Bab 3

16 2 1
                                    

'Ting!'

Ash menerima panggilan e-mail daripada telefon pintarnya berjenama Iphone itu.

Sender: Aku ingin dikau memotong
              bunga itu tanpa keraguan.
              Kerna hari yang indah
              bakal tiba selepas kau
              melakukannya.

You:  Akan ku turuti hajatmu itu.
          Bunga itu akan ku kerat
           menggunakan sabit.Dan
            akukan percaya bahwa
           akan ada hari yang indah
            kelak.

Sender: Pasti akan ada..Hari itu
              pasti ada...

You: Ku harapkan pelangi jua....

E-mail yang serba berpuitis yang penuh maksud gelap.

Sender: Mangsa seterusnya paper
              nanti aku roger la..Payment
             kau aku up lebih.

You: No problem aku buat punyer
         lah...aku guna weapon paling
         onzzz sekali. Harap betul la
         apa yg kau dah janji tu..

Sender:  Janji tetap janji...kontrak
               tetap kontrak....

You:  Kalau kau dah cakap macam
         tu okay la....

Ash sudah bersiap sedia dengan tugas yang akan dilakukannya nanti.

Peralatan harian yang digunakan setiap kali kerja ialah jaket kulit hitam bersama dengan seluar jeans biru gelap. Tidak ketinggalan ialah topi cap bagi mengelakkan identitinya dikenal pasti.

Dia bersiap sedia membawa SIG Sauer Cross Rifle sebagai penemannya malam itu.

Sejujurnya,penemannya itu tidak sabar untuk bertemu mangsanya.

Beg yang dibawa khas untuk senjata api itu dipenuhi dengan senjata dan peluru-peluru.

Dia turun ke garaj keretanya yang serba mewah. Berlari-lari anak bagi mengelakkan mangsanya pada malam itu mengubah lokasi yang telah ditetapkannya.

Kereta McLaren 720S dipandu keluar dari garaj tersebut. Pintu garaj dibuka secara automatik.

Kereta miliknya diundurkan dan dipandu laju keluar ke arah lokasi mangsanya.

Sampai sahaja di lokasi tersebut, Ash memakir keretanya secara sorok-sorok di kawasan lorong-lorong yang gelap.

Lorong yang tersembunyi dan sunyi.

Soundhawk mula dipasangkan di telinga.

Peluru mula diisi ke dalam SIG Sauer Cross Rifle miliknya.

Mahu diikutkan satu butir peluru sahaja sudah pun mencukupi bagi Ash.

Jarang sekali Ash terlepas tembakan.

Bukan jarang... tidak pernah..

Segala kamera litar tertutup berhampiran dengan lokasi digodam bagi menutupi aktiviti jenayahnya.

Ash menaiki tangga secara senyap di bangunan yang terletak berhadapan dengan hotel didaftarkan mangsanya.

Hotel bertaraf 5 bintang yang amat dikenali di Kuala Lumpur.

Dorsett Hartamas Kuala Lumpur.

Perlahan sahaja gerak- geri Ash.

Itu merupakan salah satu kepakarannya.

DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now