Bab 13:

161 16 4
                                    

Pergaduhan antara dia dan Eri beberapa hari lepas mula membuka mata Teena akan sesuatu perkara yang patut dibuat lama dahulu. 

"Aku nak kau kenal dengan Rayyan."

Kata-kata Teena buatkan Eri tersentak. 

"Aku serius Eri. Rayyan baik. Dia tak macam budak lelaki sekolah kita yang lain tu," Teena melabuhkan duduk di sebelah Eri. Buaian di rumah Eri memang menjadi tempat lepak mereka dari kecil. Selalunya bila ayah Eri tiada di rumah, Teena dan adik-beradiknya akan datang bermain buaian. Bila dengar jer bunyi enjin kereta Uncle Hassan masing-masing pakat berlari balik ke rumah. Lagipun, rumah mereka bersebelahan sahaja, tak lebih dua puluh kaki melangkah.

"Eri...," Teena memancing perhatian Eri lagi. "Kau dengar tak?"

"Dengarlah..," Eri menegakkan badan. "Aku pun dah lama perhatikan Rayyan tu. Ya.., aku tahu dia baik. Tapi... dia nak ke berkawan dengan aku ni Teena?"

Teena terdiam sejenak.

"Kalau...," Teena merenung wajah Eri. Dia tak tahu apa reaksi Eri nanti bila dia apa yang Teena sedang rancangkan.

"Apa?" Soal Eri terdesak.

"Kalau aku cerita pada Rayyan...," suara Teena merendah. Lebih seakan berbisik. "Tentang kau, Eri..., tentang apa yang dah berlaku...." mellihatkan Eri bingkas bangun, Teena segera memujuk. "Aku nak dia faham Ri.. apa yang dah jadi kat kau... Rayyan boleh terima dan-,"

"Kau nak jaja cerita hidup aku ker Teena?" Nada suara Eri dingin. Lelaki itu tidak kedengaran marah, lebih kepada takut. 

Teena ikut berdiri. "Tak... tak Eri..," dia mengumpul keberanian dalam-dalam sebelum meneruskan bicara. "Aku tak pernah terniat pun nak jaja cerita kau pada Rayyan, cuma kalau Rayyan tahu..., dia akan faham. Lagipun, Rayyan kawan yang baik. Dia pendengar yang baik. Aku percaya Eri... kau boleh berkawan baik dengan Rayyan."

Mata Teena tak lepas memandang telatah Eri yang mundar-mandir tak tenang. Raut Eri kelihtana cemas. Teena faham apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu kala ini. Ada sebab kenapa Eri tak betah mendengar yang namanya 'kawan'. Selain dari Teena, Wawa dan rakan-rakan perempuan yang lain, kepercayaan Eri terhadap 'kawan lelaki' sudah lama pupus.

"Rayyan bukan Rafiq, Eri... tolong? Beri peluang pada Rayyan."

Langkah Eri mati. Dia tak lagi mundar-mandir malah dia kekal berdiri statik, beberapa kaki jauh dari Teena. "Kau betul-betul suka Rayyan?" Soal Eri meskipun dia sudah tahu jawapan dari Teena. Dia tak bodoh. Dia boleh nilai kesungguhan Teena dan dia benar-benar pasti sahabatnya itu telah pun jatuh cinta.

Teena tersenyum manis. Senyuman yang selama ini menenangkan Eri dikala susah hati. 

"Kau tahu bukan? Kau dan Rayyan, dua-dua istimewa bagi aku. Sebab itulah, aku nak korang berbaik."

'Berbaik? Aku berbaik dengan Rayyan?' Lama otak Eri memikirkan keadaan itu. Dia taklah bencikan Rayyan, tak juga suka dan selesa dengannya. Hakikat yang Rayyan berjaya merebut hati Teena buatkan dia tak beberapa selesa pun begitu dia tak cemburu, marah apatah lagi berniat mahu memisahkan Teena dan Rayyan. Kasih sayang dia buat Teena cukup dalam, dan Eri tahu Rayyan tak mampu menyanyangi Teena sehebat dirinya.

"Fine!"

Mata Teena memancarkan sinar teruja. "Serius?"

Eri menahan senyum. "Yalah... sebab kau, aku akan cuba berkawan dengan Rayyan tu."

"Jadi, boleh aku beritahu Rayyan-,"

"Mana saja yang kau rasa perlu, buatlah."

Mata Teena bergenang. "Eri..., kau memang terbaik."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 28, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ERI (ON GOING)Where stories live. Discover now