Bab 5

15 2 8
                                    

Seperti kebiasaannya, Ash akan menerima beberapa mesej daripada e-mailnya.

Kebanyakannya ialah permintaan untuk membunuh.

Ash menekan butang inbox itu.
Terpampang jelas mesej memberitahu tentang mangsa yang seterusnya yang bakal menemui ajal .

Sender: Benih yang baharu akan
               ku tanamkan. Pastikan
               dikau menggali tanah
               tersebut untuk
              memindahkan benih itu.

Serba berpuitis..

Mesej ngeri yang bermaksud

Sender: Mangsa seterusnya nanti
              aku hantar. Maklumat
              dorang semua ada kat peti
              surat kau.

Ash keluar sebentar melihat peti suratnya yang diperbuat daripada besi dan diwarnakan putih.

Tepat jangkaannya...

Ash terlihat ada sepucuk sampul surat berwarna perang di dalamnya.

Dia kembali masuk ke dalam rumah.

Sampul itu dibuka dan dia melihat isi dalamannya.

Gambar mangsa bersut putih lengkap dan kemas.

Mangsa berdiri bersama-sama dengan orang-orang yang memakai pakaian yang hampir serupa.

Gambar tersebut menujukkan kumpulan itu seakan-akan berjaya melakukan sesuatu.

Perkara yang sememangnya menyalahi undang-undang.

Dihadapan mereka terdapat banyak bungkusan yang berwarna-warni.

Bungkusan seperti gula-gula yang dibungkus dan diasukat secara berkilo-kilo.

Gula-gula yang sememangnya diperangi ramai.

Methamphetamine jenis gula-gula tersebut. Atau bahasa yang sebenarnya ialah dadah.

Dadah jenis pil. Yang mampu membunuh mangsa walaupun hanya sebiji sahaja yang diambil.

Ash meneliti kepingan gambar itu.

Ada beberapa lagi helai kertas yang dihantar oleh Sender nya itu.

Kertas yang diisi tentang maklumat-maklumat setiap individu yang hadir di dalam gambar tersebut.

'Ting!'

Telefon pintar Ash berbunyi lagi menandakan mesej e-mail masuk.

Mesej yang berpuitis telah dihantar khas untuknya.

Sejurus selepas dia melihat isi sampul surat itu.

Sender: Daku mengharapkan dikau
               menanam semua bunga-
              bunga itu. Moga bunga itu
              berkembang mekar.

Ash membalas...

You: Sejujurnya aku lelah untuk
          menanam benih bunga itu.
          Kawasannya terlalu lapang
          dan luas.

Sender: Akan ku kenalkan para
              pekebun untuk mengajarmu
             erti penanaman. Harap aku
            dapat melihat kawasan itu
            seperti saujana mata
            memandang.

You: Akan ku amalkan apa
         yang diajar mereka. Boleh
         juga aku berkongsi ilmu...

Sender: Daku harapkan begitu jua..
               Mereka akan memberimu 
               racun untuk membunuh
                para serangga.

DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now