Tiga tahun sebelumnya...,
"Cantik tak? " Tanya Eri sekali lagi.
Naik lenguh kepala Teena mengangguk. Sakit urat tengkuk dia, dah macam burung belatuk terangguk-angguk dari tadi.
"Cantik tapi kenapa nak jadi cantik. Patutnya kau nak jadi macho..., handsome..., tampan..., drop dread gorgeous! Barulah kena dengan kau ni..," elok tangan Teena menarik keluar sehelai kemeja berwarna biru gelap dari dalam almari baju Eri.
Eh! Elok lagi ni. Siap bertag lagi. Jelas sangat masih belum dipakai.Baju itu diacukan ke tubuh badan Eri.
Lelaki itu, datang mendekat dan mengacukan ke badan. Teena mengangguk setuju.
"Sesuai sangat wei Eri."Eri meninjau-ninjau tubuh badannya dan mengagak rupanya kalau baju itu dipakai. "Biru?"
"Ya...warna biru. Pakailah Eri. Kau dah banyak kali pakai warna kuning...warna yang pastel-pastel. Sekali-sekala pakailah warna gelap-gelap macam ni. Tengok..," pipi Eri ditarik merenung ke dalam cermin.
"Warna gelap buatkan kulit kau nampak lagi menyerlah. See?"
Memang benar apa yang Teena katakan. Kulit Eri yang cerah melepak persis ibunya tampak jauh lebih menonjol bila dipadankan dengan warna biru gelap seperti itu. Lama Eri merenung biasan dalam cermin. Tiada senyuman, tiada juga tutur-tutut tentangan.
"Baju ni, ayah aku yang beli. Hadiah untuk aku pakai."
Dahi Teena berkerut. "Then, pakailah. Sesuai dengan kau."
"Ak-aku tak tahulah, Teena." Langkahnya diatur ke katil, dan lelaki itu melabuhkan duduk. Teena hanya mengikut. Dia turut duduk.
Wajah muda Eri yang saat itu masih baru memasuki usia tiga belas tahun menerpa dalam kotak memori. Teena tak mungkin lupakan muka Eri waktu itu.
"Kenapa?"
"Ayah..., nak sangat aku jadi macam le-lelaki..," suara Eri merendah.
"Kau memang lelaki."
"No! Jadi lelaki yang..., betul-betul lelaki. Dia tak suka aku berkawan dengan kau.., main barang-barang kau.., barang-barang perempuan. Dia kata sebab aku selalu bermain benda-benda tu...aku jadi macam ni...," baju biru di tangannya diusap. Jujur Eri tersangat mahu menyarungkan baju itu, namun dia jadi takut. Dia takut dengan memakai baju itu tetap juga dia tak mampu penuhi keiinganan ayah.
Keiiginanan ayah yang mahukan anak lelaki yang sempurna. Apalah sangat beza yang sehelai fabrik mampu berikan padanya?
"Aku minta maaf, Eri."
Cepat Eri menggelengkan, dia tak berniat menyalahkan Teena. Tiada langsung salah gadis itu padanya. Malah dia sangat-sangat bersyukur pada gadis itu kerana tetap setia di sisinya. "Kau tak salah.., Teena. Berapa kali aku nak cakap? Ini bukan salah kau...bukan salah sesiapa. Keadaan...keadan yang menghala ke arah ini."
Teena mengigit bibir. "Tapi kau kuat, bukan? Kuat untuk lawan godaan tu...kemahuan songsong tu?"
Anak mata Eri mengecil. Bagaimana dia pasti? Ini kerana anak mata Eri cukup jernih, sehingga boleh dilihat dengan begitu mudah. Bukan sekali dua, Teena perasan akan kelebihan Eri itu.
Eri berpalingkan muka. Berpura-pura meneliti baju di tangannya. "Aku cuba....,kau tak perlu risau. Aku masih tahu halal haram."
Lega hati Teena mendengarnya. Selagi mana Eri berusaha melawan, dia tetap bangga. Dia tahu tak mudah melawan lintasan emosi yang datang...,dan tak semudah itu fikiran ke arah itu dapat hilang. Ianya perlukan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh.
YOU ARE READING
ERI (ON GOING)
RomanceMAMPUKAH KAU MENCINTAI SEORANG LELAKI LEMBUT? ALAAAAH... SOTONG-SOTONG! Sangka Teena memang takdirnya bersama Eri telah terukir sejak azali. Saban waktu janji zaman kanak-kanak mereka bermain dalam fikiran. Erilah bakal suaminya! Erilah yang bakal...