BAB 2:-

159 17 0
                                    

"ERI! Cepat! Teena tengah tunggu di luar tuu! "

"Yer, bu... Eri tengah bersiap." Laung Eri separa kuat.

Salah dia juga terbangun lambat hari ni, jika tidak dah lama dia dan Teena bergerak ke sekolah. Kelam-kabut rambut disikat, pada masa yang sama Eri membetulkan kolar uniform sekolahnya.

Dia paling tak suka bila baju dan pakaiannya tidak kemas dan sempurna. Sakit mata. Dia jadi rimas.

"Done!"

Setelah berpuas hati dengan gaya rambutnya, Eri segera menyambar beg sekolahnya. Tote bag cotton bercorak bunga menjadi pilihannya hari ini. Hadiah pemberian Teena pada hari jadi ke 15 tahun sering kali menjadi pilihan utamanya.

Beg ni cantik, warna pastelnya memang warna kegemaran Eri. Pandai Teena pilih, tahu sangat apa yang dia suka.

Sebelum keluar, ingatan Eri terbawa kepada sesuatu. Dia teragak-agak juga mahu mengambilnya tapi hatinya memberontak mahu. Laju tangannya membuka laci almari dan membawa benda alah itu keluar.

Lama Eri berdiri di hadapan cermin. Merenung refleksi dirinya yang tiada cacat cela. Tubuh yang sempurna, fizikal yang cukup serba seri. Namun entahlah, dalamannya tetap terasa kurang. Tanpa sedar, tangannya mula mencalitkan benda alah itu pada bibirnya. Dikemam buat seketika agar warnanya kekal terang.

Mata Eri kembali menatap refleksi baru dirinya dengan sedikit senyuman. Bibirnya yang bercalit gincu merah jambu nampak lebih menyerlah. Dia kelihatan seperti orang lain. Dia bergerak merapatkan diri pada cermin dan terus mengagumi dirinya.

Rambutnya diselit ke belakang dengan klip rambut berwarna ungu yang selama ini disorokkan daripada pengetahuan ayah dan ibunya. Tubuh badan Eri melentok-lentok di hadapan cermin penuh gembira. Terasa seperti hanya dia dan dunianya sahaja waktu itu.

"Erii!"

Eri tersentak terkejut.
"Ya, bu?"

"Cepat sayang..., " panggil Puan Rozi sekali lagi. Pelik. Terlalu lama Eri bersiap, tak seperti biasa. "Nak ibu masuk ker? Ada masalah ke tu?"

"Kejap!" Eri jadi cuak. Wajahnya dalam cermin kembali ditatap.
"Apa ni?" Eri terkejut melihat wajahnya. Kadang-kadang dia tak sedar apa yang telah dia lakukan. Dengan sekuat hati, bibirnya ditonoyoh. Kesan-kesan warna yang terpalit cuba dihilangkan.

Mata Eri jadi bergenang.
"Apa aku dah buat ni...?"

Bibir dan dagu sudah bertukar merah kerana dikesat terlalu kasar. Eri tak peduli.  Dia lebih takut jika kesannya tertingal. Bibirnya dikesat berkali-kali tanpa henti.

"Bodohlah kau ni Eri!"

~~~~~~~~

Pintu biliknya ditutup rapat. Eri segera ke dapur mendapatkan ibunya. Langkah Eri mati saat terperasaankan ayahnya turut ada di situ. Dia mahu berpatah balik tapi telah dipanggil ayahnya terlebih dahulu.

"Tak nampak ker ayah di sini? "

Eri menundukkan kepala.
"Nampak."

Encik Hassan mengerakan tangannya, memanggil Eri agar mendekat. Dengan langkah berhati-hati Eri merapati ayahnya. Tiba-tiba, begnya direntap.

"Ayah!"

"Abang!!" Puan Rozi yang menatang pinggan kuih dari dapur turut terkejut besar melihat tindakan suaminya.

"Abang ni dah kenapa?"

Mujur tak terkoyak beg sekolahnya walaupun setelah direntap ganas tadi. Eri terlalu terkejut sehingga jatuh terduduk.

ERI (ON GOING)Where stories live. Discover now