"Janganlah dikuis nasi tu,"tegur Puan Mariam sederhana tegas.
Geram dia melihat telatah anak perempuannya menguis-guis nasi, macam nak tak nak makan. Muka tak usahlah ditanya lagi, monyok macam cekodok basi.
"Kenapa dengan Teena ni?"
Lia menutup mulut menahan tawa. Nasi dalam mulut tak habis dikunyah tapi dia mahu cakap juga. "Apa lagi mama, gaduh dengan Eri la ni.., "
"Ish! Gaduh lagi? Asyik bergaduh jer korang berdua ni..., tapi masih bestfriend. Peninglah mama tengok perangai kamu berdua ni. "
Sambil-sambil berborak, sempat lagi Puan Mariam menambah sayur campur ke dalam pingannya. Berselera dia dan suaminya makan beramai-ramai malam ni. Setelah seharian bekerja masa-masa teluang dengan anak-anak memang amat dinantikan.
Encik Hilmi menyampuk bertanya.
"Bergaduh sebab apa dengan Eri tu? Teena pun janganlah kasar sangat dengan dia... Eri tu budak baik. Ni mesti Teena yang cari pasal dulu, kan? "
Terjegil mata Teena mendengar tuduhan papanya. Eh! Siapa anak papa ni? Dia ke Eri?
"Teena ni anak papa...patutnya papa bela Teena, bukan Eri tu." Dengan sebal, nasi berlaukan kuah asam pedas disuap ke dalam mulut.
Rasa masam-masam pedas menyengat deria rasa. Makan pun tak terasa enak, ini semua salah Eri. Kejadian di sekolah tadi terbiar tergantung sahaja. Langsung tiada kata maaf atau apa. Bukan tu sahaja, Eri boleh pula balik sekolah sendirian, tanpa menunggu dia.
' Sakit betul hati aku ni.' Bibirnya dikesat kasar. Dalam masa itu, Teena merancang mahu terus merajuk sehinggalah Eri minta maaf. Dia tak akan mengalah dengan mudah.
Ina yang duduk di sebelah mamanya, berhadapan Teena peraaan sesuatu. "Teena...tangan Teena luka tu," tak nampak pula luka tu sebelum pergi sekolah tadi, sekarang baru ada.
"Jatuh ke tadi?"
Laju Teena menyembunyikan tangan kirinya di bawah meja. Luka saat dia jatuh ditolak Fitri tadi. Bukanlah luka besar pun, setakat calar kecil. Dia pun terlupa akan luka di tangannya. Tak sangka pula Ina perasan.
"Haah! Jatuh tadi."
Puan Mariam mendesis perlahan. "Banyak kali mama pesan agat hati-hati. Teena ni...ganas sangat. Cubalah lain kali jalan elok-elok, sopan santun macam perempuan. Ini tidak."
Anak keduanya tu memang berbeza berbanding anak-anak perempuannya yang lain. Teena agak berani dan lantang. "Dengar tak? "
Teena terus menunduk. "Dengar...,"jawabnya tak ikhlas. Asyik-asyik dia yang salah. Lebih cepat dia menyuap makanan ke mulut. Dia mahu cepat-cepat masuk ke bilik. Penat satu badannya bergaduh siang tadi.
Encik Hilmi tiba-tiba bangun dari kerusinya. Mereka yang sedang elok makan agak terkejut dengan tindakan papa yang tak semena-mena.
"Kenapa papa?" Soal Ina paling pantas.
Encik Hilmi hanya diam. Dia ke ruang hadapan dan membuka pintu. Tak lama kemudian, papa melaung memanggil nama Teena dari muka pintu.
"Teena!"
Tersangkut nasi di tekak Teena, terus dia tersedak. Namun cepat dia membalas panggilan papanya.
"Yes, papa?"
YOU ARE READING
ERI (ON GOING)
RomanceMAMPUKAH KAU MENCINTAI SEORANG LELAKI LEMBUT? ALAAAAH... SOTONG-SOTONG! Sangka Teena memang takdirnya bersama Eri telah terukir sejak azali. Saban waktu janji zaman kanak-kanak mereka bermain dalam fikiran. Erilah bakal suaminya! Erilah yang bakal...