Bab 7

8 1 2
                                    

Sniper AX diikuti dengan Shooter M dan Deadshot 37 kini sudah bersiap sedia dengan operasi mereka pada malam itu.

Masing-masing memakai Soundhawk dan mengisi peluru pada setiap senjata yang bakal mereka gunakan.

Kali ini mereka menggunakan van makanan yang membawa makanan cafeteria.

Bagi mengelakkan identiti mereka dikenal pasti oleh orang sekeliling mahupun pihak berkuasa.

"All the victims are now trapped!"kata Shooter M.

"I knew that already" sampuk Deadshot 37 dari tempat duduk belakang

"We need to prepare the weapons. This gonna be a great war..." kata Sniper AX yang bakal mengetuai peperangan tersebut.

Seperti mana yang dirancang,mereka akan memulakan operasi mereka sepertimana yang telah mereka mainkan di PUBG.

Shooter M akan memulakan operasi mereka dengan menggunakan laluan belakang di Zouk Club itu.

Deadshot 37 akan menyamar menjadi tetamu yang hadir.

Penyamarannya hampir tidak dicam kerana dia bersut lengkap seperti tetamu-tetamu yang lain.

Turut disembunyikan pelbagai jenis senjata seperti pistol jenis Revolver dan pisau yang disorokkan di dalam sutnya.

Sniper AX yang menjadi ketua akan mengawal di setiap penjuru kelab itu.

Dia akan menembak mangsa dari jauh.
Kedudukannya kini berada di hadapan bangunan Zouk itu.

Jam menunjukkan pukul 8 malam.

Masih lagi menunggu masa.

Mereka bertiga berkomunikasi melalui Soundhawk yang telah disediakan.

Majlis itu kelihatan sungguh meriah.

Dipenuhi dengan ramai orang serta dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni yang menghiasi kegelapan malam.

Deadshot 37 kini berada dalam keadaan yang terkawal.

Dia mengawasi setiap kawasan yang ada di setiap penjuru dewan.

"Deadshot, how's everything?" Sniper AX bertanya kepada Deadshot 37.

"All clear.."

"Shooter,are you in?" Sniper AX bertanya pula kepada Shooter M.

"Waiting for your time.." Shooter M menjawab sambil memerhatikan setiap mangsa-mangsanya.

"I can see a lot of security guards here.." lapor Deadshot 37.

"Okay.. keep an eye on them.. careful.." Sniper AX memberi arahan.

"Shooter, let me know.."

"I can see a few guys with shortguns out here..." Shooter M melapor.

Dia memastikan sasarannya tepat untuk melepaskan tembakan.

"It's 8.30 and we gonna start at 8.45..clear?"

"Clear!" Shooter M dan Deadshot 37 menjawab serentak.

"The time starts....now!" Sniper AX memberikan arahan mula.

Dia dan Shooter M menembak sasaran mereka.

Setiap tembakan mereka senyap dan tepat mengenai kepala sasaran.

Deadshot 37 pula ditugaskan untuk membunuh semua pengawal keselamatan bertugas di situ.

Deadshot 37 akan menarik mangsa-mangsanya ke kawasan yang gelap dan akan membelasah mereka sehingga tidak sedarkan diri.

DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now