"Oi! Mak Nyah!"
Eri buat tak dengar dan hanya memekakkan telinga. Bunyi-bunyi suara sumbang yang kedengaran bagai angin lalu sahaja di telinga. Dia sudah lali mendengar siulan-siulan ejekan. Manusia ni memang suka jaga tepi kain orang lain. Kain sendiri terpalit tahi tak pula disedari. .
"Terkepit-kepit jalan tu."
" Dia memang pakai make-up eh?"
"Uish! Geli betul tengok muka dia tu. Nampak sangat macam kawan-kawan pon...,"
Teena menerpa entah dari mana dan segera menarik Eri pergi ke tempat lain. "Jom! Cepat sikit jalan. Banyak sangat bunyi-bunyi lalat dekat sini."
Eri hanya mengangkat muka dan menggeleng.
"Malaslah."
Mata Teena terjegil.
'Eh! Mamat ni tak dengar ke apa yang budak-budak lelaki tu cakap?'
Tempat kosong sebelah Eri diambil. Tanpa peduli panjang Teena merapatkan badannya ke arah Eri sambil matanya tak lepas menjeling kumpulan lelaki yang tak henti-henti mengata Eri dari tadi."Lembut-lembut macam tu pun ada awek."
"Geli doh!"
"Takkanlah kau nak duduk sini jer?" Teena berbisik keras. Eri ni pun satu, boleh buat-buat pekak pula. Dari tadi mereka semua asyik mengutuk yang bukan-bukan. Dia yang mendengar pun boleh naik geram, namun Eri boleh mahu terus duduk di situ.
"Kita makan di tempat lain nak?"
Waktu rehat masih lagi panjang. Jadi tiada masalah pun kalau mereka mahu berpindah ke kawasan lain. Jauh daripada manusia-manusia penyibuk.
Muka Eri kekal tenang. Dia menyuap masuk sandwich tanpa banyak ragam. "Pergi ke mana-mana pun masih ada orang ejek aku juga. Dahlah. Makan cepat."
Sandwich telur disua pada Teena di sebelahnya. ."Tak nak makan ker?"
"Nak!"
Laju tangan Teena mencapai sandwich yang terakhir. Eri ni memang bertuah betul! Dah habis baru nak offer Teena makan. Sekejap sahaja habis dimakan.
"Eri..., kau ni okay tak?"
Dari sudut sisi muka Eri tampak berbalam-balam. Rambut lelaki itu berterbangan ditiup angin. Arah angin benar-benar menerpa ke arah mereka dari arah padang sekolah. Kawasan kegemaran Eri untuk melepak. Sayangnya, ramai budak-budak lelaki turut memilih kawasan ini.Kebanyakkan daripada mereka memang jenis "anti-Eri". Tak boleh tengok orang senang.
"Aku tak suka tengok kau macam ni...," jujur Teena berterus terang. Dia kembali terbawa kepada keadaan Eri berberapa tahun yang lalu. Beginilah dirinya. Pendiam dan menyendiri. Teena berasa sungguh bimbang. "Kau dah tak makan apa-apa ubat?"
"Doktor kata aku dah okay." Potong Eri cepat. Dia masih merenung jauh. Matanya memandang ke hadapan, fikirannya.., Teena tak tahu di mana ia berlabuh.
"Aku dah sihatlah. Dah tak perlukan ubat-ubat tu lagi..,"ujar Eri tenang. Terlalu tenang sebenarnya.
"Then? Cakap dengan aku..kau pun tahu bukan, one of your treatment is to talk to others. Talk to me Eri."
Tiba-tiba, tawa mula kedengaran dari diri Eri. Teena bertambah cuak, namun melihatkan pandangan mata Eri, dia mula faham. Lelaki itu bergurau. Sia-sia sahaja dia berasa takut. "Eri! Tak lawaklah...,aku betul-betul risau tahu tak."
Bagaimana Eri boleh buat keadaan ini sebagai bahan lawak? Teena tak boleh menerima. Depresi bukan hal yang boleh dibuat main.
"Aku okay. Janganlah risau sangat. Kau ni..., sama macam ibu akulah."
Rambut Eri ditarik kuat. Geram betulah dengan Eri ni!
"Auch!"
Eri menyeringai sakit. Mahu tercabut rambutnya ditarik. "Tercabut kulit kepala aku nanti, Teena."
"Memang patut pun..., aku dan ibu kau risau sebab kami sayangkan kau. Bodoh!" Rambut Eri dilepaskan semula.
Teena memandang ke hadapan semula. Sempat telingannya menangkap buny-bunyi suara dari orang yang memerhatikan mereka dari tadi.
"Main tarik-tarik rambut pula dah.."
