"Quick question, Eri tu boyfriend awak ker?"
Tejelepok jatuh buku dari tangan Teena saat suara serak lelaki itu menegurnya. Matanya membulat cemas. Biar betul? Rayyan Hazin.
Apa lelaki tu buat ni di sini?
"A-awak cakap dengan saya ker?"
Kepala Teena berpusing ke kiri dan kanan. Tak ada orang lain. Hanya dia seorang. Takkanlah Rayyan Hazin sedang bercakap dengan dia? Jangan malukan diri sendiri Teena. Kau perasan lebih ni!
Lelaki itu menayangkan senyum. Sebentar dia tunduk mencapai buku yang jatuh. Buku tersebut dihulurkan kepada Teena dengan senyum mesra.
"Ya. Saya tengah cakap dengan awak. Saya cuma nak tahu sesuatu. Eri tu, siapa bagi awak?"
Improvement terlampau ni. Rayyan Hazin bercakap tiga ayat dengan dirinya. Rezeki jatuh dari langit tergolek-golek betul dia hari ni. Crush terbesar sekolah sedang bercakap, berbual dengannya.
"Eri..," suara Teena meleret. Saat tersedar, cepat-cepat dia menarik kembali cara percakapan begitu.
"Ehem. Eri kawan baik saya."
Saya? Kenapa bersaya awak ni, Teena?
Lelaki itu tersenyum lagi. Janganlah senyum banyak-banyak. Bersarang semut hati Teena menengoknya. Nak terlentok kepala dia saat panahan senyum Rayyan Hazin bertalu-talu menimpa.
"Cool. Jadi saya tak perlu risau apa-apa lagilah, kan?"
Teena terlalu khusyuk leka menatap wajah Rayyan sehingga apa yang dikatakan oleh lelaki itu pun tak dapat dia cerna.
"Mestilah. Wait! Apa awak cakap tadi?"
Kedua-dua tangan Rayyan Hazin dimasukkan ke dalam kocek seluar. "Saya ada peluanglah, kan?"
"Peluang apa ni?"
Teena! Cubalah fokus sikit. Jangan mudah sangat cair.
"Peluang untuk try kenal dengan awak?"
Cukup! Bukan setakat cair, ni dah tahap meleleh-leleh bunga-bunga hati Teena. Darah menyerbu mukanya. Pipinya terasa kejang. Nak buka mulut pun tak mampu.
"Boleh saya berkenalan dengan awak?"
Soalan Rayyan Hazin kedengaran bersama-sama bunyi percikan bunga api Tahun Baru Cina di telinga Teena. Jantungnya turut seakan meletup bersama. Teragak-agak kepala Teena menganguk. Sekali lagi, kuntuman senyum Rayyan Hazin berputik di tubir mata.
"Okay!" Lelaki itu melangkah ke belakang sambil tangannya tak duduk diam. Sekejap garu kepala, sekejap macam nak melambai.
Muka Rayyan terlihat cuak dan segan. "Jumpa lagi, di mana-mana."
Teena dapat rasa otot-otot pipi menegang. Dia hanya mampu tersengih dan melihat Rayyan berpaling pergi. Setelah benar-benar pasti lelaki itu cukup jauh, Teena terus berpaut pada rak buku. Kakinya terasa lembik dan tak jejak tanah. Hampir pitam saat disapa Rayyan tadi. Rayyan Hazin kot!
"Oi!"
Sergah individu lain tiba-tiba dari belakang.
Melompat terkejut Teena ke tepi. Sudah-sudahlah permainkan jantungnya. Ni, masih tak hilang terkejut lagi. Wawa sudah tergelak berdekah-dekah sambil memegang perut. Perempuan ni memang nak kena.
"Seronok berborak dengan Rayyan Hazin?" Lengan Teena ditepuk-tepuk manja.
"Tergagap-gagap kau tadi. Syoklah tu!"
"Kau pergi mana? Lamanya pulangkan buku."
Teena menjegilkan mata. Memberi amaran agar Wawa merendahkan suara. Kalau orang lain dengar tentang ni mesti kecoh besar.

YOU ARE READING
ERI (ON GOING)
RomanceMAMPUKAH KAU MENCINTAI SEORANG LELAKI LEMBUT? ALAAAAH... SOTONG-SOTONG! Sangka Teena memang takdirnya bersama Eri telah terukir sejak azali. Saban waktu janji zaman kanak-kanak mereka bermain dalam fikiran. Erilah bakal suaminya! Erilah yang bakal...