"Eri?"
Panggilan Teena dibiarkan tak bersambut. Lelaki itu, kekal melepaskan pandang ke depan. Langsung tak menoleh tatkala Teena menghampiri.
"Kau tak nak pandang aku dah ker?"
Lama Eri berdiam sebelum dia membuka mulut menjawab.
"Entahlah Teena..., aku tak tahu apa yang aku rasa lagi."
Mendengarkan ucapan yang keluar dari Eri, Teena terus melabuhkan duduk di sisi lelaki itu dan mencapai tangannya.
"Aku minta maaf wei..., aku sumpah...aku betul-betul minta maaf. Aku tahu..., aku yang salah. Aku dah sakitkan hati kau. Kau maafkan aku, kan?"
Kebisuan Eri amat mendebarkan. Enam belas tahun mereka berteman, Teena sedia tahu perangai Eri. Bila lelaki itu sedih, atau marah, dia memang akan berdiam. Mogok tak bersuara. Tangan Eri diusap lembut.
"Eri...," Teena cuba menatap wajah Eri namun lelaki itu kekal meluruskan pandang ke depan. "Maafkanlah aku, Ri..., jangan buat aku macm ni. Please...,"
Pagi-pagi lagi, bila Teena pergi mencari Eri di rumah, Puan Rozi awal-awal lagi memberitahu Eri sudah keluar ke taman. Teena sedikit hampa namun dia tak membuang sebarang waktu lagi dan terus pergi mencari Eri di taman. Tepat sekali tekaannya bila dari jauh tubuh Eri yang sedang termenung di pondok, tempat mereka bermain waktu kecil.
Kedukaan terpamer jelas di muka tenang Eri. Hal ini menambahkan lagi rasa bersalah di hati Teena.
"Please Eri? Cakap something. Apapun, aku tak kisah. Kau nak marah aku.... nak bebel atau nak pukul aku sekalipun, aku sanggup tapi jangan buat aku macam ni...,"
"Kau tahu aku tak akan boleh pukul kau?" Sampuk Eri laju. Lidah Teena terasa bersimpul bila sedar akan kekecewaan dalam nada suara Eri. Betul juga. Apa punya jenis pujukan dia lakukan ni? Macam seolah menambah masalah adalah.
Eri memusingkan badan menghadap Teena. Wajah lelaki itu sedikit cengkung berbanding biasa. Yang paling jelas kelihatan adalah bahagian bawah mata Eri, ada lingkaran gelap tanda kepenatan. Kedua-dua tangan Teena digenggam kuat.
"Dan kau tahu aku sayang kau, kan?"
Kata-kata Eri buatkan Teena berasa cukup sebak. Takung airmatanya mula penuh dan terasa panas.
"Aku sayang kau juga Eri... aku minta maaf sangat-sangat. Apa yang aku buat.., aku pun tak tahu. Yes! Aku faham kenapa kau dan Wawa risau pasal aku..., aku dah sedar kenapa korang ambil berat pasal aku. Selama ni, aku yang asyik janji yang aku takkan lupakan kawan even lepas ada boyfriend semu tu, tapi tak sampai sebulan kenal Rayyan aku dah mula lupa diri. Aku kecewakan korang dan aku menyesal sangat. Aku dah buat kau sedih, Ri...," Teena dan mula teresak. Mengalahkan Eri pula dia ni. Walhal Eri yang lebih bersedih, tak pula lelaki itu menangis, mengamuk atau sebagainya.
"Aku ja-jahat... isk lepastu aku blame kau bila kau cuba nak nasihatkan aku. Dengan Wawa pun aku dah buat silap sedangkan korang semua nak sedarkan aku..," hidung Teena sudah mula tersumbat akibat menahan tangis. Seluruh mukanya kemerahan.
"So then, bila aku sedar yang aku buat silap kau pula sampai kena marah dengan Uncle Has..., aku betul-betul minta maaf Eri. Aku-," mulut Teena terkunci. Dia tak faham kenapa Eri boleh merenungnya sebegitu saat ini.
"Kenapa pandang aku macam tu?"
Senyuman di bibir Eri tersungging.
"Kau sedar tak muka kau buruk bila menangis?"
Jantung Teena bagai tergolek-golek jatuh. "Eri! Aku tengah serius ni!"
Lelaki itu boleh tertawa pula. Dengan mata yang bengkak sebegitu, setiap kali Eri tersenyum, matanya tersepet.
YOU ARE READING
ERI (ON GOING)
RomanceMAMPUKAH KAU MENCINTAI SEORANG LELAKI LEMBUT? ALAAAAH... SOTONG-SOTONG! Sangka Teena memang takdirnya bersama Eri telah terukir sejak azali. Saban waktu janji zaman kanak-kanak mereka bermain dalam fikiran. Erilah bakal suaminya! Erilah yang bakal...