Bab 4

15 2 3
                                    

                7 tahun kemudian

Khadijah menarik nafas lega.

Pekerjaannya sebagai pembuat minuman di Cool Blog selesai pada petang itu.

Keletihan kerana dia telah menggunakan 100 peratus tenaganya bagi mencari rezeki yang halal.

Pelanggan sememangnya ramai pada hari minggu.

Francaisi tempat dia berkhidmat pula terletak di dalam pusat membeli-belah yang memang sesak dengan pelbagai jenis manusia.

"Deeja,shif awak dah habiskan? Akak nak ganti awak ni..." tanya seorang wanita yang amat dikenali Khadijah.

"Ya...saya balik dulu lah ya..." jawab Khadijah sambil menanggalkan apronnya.

Kini Khadijah sudah pun berumur 23 tahun.

Selepas tamat SPM,dia berusaha keras untuk menjana pendapatannya untuk sambung belajar.

Tidak sanggup mahu meminta-minta daripada ibundanya.

Sudah hampir dua bulan, Khadijah berkhidmat di Cool Blog itu.

Sepanjang cuti semesternya yang kedua, ini sudah kali ketiga dia bekerja.

Sebelum ini,dia bekerja sebagai tukang urut di Swasana Spa yang beroperasi di Hotel KLCC Petronas.

Itulah pekerjaannya yang pertama untuk cuti semesternya kali ini.

Dua bulan yang kedua,dia merupakan pekerja McDonald.

Alhamdulliah... rezeki Khadijah murah.

Dia mudah mendapat kerja kerana pengalamannya yang banyak.

Selepas SPM, dia bekerja sebagai juruwang di 99 Speedmart.

Majikannya terpegun dengan ketekunan dan kerajinan Khadijah.

Tidak pernah dia bertemu dengan pekerja sepertinya sebelum ini.

Hasil gaji Khadijah akan diberikan sedikit kepada Siti Aminah.

"Tak payah lah bagi duit kat ummi... simpan jer untuk belajar nanti.." umminya hanya menolak.

Kasihan melihat anaknya yang keletihan mencari rezeki.

"Tak apalah,ummi...duit ni pun untuk buat belanja bulanan ummi juga....."senyuman sahaja yang mampu terukir.

Dipaksa juga oleh Khadijah.

Anaknya masih menghulurkan duit gajinya kepada Siti Aminah.

Berat sahaja Siti Aminah menerima duit itu.

Itulah gaji pertama yang Khadijah dapat.

Khadijah juga berkongsi rezeki dengan ibundanya.

Dia cuba memberikan apa yang termampu.

Teringat pula Khadijah melihat telatah ibunya yang bersikap tarik tali sewaktu mendapat gaji pertamanya dahulu.

Puas juga ibundanya menolak.

'Degil! Rezeki jangan ditolak.'

Khadijah tersengih-sengih.

Dia membuat pesanan pengankutan menggunakan aplikasi Grab.

Ingin pulang segera ke rumahnya untuk berehat.

Serta-merta telefon pintarnya berbunyi.

'Ting!'

Menandakan ada mesej masuk daripada aplikasi Whatsapp.

Ummi: Khadijah dah habis kerja
             ker?

DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now