Bab 14

5 2 0
                                    

Khadijah selesai mandi di bilik air yang terletak bersebelahan dengan biliknya.

Mandiannya mengambil masa yang agak lama kerana lebam-lebamnya masih belum pulih.

Sakitnya masih menyengat.

Setiap titisan air bagaikan satu seksaan buat badan.

Khadijah keluar dari bilik.

Menunggu arahan daripada tuan barunya.

Mata Ash terus meneliti tubuh kecil Khadijah.

Tubuh yang lebih kecil lima kali ganda daripada tubuh maskulin  Ash.

Baju kemeja itu sedikit besar dan longgar untuk Khadijah.

Kain batik yang dipakai olehnya juga disarungkan dari bahagian dadanya.

Sayang sekali....

Khadijah tidak punya baju dalam lebih.

Baju dalamnya sudah pun kepam dek kerana campuran darah dan peluh yang dibiarkan meresap terlalu lama.

Mana mungkin Ash mempunyai pakaian dalam wanita!

Tidak mungkin lagikan mustahil!

Rambut panjang miliknya hanya diikat menggunakan getah bungkus roti canai pagi tadi.

Khadijah menutup rambutnya dengan kain tuala panjang.

Bagi menjaga aurat dan mahkota miliknya daripada lelaki yang bukan mahram.

"Lambatnya siap?! Pergi kemas rumah ni sekarang!"

Ash mengarah dengan nada yang tinggi.

Kelam-kabut Khadijah dibuatnya.

Mahu buat bagaimana?

Khadijah lambat kerana berjaga-jaga agar badannya tidak bertambah teruk.

Ada sahaja ragam si Ash ni!

Itulah tugas pada hari pertama Khadijah sebagai tawanan.

"Mulai hari ni...Kau kena buat kerja...Jangan ingat kau duduk sini semata-mata makan dan tidur...
Kau kalau lari tahulah nasib kau.."

Suara garau Ash bagaikan petir yang menyambar.

Khadijah hanya mengangguk faham dengan arahan Ash.

Memang akan menjadi satu perkara yang meletihkan buat Khadijah.

Badannya belum pulih dan dia dipaksa untuk melakukan seluruh kawasan rumah banglo itu.

Khadijah memulakan kerja pembersihannya di ruang tamu.

Di mana Ash juga turut berada di situ dan sedang menonton televisyen.

Selepas selesai, dia pergi pula ke dapur.

Dapur dibersihkan dan lantainya di mop.

Dapur itu agak bersih kerana seperti sudah bertahun tidak berusik.

Tiada gunanya sekiranya dapur cantik tetapi tidak guna!

Membazir....Membazir...

Khadijah pergi pula ke tingkat atas.

Dia membasuh  semua bilik air di sana.

Di tingkat atas pula,terdapat lima buah bilik tidur dan tiga buah bilik air.

Bilik Ash yang mempunyai bilik air.

Bilik Khadijah dan bilik air yang betul-betul terletak di sebelah biliknya.

Tiga lagi bilik kosong yang mungkin digunakan sebagai bilik tetamu.

Dan salah satu daripada bilik tersebut mempunyai bilik air.

DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now