"Eri?"
Mendengar namanya dipanggil lantas mukanya terangkat. Suara yang memanggil macam tak asing. Tepat sangkaanya, Wawa!
"Kau buat apa seorang diri ni?" Gadis itu merapati. Eri jadi kekok tiba-tiba. Bukanlah dia tak biasa dengan Wawa, dia selesa, cuma kebiasaan waktu mereka akan berbual bertiga. Teena pasti ada sekali.
"Aik? Takut ker nak berborak dengan aku?" Selamba Wawa bertanya. Muka cuak Eri dapat dibaca. "Relaxlah. Nah..," bungkusan roti diserahkan kepada Eri. Mujur dia memang berniat membeli dua roti tadi. Kebetulan pula ternampak Eri berseorangan dalam kelas. Bolehlah dia temankan si Eri ni. Kasihan pula menegoknya.
"Heh! Kau kasihankan aku ker apa?" Tangannya mencapai pemberian Wawa. Rezeki jangan ditolak. Beg sekolahnya dialihkan dari kerusi di sebelahnya. Memang dia duduk seorang diri di penjuru paling belakang kelas. Tiada siapa mahu duduk di sisinya. Cikgu pula tutup sebelah mata terhadapnya. Apalah nasib! Mujur dia memang jenis tak peduli. Dah lali dengan semua ini.
"Duduklah...," pelawa Eri sopan. Yalah, orang dah bagi makanan, kenalah layan baik-baik. Wawa juga tak banyak cakap, terus sahaja dia duduk.
"Teena tinggalkan kau lagi?'
Terketar tangan Eri. Dengan susah payah, plastik pembalut roti dikoyakkan. "Kau rasa? "Sindirnya kembali. Wawa ni pun, sudah tahu bertanya lagi!
Keluhan kesal terbit dari bibir Wawa. "Aku pun geram juga dengan Teena tu. Dah dua minggu macam ni. Orang lain bercinta juga! Ada pakwe juga. Tapi tak ada pula sampai lupa kawan sendiri." Kasar bahasa Wawa kali ini. Tak seperti selalu. Marah teruk gayanya. "Aku paling benggang bila Teena janji macam-macam tapi dia boleh buat-buat lupa. Semua sebab mamat Rayyan tulah. Ish! Stress aku!" Wawa berpaling ke arah Eri.
"Ingat tak minggu lepas? Dia dah janji nak keluar dengan aku. Lepastu, aku dapat tahu dia keluar dengan Rayyan. Bukannya reti nak beritahu aku dulu. Penat aku tunggu dia, tak muncul-muncul pun." Sebal bunyinya. Eri menggaru leher, kekok. Kenapa pula dia berasa kekok? Ini semua sebab Teena jelas sekali bersalah. Sebagai kawan, Eri tahu dia tak dapat membela Teena kali ini.
"Eri? Kau diam jer, dah kenapa? Kau tak marah ker? Ni, Teena tinggalkan kau sorang-sorang. Dah berapa lama dia tak nak temankan waktu rehat, asyik nak berkepit dengan Rayyan tu. Kalau aku tahu, dari awal lagi aku tak temukan Rayyan dengan dia."
Tiada jawapan yang datang. Eri memilih berdiam. Otaknya jadi bercelaru. Benar, dia sedikit kecewa dengan Teena yang sekarang tapi dalam masa yang sama, ini kali pertama Teena jatuh cinta. Pada lelaki pujaan sekolah pula tu. Memang wajarlah Teena boleh jadi angau sampai macam tu. Angau? Eri hampir tergelak! Memang Teena tak ubah macam orang angau. Setiap hari mahu bertemu kekasih hati. Jika tidak, tak tenang hatinya.
Melihatkan Eri jauh termenung, Wawa jadi faham sendiri.
"Kau pun marahkan Teena, kan?"
"Sikit." Balas Eri tak berterus terang. Yang lain biarlah dia yang tahu.
Wawa tak lagi mahu memaksa. Jika dia yang rapat dengan Teena pun terasa hati, Eri lagilah teruk. Bukan setahun dua Eri dan Teena bersahabat.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi, Ri. Memanglah aku gembira tengok Teena gembira. Tapi itulah, dia dah lain sangat. Dalam kelas asyik tak fokus. Kerja sekolah selalu tangguh, alih-alih jawapan aku yang dia tiru. Nak bercinta pun berpada-padalah. Aku tengok Rayyan tu elok jer, tak pun bersungguh-sungguh. Sekarang ni Teena nampak sangat macam terhegeh-hegeh pada Rayyan tu." Becok mulut Wawa mengomel. Segala rasa tak puas hati disuarakan.
"Hish! Tak baiklah cakap macam tu. Kalau Teena dengar, mesti dia sedih. Dahlah! Biarlah dia nak bahagia dengan boyfriend dia tu.., baru nak feeling-feeling in love gitu. Kita patut gembira buat dia tau!"
YOU ARE READING
ERI (ON GOING)
RomanceMAMPUKAH KAU MENCINTAI SEORANG LELAKI LEMBUT? ALAAAAH... SOTONG-SOTONG! Sangka Teena memang takdirnya bersama Eri telah terukir sejak azali. Saban waktu janji zaman kanak-kanak mereka bermain dalam fikiran. Erilah bakal suaminya! Erilah yang bakal...