Bab 1

31 4 8
                                    

Khadijah

"Wei,bapak kau gangsterkan?"

"Tak payahlah kawan dengan minah sundal tu...nanti takut kena bunuh pulak..."

"Macam manalah bapak dia bagi dia makan? Sara keluarga pakai duit haram..."

Ada sahaja orang mengata tidak kira di mana ataupun bila...

Alah bisa,tegal biasa..

SITI NUR KHADIJAH sudah terbiasa...

Dari kecil hinggalah dewasa dibesarkan dengan kata-kata manusia yang amatlah berbisa.

Nama yang ditakuti ramai kerana bapanya AMIRUDDIN,(SPIDER) terkenal dengan ahli kumpulan gangster paling ganas di Kuala Lumpur.

Yang sanggup mati dan berbunuh-bunuhan kerana duit,dadah,kuasa dan lain-lain lagi.

Walaupun nama Khadijah adalah nama isteri kesayangan Baginda S.A.W.,nama itu tidak asing bagi para pelajar di sekolah Khadijah.

Nama yang ditakuti kerana pekerjaan haram yang dimiliki oleh bapanya.Ketua kumpulan gangster yang sukar dijejaki oleh pihak polis.

Manakan tidak,polis juga turut ditundukkan oleh bapanya hanya dengan wang ringgit.

Susah bagi pihak-pihak polis yang lain bagi mengesan sindiket-sindiket yang dilakukan oleh ayahnya.

Polis juga perlu berhadapan dengan musuh dalam selimut. Mudah sahaja polis-polis ini dibutakan dengan mata wang haram.

Turut yang terkena tempias hebat adalah Khadijah dan ibunya,SITI AMINAH.

Dengan didikan agama dan kerohanian yang kuat,ibunya berjaya mengajar anak perempuan tunggalnya itu tentang erti kesabaran.

Sabar walaupun ditimpa dugaan yang berat...

Ingat... para Nabi dan Rasul lebih dahsyat dugaannya menyebarkan dakwah Islam.

Siti Aminah sering menganggap dirinya sebagai ibu tunggal. Walaupun diberikan nafkah oleh suaminya,dia terpaksa menolak.

Kerana kebanyakkan sumber duit suaminya itu adalah hasil daripada perkara-perkara yang mungkar dan haram.

Suaminya walaupun jahat tetapi tidak pernah lupa untuk memberikan nafkah kepada keluarga.

Pelik tapi benar.

Ibunya cuba sedaya-upaya untuk membesarkan Khadijah.

Bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki yang halal. Hanya Khadijahlah yang menjadi inspirasi dan semangat untuk dirinya agar tidak berputus asa.

Ibunya sering berpesan:

"Kalau Deeja rasa ayah jahat,terimalah ayahmu seadanya.
Kerana bukan kita yang menentukan amal buruk dan baik kita."

Khadijah sentiasa mengangguk faham pesanan ibunya sebelum masuk tidur.

Ada betulnya juga,tugas kita di dunia ini ialah mencari keredhaan-Nya bukan menghukum.

Biarlah bapanya iblis, Khadijah masih ada iman dan berserah pada Allah.

Adakalanya,Khadijah akan menangis mendengar ejekan daripada kawan-kawan sekelas dan para pelajar di sekolah.

Guru-guru juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa.Mereka juga takut dibunuh oleh konco-konco bapanya.

Sentiasa bertabah hati menempuhi hari-hari yang berliku di sekolah.

Setiap hari ibarat peperangan yang perlu dihadapi.

"Buat untuk Allah,untuk Nabi S.A.W,untuk ummi dan untuk aku"

Kaki Khadijah melangkah perlahan menuju ke kelasnya, 4 Al-Jabar. Dia memberikan salam sebelum memasuki ke kelasnya.

"Assalamualaikum.." Khadijah senyum.

Pelajar-pelajar di dalam kelasnya hanya memandangnya. Pandangan yang penuh kebencian yang sentiasa dihadapi olehnya.

Masing-masing hanya menjeling dan memulaukan Khadijah. Khadijah hanya diam dan menyambung langkahnya ke tempat duduknya.

Dia menanggalkan beg galasnya perlahan-lahan. Dia mengeluarkan buku teks Sejarah dan senaskah al-mathsurat.

Lantas,dia membaca ayat-ayat suci tersebut dengan sayup-sayup sahaja.

Itulah rutin pagi Khadijah bagi memberkati paginya.

Meja Khadijah terletak dihujung kelasnya bersebelahan tingkap.

Baris kedua dari hadapan dan terdapat dua lagi meja di sebelah kanannya.

Khadijah sememangnya seorang yang agak pendiam dan agak antisosial.

Dia tidak mempunyai kawan baik walaupun ada dua orang manusia yang wujud di sebelahnya.

Rakan semejanya juga tidak pernah menegurnya. Disebabkan oleh perwatakan Khadijah yang pendiam dan berstatus anak ketua samseng.

Khadijah redha dengan dugaan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Apa yang perlu adalah sabar dan doa. Insyaallah akan berjalan lancar.

Pada waktu rehat pula,Khadijah akan secara senyap-senyap  ke surau sekolah. Dia akan mengerjakan solat sunat dhuha.

Khadijah tidak suka untuk menampakkan dirinya mengerjakan amalan-amalan akhirat.

Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu amalannya.

Pada masa yang sama juga,dia cuba mengelakkan dirinya ke kantin.

Sememangnya akan wujud beratus-ratus mata yang akan melihat dirinya.

Di dalam kelas juga,Khadijah cuba untuk tidak menonjolkan diri.
Jikalau gurunya bertanya,dia akan jawab.

Dia akan cuba fokus apa yang diajarkan oleh para tenaga pengajar.

Senang kata:

'Tidak terlalu bodoh dan tidak terlalu pandai."




DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now