"Yeaaaayyy!"
Sehabis daya Teena bersorak buat Rayyan. Teman lelaki siapalah tu? Sudahlah kacak, bijak, atlet utama sekolah pula tu. Kawasan padang bola sepak bergema riuh dengan sorakan dan tepukan. Masing-masing teruja dengan perlawanan bola sepak persahabatan antara sekolah. Separuh masa pertama berpihak kepada sekolah Teena dengan mata 2-1.
Rayyan antara penyumbat gol pertama bagi sekolah mereka. Populariti Rayyan sangat jelas. Setiap kali dia melambai, suasana menjadi kecoh. Peminat-peminatnya boleh kena histeria. Cewah! Untung Teena. Dalam ramai-ramai, dia yang terpilih untuk bersama Rayyan.
"Well done!" Puji Teena sebaik sahaja Rayyan mendekat.
Rintik peluh membasahi muka dan badan Rayyan. "Thank you...boleh passkan botol air?" Pinta Rayyan agak tercungap-cungap. Dia mencekak pinggang dan cuba mengatur pernafasan kembali.
Pantas tangan Teena mencapak botol air mineral yang baru. Penutup botol dibuka dan disua kepada Rayyan.
"Hati-hati minum...," Teena mengingatkan.
Hanya mengangguk, Rayyan langsung minum dengan laju. Haus benar gayanya. Sempat lagi dia membasahkan badannya, mahu menyejukkan badan. Tanpa berfikir panjang, Teena bangun dan menyerahkan tuala kecil buat Rayyan. Sebagai penyokong utama, dia mahukan yng terbaik buat Rayyan. Lagipun, Rayyan bermain buat pasukan sekolah mereka juga.
"Ini...," tuala kecil berwarna biru diserahkan. "You did so well. Saya bangga...,"
Rayyan agak terpenpam. Bukan tak biasa dipuji, selalh sangat dia mendapat pujian daripada yang lain. Cuma ini kali pertama, ada yang berasa bangga dengnnya. Pelik, dadanya terasa kosong. Rasa penuh lega.
Rayyan menayangkan senyuman manisnya.
"Thanks."
Rayyan merenung Teena yang penuh semangat siap berbaju jersi pasukan bola sekolah. Mata gadis itu bersinar terang, penuh keikhlasan menyorak buatnya. Dia jadi terharu sekejap.
"Lepas game ni habis, kita pergi makan-makan. Nak tak? Kawan-kawan saya ajak melepak. Pergi sekali, nak?"
Kawan-kawan Rayyan? Lama Teena berfikir. Dia senang berkawan dengan kawan-kawan Rayyan yang lain. Baik jer layanan mereka. Cuma itulah...dia rasa tak layak di situ.
Perasan akan wajah Teena agak mendung, Rayyan jadi bingung. "Kenapa?"
"Saya suka kawan-kawan awak Rayyan tapi...entahlah.., " Teena merenung mata Rayyan dalam-dalam. "Saya tak suka bila kawan-kawan awak cakap buruk pasal Eri. Eri tu kawan saya dan...," susah betul nak beritahu apa yang dia rasa. Teena tak mahu Rayyan naik bosan dengannya.
Yalah, mereka baru kenal, baru mula rapat. Rayyan siap kenalkan dirinya pada kawan-kawan lagi. Dia patutnya rasa gembira. Namun, segelintir dari kawan Rayyan terang-terangan tak suka pada Eri...dan Teena, sebagai kawan kepada Eri tak sanggup terus pekakkan telinga setiap kali nama Eri disebut.
Rayyan terdiam. Memang kawan-kawannya tak reti kawal percakapan. Dia perasaan akan hal itu.
"Well..,"
Teena menunggu Rayyan menghabiskan ayatnya.
"Nanti, saya cakap kat dorang supaya berhenti cakap tentang Eri. Boleh?"
Melebar senyuman Teena mendengar jaminan dari Rayyan. Laju dia gdis itu mengangguk.Entah mengapa Rayyan rasa senang melihat senyuman Teena.
"Okay, saya pergi dulu. Tunggu saya di sini!"
Teena mengangkat tabik. "Sure! Goodluck and please hati-hati. Take care. And enjoy yourself...," bersungguh-sungguh Teena melambai dan bersorak. Rayyan tergelak kecil. Reaksi Teena buatkan dia bersemangat.
YOU ARE READING
ERI (ON GOING)
RomanceMAMPUKAH KAU MENCINTAI SEORANG LELAKI LEMBUT? ALAAAAH... SOTONG-SOTONG! Sangka Teena memang takdirnya bersama Eri telah terukir sejak azali. Saban waktu janji zaman kanak-kanak mereka bermain dalam fikiran. Erilah bakal suaminya! Erilah yang bakal...