Bab 2

19 3 1
                                    

"Deeja,macam mana sekolah tadi?" Siti Aminah senyum melihat anak tunggalnya itu.

"Alhamdullillah,semua elok"jawab Khadijah.

Tangannya lantas menyalam tangan ibundanya itu.

"Nak makan tak?"tanya ibunya sambil mengacau sup ayam yang dimasaknya.

"Tak apalah.Nak naik atas mandi dulu.." jawab Khadijah lembut.

Kakinya melangkah laju menaiki tangga rumah banglonya. Tidak sabar mahu makan tengah hari.

Mandian air sejuk yang segar membasahi seluruh badannya.

Dia duduk di atas katilnya yang bersaiz queen selepas mendirikan solat Zohor.

Memikirkan masalah-masalahnya sebagai seorang pelajar di sekolahnya.

"Sabar...sabar itu separuh daripada iman.."

Dia menghela nafas berat.

Air matanya mula berlinang di pipinya. Mengharapkan keajaiban dari langit ke-tujuh.

Dia amat berharap agar penderitaannya ini berhenti.

Sentiasa mengharapkan agar bapanya berubah dan kembali menyembah Allah.

Khadijah mengelamun jauh. Mengingatkan semula memori pahit beberapa tahun lepas.

                   12 tahun lalu

"Abang, saya dah tak larat nak layan perangai abang ni! Bila abang nak berubah?" Siti Aminah sudah menangis teresak-esak dengan perangai suaminya itu.

"Maafkan abang..Abang tak boleh...Kalau abang berubah,keluarga kita dalam bahaya.."Amiruddin hanya mengeluh.

"Abang,kenapa abang asyik pikir pasal bahaya dunia? Abang tak takut akhirat ker? Tak takut ker Allah tanya nanti? Abang pon dah janji dengan saya yang abang akan berubah..."

"Abang cubalah ni... Anggap jer lah ini pengorbanan abang untuk keluarga kita...."

"Pengorbanan apanya,bang... Saya dah tak sanggup lagi lah nak tanggung semua ni..." Siti Aminah menangis lagi.

Dia telah masak dengan perangai suaminya yang asyik memberikan alasan yang sama.

Khadijah juga turut menangis mendengar perbalahan antara ibu dan bapanya.

Dia menutup mukanya dengan anak patung. Dia sudah serik dengan pergaduhan itu.

Setiap kali ibu bapanya bergaduh,dia akan lari masuk ke dalam bilik tidurnya di tingkat atas.

"Awak bawaklah bersabar dahulu..
Kalau saya tak buat, kita dalam bahaya! Ah Long  akan hantar pembunuh untuk bunuh kita semua... " Amiruddin memegang kedua-dua belah bahu isterinya.

"Macam mana sekarang ni,bang?"

"Abang janji..Abang akan lindungi keluarga kita. Ini last abang berkomplot dengan dorang. And then, everythings gonna be fine and back to normal..." Amiruddin menabur janji.

Dia sebenarnya masih ingin meneruskan diri dalam aktiviti jenayah samseng ini.

Ketuanya, The King telah meletakkan syarat kepada Amiruddin. Seandainya dia masih ingin meneruskan aktivitinya ini,dia akan dinaikkan pangkat menjadi ketua samseng (Geng Neraka).

The King mahu memberikan tugas itu kepada Amiruddin sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana sudah berkhidmat menjadi pembantu setianya setelah bertahun-tahun lamanya.

Jasa yang diberikan oleh Amiruddin tidak dapat dibalas dengan kata-kata. Amiruddin sudah banyak kali bertarung nyawa untuk dirinya.

The King memerlukan pewaris baharu yang lebih muda bagi menggantikan pangkatnya itu.

Kerana dia sudah semakin tua dan tidak berdaya lagi untuk melawan musuh.

Dia ingin meneruskan jua Geng Neraka miliknya yang  telah bermati-matian untuk ditubuhkan.

Geng Neraka yang bermotifkan untuk menyebarkan  kejahatan dan kegelapan.

Merupakan kumpulan yang terkenal dengan aktiviti penyeludupan dadah,perdagangan manusia,pembunuhan berkontrak dan penubuhan kelab-kelab malam.

Sejak lahir lagi,Siti Aminah enggan membenarkan Amiruddin menyentuh Khadijah.Jangan kata sentuh jumpa pun tidak dibenarkan.

Namun yang demikian,Khadijah tidak pernah membenci bapanya.

Cuba dipujukkan hatinya untuk terus bersabar dan bertabah.

Khadijah bersabar menempuhi dugaan. Sentiasa berdoa agar bapanya kembali.

Khadijah masih lagi teringat semasa dia ingin mengambil keputusan PT3 nya dahulu...

Umminya tidak dapat hadir untuk meraikan keputusannya.

Khadijah memahami keadaan umminya itu. Terpaksalah dia mengambil dan meraikan sahaja keputusan yang diperolehinya secara sendiri-sendiri.

Ketika menunggu namanya dipanggil,Khadijah merasakan seakan dirinya diperhatikan dari jauh.

Ya.. Kebiasaannya memang akan ada mata-mata yang akan melihatnya sebagai orang yang hina.

Tetapi perasaan kali ini lain dari yang lain.

Dia seperti melihat kelibat seorang lelaki memakai pakaian sut hitam serba lengkap.

Pakaian tersebut turut ditemani oleh topeng muka bewarna hitam.

Rasanya seperti ingin menyorokkan identiti sendiri dari diketahui.

Apabila ingin pulang dan menunggu bas,dia rasa seperti diperhatikan dari jauh lagi sekali.

Dia melihat ada seorang lelaki yang sama merenung segala gerak-gerinya.

Tetapi kali ini,pandangan tertumpu ke arah kereta Mercedes Benz berwarna hitam.

Kereta itu penuh dengan kecurigaan mengikut firasat hatinya.

Pemandu itu laju sahaja memecutkan keretanya selepas mendapati mata Khadijah tertumpu kepadanya.

Bila diingingatkan kembali,pakaian lengkap itu tidak lari daripada cara pemakaian bapanya, Amiruddin.

Setelah melihat kereta Mercedes Benz itu berlalu pergi,barulah lega sedikit hati Khadijah.

Khadijah tersentak dari lamunannya.

Dia kini kembali ke alam realiti.

Dia masih menangis.

Bukan dugaan tentang status bapanya sahaja yang ditanggung.

Kebahagian keluarganya juga Allah uji.

"Ya Allah,bantulah aku.." dia menangis lagi.
















DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now