Khadijah masih lagi berkurung di dalam bilik gelap itu.
Dia masih lagi mengenangkan nasibnya.
Dia tidak tahu apa yang terjadi di luar itu.
"Ya Allah..Kau bantulah aku...Kau hantarkanlah manusia yang baik menyelamatkan aku...Aku takut,Ya Allah.."
Khadijah berdoa lagi.
Tangannya diangkat ke langit memohon pertolongan kepada-Nya.
Khadijah tidak tahu pukul berapa sekarang.
Dia tidak tahu apa yang berlaku pada dunia luar.
Kerana dia terkurung di bilik yang sunyi dan gelap.
Tingkap pun tiada...
'Bom!!!!'
Khadijah terperanjat.
Dia mendengar satu bunyi letupan yang entah datang dari mana.
Mungkin di tingkat atas.
'Bang!Bang!Bang!'
Bunyi lain pula yang datang menyinggah.
Seperti bunyi tembakan di medan perang.
Bunyi-bunyi itu membuatkan seluruh biliknya bergegar.
Bergegar bagaikan gempa bumi.
Khadijah ketakutan dan menjerit meminta tolong.
Dia berlari ke sana dan kemari mencari jalan keluar.
Dia juga buntu tidak tahu apa perlu buat.
Khadijah panik.
Akhirnya,dia memilih jalan untuk duduk di hujung katil.
Dia berdoa dan bertawakal.
Mungkin polis ataupun pihak berkuasa...
Dia sendiri tidak pasti.
Khadijah dapat rasa gegaran itu mampu meruntuhkan siling di bilik itu.
Terdapat beberapa cebisan kecil siling yang rapuh jatuh di atas kepalanya bagaikan salji.
Dia segera melindungi kepalanya dengan seluruh lengannya.
Dalam beberapa lama kemudian, bunyi itu berhenti.
Tiada lagi gegaran mahupun bunyi tembakan.
Suasana kelam dan senyap.
Khadijah masih lagi terpinga-pinga.
Dia ketakutan kerana dia tidak mempunyai sebarang sumber cahaya untuk melihat bilik itu.
Gelap bagaikan hitam atau buta.
Tiba-tiba,sekali lagi Khadijah mendengar bunyi tembakan.
Pintu biliknya pecah dan kelihatan seorang lelaki memakai jaket kulit gelap dan memakai topi cap.
Perasaan selamat dan lega menyinggah ke jiwanya.
"Who are you?"lelaki itu bertanya kasar sambil menghalakan senjatanya tepat ke arah muka Khadijah.
"I'm scared...Please help me..."Khadijah menjawab tersekat-sekat.
Dia memegang kaki lelaki itu dan merayu separuh mati.
Khadijah perlu keluar daripada tempat itu.
"Stop it!"lelaki itu menolak Khadijah kasar.
Tersungkur ke belakang Khadijah dibuatnya.
Dia masih merayu.
Akhirnya,lelaki itu merangkul lengannya kasar dan dia dibawa keluar.
Dia dimasukkan ke sebuah van dan tiba-tiba lelaki itu menyuntik sesuatu pada lehernya.
YOU ARE READING
DENGAN KETENTUAN-NYA
RandomAdakah anda percaya akan ketentuan takdir mahupun keajaiban? Itulah kisah insan kufur,Ash.Si pembunuh upahan dan penembak tepat yang baran dan tidak berhati perut. Dia bertemu dengan Khadijah,wanita solehah dengan penuh ketidakjangkaan. Kisah percin...