BAB 1:-

274 25 5
                                    

20 tahun sebelumnya....

Kepalanya dijengukkan ke kiri dan kanan. Okay! Line clear! Setelah yakin yang keadaan sudah selamat, Eri mula membuka pintu rumahnya perlahan-lahan. Berat pula pintu kayu ni! Sekuat hati dia menolak pintu rumahnya. Sebaik sahaja terbuka, terus saja dia berlari keluar  tanpa membuang masa. 

"Teena!" Hati Eri sudah berlagu seronok. Siapa sahaja yang tak seronok. Nak keluar main ni!

"EHEM!" 

Langkahnya mati dan Eri terkaku keras. Alamak!

"Eri nak pergi mana?"

Suara lembut wanita itu membuatkan Eri berasa kecut perut. Meskipun suara ibuanya masih lembut bertutur, Eri tahu dia patut bersedia. Bila-bila masa sahaja ibunya boleh mengamuk.

"Dah pandai menipu ibu, ya?"

Mahu sahaja Puan Rozi tergelak melihat keadaan anaknya yang terkaku seperti patung. Kasut tak pakai. Dengan hanya berkaki ayam terkedek-kedek berlari keluar. Hati ibu mana yang tak risau? Puan Rozi menggelengkan kepala tak percaya melihatkan telatah anaknya.

Muka Eri sudah tercebik. Mulalah tu,  nak menangis merajuk.

"Anak ibu..., Haeri Ridzwan ni nak pergi mana?" 

Kemana lagi kalau bukan berjumpa Teena. Anak jiran sebelah rumah meraka itu sahaja kawan baik Eri. Dengan anak-anak dara Mariam juga Eri mahu berkawan. Anak lelaki jiran-jiran yang lain tak dihiraukan pula. Pelik betul perangai anak tunggalnya yang seorang ni.

"Eri pergi main dengan Teena boleh?" Soal Eri takut-takut.

"Nak main dekat mana?" 

"Dekat taman depan. Kakak Teena pun ada." Bersungguh-sungguh Eri menyakinkan ibunya. Memang benar, kakak Teena pun ada sekali bermain dengan mereka nanti. Takkanlah dia mahu menipu dan mereka-reka cerita pula.

"Pakai kasut dulu, baru boleh pergi. Dan jangan balik lambat. Nanti ayah marah. Faham?"

Tak guna nak marah-marah , Eri masih budak kecil lagi. Baru tujuh tahun, apalah sangat yang dia tahu selain bermain dengan rakan-rakan sebayanya.

~~~~~~~~~~~~~~

"Lambatlah Eri ni!"

Sambil mencekak pinggang, budak perempuan bertocang kuda itu memandang Eri tajam. "Kata nak jumpa pukul 5.30...ni dah nak pukul 6, tahu tak?"

Eri hanya tersengih.
"Teena nampak cantiklah pakai dress macam tu."

Muka Teena berubah manis.  "Mestilah. Kan dah janji nak main kahwin-kahwin. Kenalah pakai baju dress."

Tangan Eri ditarik,  dan masing-masing melabuhkan duduk. Dia memang sudah tak sabar mahu bermain. Segalanya sudah dia sediakan. Kipas untuk mengipas pengantin. Ada juga beberapa kuntum bunga dan daun-daun dipetik dari pokok,  kononnya jadikan bahan taburan.

Anak-anak rambut terasa mencucuk di tengkuk Teena. Maklumlah cuaca Malaysia petang-petang begini memang terik. Basah lencun bermandi peluh mereka semua. Teena lagilah, dengan dress kembangnya memang panas dan merimaskan.

"Hisy! Rambut ni... "Rambutnya ditolak ke belakang dengan kasar.  Eri yang memerhati dari tadi merapati Teena. Dengan lembut dia meniup-niup ke arah Teena, mahu menyejukkan kawannya itu.

"Sejuk tak? "

Teena berasa geli dan mengekek tawa.  "Janganlah. Geli... "

Eri turut tergelak entah mengapa. Lucu kot. Matanya masih tak terlepas merenung dress yang dipakai Teena. Ada riak cemburu dalam pandangan matanya.

ERI (ON GOING)Where stories live. Discover now