BAB 55 💛

14.4K 608 26
                                    

Atilia dan Putri rancak berbual diruang tamu  seketika mereka melihat jam sudah menunjukkan hampir pukul 8 malam namun kelibat abangnya belum lagi pulang.

"Akak Putri rasa lama lagi ke abang pulang? Lia dah mengantuk, esok kena pergi kerja lagi." katanya kepada Putri.

"Putri pun tak tahu, ish abang Syah ni pun satu, jalan tak ingat dunia, kalah perempuan pula kalau berjalan." bebel Putri dan Atilia hanya tergelak sahaja mendengarnya. Selepas beberapa minit, kedengaran bunyi kereta berada diluar.

"Hah! Mereka dah sampai, jom kita pergi ke depan." Ajak Atilia lalu menarik tangan Putri dan berjalan menuju ke ruangan hadapan.

Jejaka keempat orang itu yang baharu sahaja sampai, terus disergah oleh Putri dan Atilia.

"Sampai pun! Abang Syah pergi mana? Asyik jalan je, tak penat ke kaki tu jalan? Macam perempuan betullah, Putri potong kaki tu baru tahu, biar tak dapat jalan terus." bebel Putri dan mereka yang lain hanya tergelak sahaja.

"Sayang...abang jalan dengan kawan abang jelah, tak pergi mana pun, membebel je, cari pacar lain baru tau." kata Irfan kepadanya.

"Abang jangan macam-macam eh, mempunyai pacar satu itu seperti sayang ni, itu wajar. Kalau ada dua pacar, itu namanya kurang ajar. Kalau punya pacar 3, harus diajar. Kalau tidak punya pacar, harus belajar. Kalau putus, harus dikejar. Kalau buat hal macam-macam, harus dicakar. Dan kalau abang mahu selingkuh dengan Putri, muka abang Putri akan tampar," balas Putri kepada suaminya, tercengang mulut Irfan manakala yang lain sudah terkekeh-kekeh tertawa.

"Dah, jangan merepek. Pergi naik atas, tidur. Sayang dah makan kan dengan lia?" soalnya dan dibalas anggukan dari isterinya.

"Kalau macam tu pergi naik atas dulu, nanti abang datang eh." Arahnya dan mencium pipi isterinya sebelum Putri menuju ke bilik mereka.

"Ehem! Bro tahulah ada isteri. Tapi, kami orang bujang ada dekat sini, boleh pula kau cium isteri kau depan kami eh." ujar Raziq.

"Suka hati akulah bini aku, kalau nak, pergilah cari calon sendiri." selamba sahaja dia berkata kepada Raziq hingga membuatkan lelaki itu menyampah, manakala Daniel pula hanya tersengih sahaja.

"Lia, jom kita pulang, dah lewat ni."  sampuk Irfan lalu Atilia menggangukkan kepalanya.

"Abang, Lia pulang dulu tau, assalamualaikum." katanya lalu memeluk tubuh Irfan sebelum melangkah keluar bersama Iskandar.

"Eh, cemburu pula dengan Iskandar dah ada awek, geram betullah!" ujar Raziq.

"Tak payah nak cemburu sangatlah, kalau nak, cari jelah, kau tu hensem juga, pasti ramai perempuan yang nak," balas Daniel.

"Memanglah ramai, tapi semuanya pandang rupa dan kekayaan je, aku paling benci perempuan macam tu," balas Raziq, Irfan hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Dah, korang pergi balik, aku nak rehat." halau Irfan kepada mereka. Kedua lelaki itu membuat muka menyampah dan melangkah keluar dari rumah Irfan.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now