BAB 6:

84 9 0
                                    

"Sabarlah Eri..., kau jalan laju-laju ni nak pergi mana?"

Tak faham betulah mamat ni. Dia lambat bersiap, kita pula yang dimarahi. Punyalah lama Teena menunggu Eri dari keluar rumah, lelaki itu bersiap mengalahkan perempuan." Kaulah ni, bersiap lambat sangat."

Eri memalingkan muka ke tepi.
"Mana ada..," balasnya acuh tak acuh. Memang dia yang lambat, tapi takkanlah dia mahu mengaku pula? Tabiatnya lamanya datang lagi, dan dia tak boleh nak melawan. Akirnya, dia kembali tersedar dengan muka yang comot berconteng. Makin lama makin tak terkawal. Parah ni!

Mujur Teena masih tak perasan apa-apa.

 "Cepatlah sikit jalan tu." Gesa Eri. Dia menonong jalan tak mahu menunggu Teena. 

"Tudung aku tak cantik terbentuklah. Penyek." Teena lebih sibuk membetulkan awning tudung sekolahnya sambil berjalan. Selagi tak puas hati selagi itulah lambat-lambat langkahnya. Stress betulah! Hilang mood nak belajar.

"Sebab inilah, aku malas nak pakai tudung...," rungutan Teena menarik perhatian Eri. Mulalah perangai mengada-ngada Teena itu muncul. Kadang-kadang dia pelik dengan Teena. Dihadapan orang lain, garang macam singa. Bila bersama dirinya banyak pula becok, banyak pula perkara yang nak diadukan. Alih-alih, Eri yang kena fikir cara memujuk. 

Bebelan Teena makin panjang berjela-jela, dan Eri tahu selagi dia tak masuk campur memang tak akan sempat mereka sampai ke sekolah sebelum waktunya.

"Elok jer aku tengok. Kau lagi cantik bertudung." Kakinya diatur berpatah balik mendapatkan Teena yang tertinggal di belakang.
"Lagipun, memang patut kau pakai tudung sepenuhnya, kan? Ini tidak.., buka tutup, sekejap pakai...sekejap tak." 

Lincah tangan Eri membaiki kedudukan tudung sekolah Teena. Pergerakan tangannya yang lembut, menghalang tudung dariada terus tertarik ke belakang dan terus tampak tak kemas. Gerak lakunya sopan. Cepat dan mudah sekali caranya.

"Dah! Jangan bergerak dan jangan aktif sangat." 

Berkat sentuhan magis Eri yang penuh berbakat ,jadi elok terbentuk tudung Teena. Terus menguntum senyuman di wajah gadis itu. 

"Ceh! Jangan senyum jer. Patutnya aku dapat upah ni...," Eri menundukkan kepalanya.

Muka mereka bertatapan, saling berpandangan.  Gawat! Terlalu dekat! Serentak itu, dua langkah ke belakang dia ambil.

"D-dah jomlah!"

Teena tergelak girang. Dia tak menyedari apa-apa. Apa yang dia tahu, sikap perhatin Eri tetap macam dulu. Marah-marah pun, Eri tetap hulurkan tangan membantu. Bagaimanalah dia mahu hidup tanpa lelaki itu? Semua hal adalah kepakaran Eri. Daripada sebesar-sebesar kerja ke sedetail-detail perkara.

"Kejaplah. Eri!"

~~~~~~~~~~~~~

Pandangan Eri terus tertumpu pada pondok menungu di sebelah pagar sekolah. Ada kelibat sesorang yang tak patut ada di situ.

Seingatnya Rayyan Hazin tak bertugas menjaga pagar hadapan sekolah. Apa yang lelaki itu buat di sini? Laju badannya berpusing menghadang Teena.

"Teena, cepat sikit jalan."

Teena kekal selamba berjalan lambat-lambat. Boleh pula buat muka clueless macam tu.

"Cepatlah!"

"Kau datang bulan ke apa?" Tak mahu menyerabutkan kepala, dia hanya mengikut cakap Eri. Kening Teena terangkat. Dah kenapa mamat ni mengeletis macam ulat gonggok? Terjengket badannya, dah kenapa? Dia cuba bersembunyi dari siapa?

"Rayyan tengah cuba pandang kau."

 Kata-kata Eri buatkan Teena mahu ketawa.

"Then? Apa yang kau cuba buat ni?"

ERI (ON GOING)Where stories live. Discover now