"Halal haram entah ke mana."
"Dah namanya kawan si pondan. Jadi pondan tu halal ke haram? Faham-fahamlah."
Eri tak menghiraukan mereka. Kepala Teena diusap.
"Tak payahlah merajuk. Penatlah aku nak melayan.""Oh!" Teena memusingkan badan menghadap sahabatnya. "Kau buat perangai..., buat aku risau boleh pula?"
Plastik bekas sandwich dan air kotak dikutip. Boleh dibuang ke dalam tong sampah nanti. "Yalah-yalah..," seboleh upaya dia tak memandang Teena waktu bercakap. "Aku tak buat dah. Sorry sebab buatkan kau risau."
"Uncle Has still tak boleh lupakan hal tu? Dia patutnya bantu kau..bukan susahkan kau atau sulitkan keadaan, especially bila kau yang...,"
Tak habis lagi bicaranya, Eri terus mencelah. "Ayah aku memang macam tu. Aku tak ambil hati dah. Masalahnya sekarang ni, kau suruh aku supaya tak fikirkan hal itu lagi.., tapi kau masih mengungkit nak tahu. Kau nak apa sebenarnya Teena?"
Eri mulai bangun. Dah nak tamat masa rehat. Lebih baik mereka segera bergerak masuk ke kelas. Kalau lambat, jadi satu hal pula. Seperti biasa, saat Eri menlintas budak-budak yang lain tak putus menabur kata-kata kejam.
"Busuk doh! Kau ada bau busuk tak?"
"Baulah..ini bau ahli neraka! Kau tahu bukan salah satu dosa besar bila seorang lelaki mahu menyerupai perempuan. Tu! Buat-buat muka tak kisah. Kalau dah tahu diri tu buat dosa..., tak perlu tunjuk muka kot!"
"Betul wei...terjun bangunan lagi bagus daripada menyemak di sini."
Dalaman Teena terasa meletus. Dia tak tahu apa yang merasuknya...tiba-tiba sahaja dia meluru dan melepaskan tumbukan sekuat hati ke muka lelaki terakhir berkata-kata tadi.
Eri cuba menarik Teena tapi tak berjaya. Sekelip mata tubuh Teena sudah melayang menerpa kumpulan tersebut dengan berani.
"Teena???"
"Kau yang patut terjun bangunan. Anak haram macam kau tak sudah-sudah makan daging busuk di neraka nanti!"
Satu tamparan lagi hinggap di muka lelaki itu sebelum entah dari mana seorang lagi lelaki datang dan menarik tubuh Teena ke tepi dengan penuh kasar.
"LEPASKAN AKU! BIAR AKU AJAR DIA CUKUP-CUKUP!" Tak cukup kuat melawan, Teena hanya boleh meronta-ronta bila cengkaman kuat diberikn pada tubuhnya.
"Perempuan ni dah kenapa?" Fitri mulai bengang. Terus tubuh kecil Teena ditolak ke sisi terjatuh tersungkur ke tanah.
Keadaan terlalu kacau-bilau dan berlaku dengan sangat pantas. Tak mahu mengalah, Teena kembali bangun dengan rasa amarah yang tak mampu ditahan lagi. Baru sahaja dia mahu menerpa ke arah Fitri..., sekali lagi tubuhnya ditarik ke belakang.
"Cukup Teena...kau tu perempuan!" Tengking Eri kuat di muka Teena.
Teena terkedu sekitika.
Susah payah dia pertahankan lelaki itu..., dia pula yang dimarahi. "Aku tengah cuba tolobg kau ni Eri!"
"Aku tahu tapiii..., "
"Hoi!!"
"Cikgu disiplin datang. Cabut weei!! "
"Jom blah! "Eri memandang sekeliling. Kumpulan Botak sudah bertempiaran lari. Bunyi wisel yang arif dicam buatkan darah Eri berderau.
"Teena jom cepat..., sebelum cikgu sampai baik kita blah.., nanti," Eri menarik tangan Teena agar berdiri tapi tak sempat berbuat apa-apa suara garau telah pun menegur mereka.
"Dah tak ada kerja lain sampai nak bergaduh? Ikut saya ke bilik kaunseling sebarang!" Arahan Cikgu Wahid jelas dan terang membuatkan Eri dan Teena masing-masing kecut perut.
YOU ARE READING
ERI (ON GOING)
RomanceMAMPUKAH KAU MENCINTAI SEORANG LELAKI LEMBUT? ALAAAAH... SOTONG-SOTONG! Sangka Teena memang takdirnya bersama Eri telah terukir sejak azali. Saban waktu janji zaman kanak-kanak mereka bermain dalam fikiran. Erilah bakal suaminya! Erilah yang bakal...