"Pagi, bu..." Sapa Eri.
Pintu biliknya. Senyuman mesra menyapa ibunya yand sibuk ke hulur ke hilir dari dapur ke ruang tamu.
"Busynya, ibu Eri ni..," lengan ibunya ditarik dan pipi halus dicium manja. Puan Rozi tergeleng. anak tunggal lelakinya memang manja. Tetap tak berubah-rubah walaupun umur dah masuk belasan tahun.
Dah kiran anak terun bujang dah ni!
"Mestilah, anak ibu kena makan dulu sebelum ke sekolah. Dah, sini! Duduk, ambil sarapan dahulu. Teena dah pergi sekolah, kan?"
"Eh?" Eri agak terkejut.
"Teena dah pergi?"
Kerusi ditarik dan dia melabuhkan duduk. Beg sekolahnya diletakkan di sebelah.
"Pelik. Selalunya Teena akan tunggu Eri.""Ibu pun tak tahulah, sayang. Katanya dia nak cepat sebab perlu jumpa Wawa."
Mee goreng yang masih panas dicedok dan diletakkan di atas pinggan sebelum diserahkan kepada Eri. "Ayah pun pergi kerja awal hari ni."
Perihal ayah tak mengusik hatinya pun. Lebih baik dia tak ulas apa-apa. Ketiadaan ayahnya pagi ni boleh berikan Eri peluang bersarapan dengan tenang.
"Ni, kalau ayah ada bolehlah kita bersarapan sama-sama, betul tak?" Suara ceria Puan Rozi berusaha menghidupkan suasana. Wajah kelat Eri diperhatikan. Laju betul mee disuap ke dalam mulut. Nampak terkejar-kejar.
"Kita pun dah lama tak makan sekali. Asyik makan berasingan jer."
Tak sudah-sudah Puan Rozi berusaha menarik minat Eri, tak jua Eri mengendahkannya."Eri, masih merajuk dengan ayah?"
Tekak Eri terasa kelat. Cawan di tepinya di capai. Tipulah kalau dia tak terasa hati dengan ayah. Sesiapa pun akan berkecil hati. Dia masih lagi terluka mengenangkab sindiran ayahnya. Susah payah lelaki itu mengelak dari memandang wajah ini, wajah darah dagingnya sendiri.
"Tak apalah. Ayah bukan nak tengok muka Eri pun. Nanti hilang selera makan dia."
"Ayah tak maksudkan macam tulah, sayang. Masa itu ayah tengah marah macam-macam keluar dari mulut dia. Eri jangan ambil hati, ya? Ayah sayangkan Eri.....percayalah. Eri kena banyak bersabar. Lama-lama ayah akan berhenti marah juga."
Tangan anaknya diusap sayang. "Ya?"
Tak mahu menghampakan ibunya, Eri memilih mengalah sahaja.
"Hurm.. ," baki mee goreng yang tersisa disuap sekali habis. Dia mahu cepat-cepat ke sekolah. Nak juga kejar Teena. Entah mengapa gadis itu tak menunggu dia hari ni. Biasanya tak macam ni.
"Eri pergi dulu. Nak cari Teena...," ujar Eri kelam-kabut. Tanpa membuang masa, tangan ibunya dicapai dan disalam. "Pergi dulu ya, bu.!"
"Yalah." Puan Rozi ikut bangun, menghantar pemergian anaknya. "Hati-hati jalan tu... "
~~~~~~~~~~~~~~
Tak pernah Eri berjalan laju sebegini. Macam acara larian pula. Selalunya kalau bersama Teena, mereka akan mengambil masa, bagai bersiar-siar. Sambil berjalan, mereka berborak santai. Kadang-kadang adalah juga acara bergaduh tepi jalan. Perangai Teena yang asyik sentap selalu menjadi faktor, namun dia tak jemu bertahan.
Pagar sekolah mula kelihatan. Lagi bersemangat Eri membuka langkah. Memang niat awalnya adalah untuk mendapatkan Teena. Berani gadis itu pergi tanpanya.
Haih...tak pernah pula begini sebelum ni. Dua tiga minggu ni, perhubungan mereka baik sahaja. Bergaduh pun tidak. Dia ada buat apa-apa salah ker?
Entahlah! Yang penting dia perlu dapatkan Teena.
YOU ARE READING
ERI (ON GOING)
RomanceMAMPUKAH KAU MENCINTAI SEORANG LELAKI LEMBUT? ALAAAAH... SOTONG-SOTONG! Sangka Teena memang takdirnya bersama Eri telah terukir sejak azali. Saban waktu janji zaman kanak-kanak mereka bermain dalam fikiran. Erilah bakal suaminya! Erilah yang bakal...