Ash tersedar dari tidurnya.
Jam telah menunjukkan pukul 9.30 pagi.
Terloncat dirinya dari katil.
Dia teringat akan Khadijah.
"Mesti perempuan ni dah lari!" Ash bersangka buruk.
Pintu bilik Khadijah dibuka melulu.
Lagi sekali dia terpaku apabila melihat Khadijah masih lagi tidur.
Huishhh,dahsyat!
Ini membuktikan Khadijah memang tidur mati.
Tidak pernah langsung dalam hidupnya Khadijah bangun lambat seperti itu.
Paling lambat pun pukul 8 pagi sebab berjaga malam untuk siapkan assignment.
Kini semuanya berubah.
Disebabkan situasinya kini, Khadijah terpaksa akur.
Dengan situasi yang sukar ini,nyawanya lebih penting.
Dia tidak dapat untuk menyambung pembelajarannya.
Dia terpaksa menerima situasi baru yang sukar baginya untuk terima.
'Tak bangun lagi?! Pemalas betul!' bentak Ash.
Sedap-sedap sahaja kata Khadijah malas...
Dia tidak tahu betapa teruknya Khadijah dipukul.
Ash pergi ke dapur pada pagi itu.
Mencari sarapan yang mampu untuk mengisi perut kosongnya.
Dia membuka satu persatu kabinet dapur.
Salah satu kabinet hanya tersimpan mi segera sahaja.
Tidak berselera untuk makan mi segera pagi-pagi buta, dia mengambil keputusan untuk pesan sahaja.
Cepat dan mudah.
Hanya empat keping roti canai bungkus sahaja yang dipesan.
Sahaja beli lebih takut-takut Khadijah ini kuat makan orangnya.
Ash...Ash...Muka sahaja kacak tetapi hati busuk....
Televisyen di ruang tamu berjenama Toshiba dinyalakan.
Cuba mencari rancangan yang mampu menghilangkan bosannya sementara tunggu Khadijah bangun.
Khadijah membuka matanya perlahan.
Matanya dipisat-pisat.
Dia terlihat pintu biliknya sudah pun terbuka dan matahari juga sudah meninggi.
Dia keluar dari biliknya, berjalan menuju ke luar bilik.
Masih berbaju kurung koyak-rabak dan berambut serabai.
Memang kelihatan seperti seseorang yang tidak terurus.
Khadijah juga sudah beberapa hari tidak mandi.
Kakinya menapak ke arah ruang tamu.
Ash yang sedang menonton televisyen terus tertumpu ke arah Khadijah yang masih mamai.
"Dah bangun ker? Awalnya...." Ash seperti menyindir.
Ding! Dong!
Tepat pada masanya, makanan yang dipesan oleh Ash telah sampai di muka pintu.
Ash terus meluru ke muka pintu meninggalkan Khadijah yang masih lagi terpinga-pinga.
Ash menghidangkan roti canai itu di atas meja makan.
Khadijah hanya memandang dan tercegat di ruang tamu.
"Kau tercegat apa lagi kat situ?! Ngada-ngada aku pulak yang hidangkan untuk kau!" Ash meninggikan suaranya.
Meluru terus Khadijah ke meja makan.
Menyediakan hidangan untuk sarapan pada pagi itu.
Khadijah makan dengan berselera.
Barulah ada selera untuk makan selepas beberapa hari.
Ash hanya memandang sinis.
"Wei,perempuan! Nama kau siapa?"
Tiba-tiba sahaja soalan itu diajukan kepada Khadijah.
Khadijah berhenti mengunyah buat sementara waktu.
"Kha...Khadijah..." Khadijah hanya menjawab halus.
"Kau ingat eh? Mulai hari ni kau kerja untuk aku.... Kau wajib bagi apa yang aku nak...Kalau kau cuba lari,kau tunggu balasannya."
Ash mengugut.
Khadijah hanya menelan air liur.
"Baiklah,Encik....."
"Panggil aku Encik Ash..."
Ash memotong.
"Baiklah,Encik Ash.."
Ash memandang Khadijah yang sedang menyambung makan.
Hidungnya tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang menyenangkan.
Bau yang agak busuk dan puncanya ialah daripada wanita yang tidak terurus di hadapannya.
"Puihhh, busuknya kau! Kau ni tak nak mandi ker?"
Ash memarahi Khadijah sambil memicit hidung mancungnya.
Menandakan Khadijah busuk.
"Maaf,Encik! Saya tak ada baju lebih..." hampir sahaja Khadijah menangis.
Dia agak ketakutan.
Ketakutannya kian meningkat sejak dia ditawan oleh Ash.
"Haishhh! Kau ni memang menyusahkan lah!!!"
Ash hanya merungut.
Dia menuju ke biliknya mencari pakaian untuk Khadijah.
Baik juga Ash ini untuk seorang lelaki yang gila boleh lah...
Khadijah hanya mengikut dari belakang.
Ash menggeledah almarinya mencari sesuatu yang boleh dipakai oleh seorang wanita.
Dia tidak pasti samada dia ada atau tidak baju untuk Khadijah.
Almaklumlah....dia lelaki yang bujang.
Apa sebab sebenar dia mahu menyimpan baju perempuan di dalam rumah?
"Nah, amik ni! Untuk sementara.."
Terkebil-kebil sahaja Khadijah mengambil apa yang dihulurkan oleh Ash.
Sehelai baju kemeja putih berlengan panjang dan sehelai kain batik.
Kain batik yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
"Terima kasih, Encik Ash!"
"Kalau nak tuala ada dalam almari bilik kau.."
Khadijah mengangguk dan meluru keluar.
YOU ARE READING
DENGAN KETENTUAN-NYA
RandomAdakah anda percaya akan ketentuan takdir mahupun keajaiban? Itulah kisah insan kufur,Ash.Si pembunuh upahan dan penembak tepat yang baran dan tidak berhati perut. Dia bertemu dengan Khadijah,wanita solehah dengan penuh ketidakjangkaan. Kisah percin...