Bab 11:

79 11 4
                                    

"HEY?"

Kulit pipi terasa sejuk tiba-tiba. Saat dia berpaling, tin Pepsi makin dihala dekat ke mukanya.

"Apa ni?"

Rayyan ketawa.

"Saja kacau."

'Eh mamat ni...,' Dia tak marah. Terkejut sikit. Mata Teena memerhati telatah Rayyan. Lelaki itu mengambil tempat di sisinya. Tin air bikarbonat tadi disua kepadanya. Teena hanya menyambut sambil mulut kekal terkunci.

"Arg! Panasnya cuaca!" Rungut Rayyan sendiri. Rambutnya diselak ke belakang. Tindakan biasa-biasa itu sahaja cukup buatkan jantung Teena melonjak suka. Suka dia melihat gaya rambut Rayyan yang sengaja dibiarkan serabut.

Spontan tangannya menyentuh rambut Rayyan.

"Habis berserabut."

Belaian Teena mengundang senyun di wajah Rayyan. Seronok pula rasanya dimanjakan. Sebagai anak lelaki dalan keluarga, dia jarang bermanja. Di hadapan orang lain pun dia selalu beriak tenang, matang. Kadang-kadang layanan Teena terhadapnya buat dia terhanyut.

"Dah panjang. Kalau Eri ni, saya potong dah rambut dia...." ulas Teena pendek. Agaknya minda dia menerawang jauh. Dia pun tak sedar nama Eri disebut.

"Eri?"

Teena tersentak. Tangannya dilarikan jauh. Macam manalah boleh sebut nama Eri lagi? Padahal mereka tengah bergaduh sekarang.

"Sorry."

"Kenapa nak minta maaf pula?" Balas Rayyan tak cepat melatah. Pandangan mereka terbentang ke kawasan padang sekolah. Angin petang menemani mereka. Sinaran mentari malu-malu menyentuh mereka. Tak terlalu terik, tak juga dikatakan mendung.

"Yalah. Saya asyik sebut nama Eri jer. Sorry.. ," betulah apa yang katakan. Setiap kali dalam perbualan, nama Eri sentiasa dia sebut. Entah bagaimanalah perasaan Rayyan? Siapa jer suka bila teman wanita asyik sebut nama lelaki lain?

Lama Rayyan berdiam diri. Kebisuan yang penuh mendebarkan. Marah sangatkah?

Selepas beberapa ketika berdian diri, Rayyan kembali bersuara. Tiada nada marah mahupun tak puas hati dalam percakapannya.

"Saya tak marah."

"Tipu...,"

"Betul."

Pelik. Takkanlah tak pernah marah?
"Sedikit pun tak?"

Rayyan menggeleng.
"Nak marah untuk apa? Awak dan Eri dah kenal terlalu lama. Saya fahamlah kalau awak selalu bercerita pasal dia. Yalah, korang dah berkawan sejak kecil."

Terbit rasa terharu dalam hati Teena. Baiknya Rayyan. Apalah Eri ni?

'Tengok! Rayyan tak kisah pun, tak cemburu apa pun. Kau yang melebih-lebih.' Makin geram pula Teena bila teringatkan perangai Eri. Wawa pun satu. Kawan apa macam tu? Patutnya mereka gembira buatnya. Ini tidak!

"Termenung lagi. "

Suara Rayyan buatkan Teena kembali tersedar. Termenung ker? Sebenarnya lebih kepada menyalurkan rasa geram terhadap Eri.

"Mana ada." Hal dia bergaduh dengan Eri, biarlah dia sahaja yang tahu. Rayyan tak perlu tahu. Lagipun ini hal dia dan Eri. Lebih baik dia pendamkan sendiri. Tak bawa apa-apa kebaikan pun bila dia jaja cerita tentang Eri. Kalau lelaki itu cakap buruk di belakangnya, tak mengapalah. Itu hal dia dan Allah. Dosa mengumpat faham-faham sendirilah.

"Okay! Team saya nak mula training dah. Awak betul nak tunggu sini? Kalau nak balik rumah, balik jelah. Tak penat ker nak tunggu saya?"

'Balik rumah? Bukan ada apa pun nak dibuat. Temankan Rayyan lagi bagus.' Akal Teena berkira-kira.

ERI (ON GOING)Where stories live. Discover now