat wajah lelaki itu bertukar menjadi tegang seperti marah sahaja. Tapi, kenapa pula dia nak marah, orang senyum je kot, takde pula aku maki dia ke? Tengking dia ke? Tampar dia ke? Cium dia ke? Opps! Gatal!
"Hey, perempuan. Kau jangan nak senyum sangatlah dekat aku, kau ingat aku tergoda ke dengan senyuman kau tu? Never bitch!" katanya dengan kasar kepadaku. Muka dah kacak, tapi mulut dia pergh! Puaka amat, pemarah lagi tu, memang semua lelaki yang kacak macam ni ke? Pakcik Irfan pun macam begini juga.
"Abang hensem, nama saya Putri, bukan perempuan. Perempuan itu maksudnya mengenai jantina, memanglah jantina Putri perempuan, tapi itu bukan nama saya. Dan bila masa pula saya ni goda abang hensem? Ish, tak nak lah Putri goda, haram tau goda lelaki yang bukan muhrim," terangku kepada lelaki dihadapanku ini, senyumanku masih kekal dibibirku.
Lelaki itu bertambah marah, wajahnya bertambah bengis. Kenapa pula dia ni? Kenapa marah tak tentu pasal? Dia ni ada penyakit gila ke apa? Kalau betullah ada, sayanglah kacak dia tu, orang senyum, marah, orang beritahu hal yang betul pun nak marah, dasar otak gila mamat ni.
"Kau perempuan sial! Jangan cuba nak nasihatkan akulah, aku tahu, kau tu sama je dengan perempuan lain diluar sana." tengking kepadaku. Aku hanya mengerutkan kening, dia ni asyik nak marah je, aku ada buat salah ke? Tak faham betullah.
"Memanglah saya sama je dengan perempuan diluar sana, sebab jantina kami kan sama, apa yang tak samanya pula?" balasku naif kepadanya. Dia meraup wajahnya dengan kasar. Ish, lelaki ni sakit mental ke apa? Aku cakap benda yang betul kot, memang aku dengan perempuan diluar sana sama je sebab jantina kami kan sama, itu pun salah ke?
"Kau betina lebih baik kau diam!"
"Abang hensem nama saya Putri bukan betina dan bukan juga perempuan."
"Diamlah sial!"
"Nama saya Putri bukan sial. Betina dan perempuan. Asal bengap sangat otak abang hensem ni?"
"Kau boleh diam tak?"
"Mana boleh, abang hensem salah sebut nama Putri, sebab tu Putri bercakap."
Dapat kulihat anak buahnya sedang menahan tawa daripada keluar. Ni lagi yang buat aku bertambah pelik, seorang macam gila sebab marah tidak tentu pasal dan yang lain pula jadi sewel sebab menahan tawa. Aku betul-betul pening sekarang, tak faham, aku ada buat lucu ke sampai mereka macam nak tergelak je.
"Betul ke orang yang kamu culik ni? Kamu pasti dia adik kepada Iskandar dan bakal isteri Tengku Irfansyah?" soalnya serius kepada anakbuah, anak buahnya mengganguk sebelum menjawab.
"Betul boss, dan ini adalah adik kandung kepada Iskandar dan juga bakal isteri Tengku Irfansyah," jawab salah seorang dari mereka.
"Tapi, aku tengok perempuan ni macam tak betul je, macam lurus bendul. Kalau aku tahu adik dia ni ada penyakit gila, aku takkan suruh korang culik dia, buangmasa je. Muka dah lawa tapi otak dia sewel!Kalau aku tahu, bagus aku tukar je plan untuk perangkap mereka." ujarnya kepada mereka dengan wajah yang menahan marah.
Tercengang mulutku mendengar ayat selamba dari lelaki itu. Ewah-ewah, sukahati dia je nak cakap aku sewel, hey aku tak sewel okey! Kalau aku sewel, aku takkan kawinlah. Kau tu yang sewel, marah tak tentu pasal, lepastu culik aku.
Tapi kenapa eh dia culik aku? Nak kata aku berharta tak juga, nak kata aku isteri kepada Irfan tak juga sebab kami belum kawin lagi. Ah! Malas nak fikir, dahlah aku lapar, belum makan lagi tau.
"Abang hensem, boleh tak belikan Putri makanan?Putri laparlah. Tadi Putri tak sempat pun nak makan sebab ada abang sado yang ramai dah culik Putri dalam perjalanan ke kedai 7eleven tadi," terangku kepada lelaki itu sambil mempamerkan wajah sedih. Dia baru je nak isi perut, tapi dalam perjalanan ke kedai tersebut, mulutnya ditekup lalu tubuhnya disuntik selepas itu dia rebah dan tidak sedarkan diri.
"Kau jangan nak buat macam itulah, kau fikir aku akan kasihankan kau ke? Jangan harap bitch! Kau tunggu jelah abang kau, baru kau boleh minta makan dengan diorang, tapi bukan dengan aku." kasar sahaja dia berkata kepadaku. Ish, kalau ye pun bagilah aku makan sikit. Ee, geram tahu tak! Nak je aku hempuk kepala dia guna kerusi ni, biar otak yang sewel tu bertambah sewel lagi.
Selepas berkata begitu, mereka terus meninggalkan aku bersendirian semula dalam bilik tu, aku mendengus kasar.
"Kerek betullah abang hensem tu, orang minta makan je pun, bukannya minta jadi bini dia."
Aku berkata seorang diri dalam bilik tersebut sambil menaha lapar, hmm, nampaknya aku terpaksa berpuasa, takpelah sekali sekala.
Lalu aku melelapkan mataku, aku cuba untuk tidur bagi menghilangkan rasa lapar, lagi pula aku bosan sebab takde orang pun nak diajak berbual, jadi lebih baik aku tidur jelah.
Selepas berapa minit, akhirnya aku sudah terlelap dalam posisi duduk. Aku berharap agar abang Is dan pakcik tu datang menyelamatkan dia.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄
Acción( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020 ) 🏅RANKING NO 2 COMEDY ( 07/01/2021 ) 🏅RANKING NO 2 ACTION ( 08/01/2021 ) 🏅RANKING NO 1 KILL ( 22...