Bab 15

9 2 0
                                    

Khadijah membisu.

Ash hanya memfokuskan diri pada pemanduannya.

Yang kedengaran hanyalah bunyi radio di dalam kereta Proton Wira milik Ash.

Itu merupakan salah satu cara penyamaran Ash.

Dia sengaja menggunakan kereta yang kurang mewah dan nombor plat yang sering bertukar-tukar.

Kereta itu diparkir di sebuah parkir.

Di satu kawasan yang riuh dan dipenuhi oleh ramai orang.

Gerai-gerai yang akan dibuka setiap hujung minggu.

"Beli apa yang kau perlu kat sini!"

Ash tidak langsung menghadap muka Khadijah.

Mereka keluar dari kereta.

Khadijah masih keliru.

Dia tidak tahu mahu mula dari mana.

"Tak kisah ker...Apa-apa pun boleh?" Khadijah bertanya meminta kepastian.

"Kau ni pekak ker?! Aku cakap ambik, ambik jer lah...Jangan kau beli yang bukan-bukan sudah!"

Lagi sekali suara Ash meninggi.

Namun masih lagi tidak mampu melawan suara bingit di pasar malam itu.

Khadijah berjalan-berjalan.

Matanya melilau di setiap penjuru gerai.

Dia mengambil keputusan untuk membeli telekung dan tudung.

Seterusnya, dia pergi membeli baju yang akan dipakai ketika bekerja.

Baju t-shirt berlengan panjang beserta seluar panjang.

Ash hanya menemani Khadijah penuh kesabaran dari belakang.

Mahu diikutkan hatinya, dia malas mahu berhabis masa menemani Khadijah.

Tetapi dia risau seandainya Khadijah lari.

Tujuan utama dia membawa Khadijah ke pasar malam ialah dia malas mahu memikirkan soal pakaian Khadijah.

Malas mahu memikir panjang.

Selesai, balik rumah terus!

Tidak perlu buat kerja dua atau tiga kali.

Akhir sekali, Khadijah singgah di satu gerai yang menjual barang-barang untuk beribadah.

Alang-alang dia membeli telekung di situ, dia terlihat pula senaskah al-quran.

"Kau ni lambatlah! Bila nak habis? Aku nak balik ni? " Ash tidak mampu lagi untuk bersabar.

Kejang kakinya berdiri terlalu lama.

"Saya dah selesai dah ni...Dia tengah kira..." Khadijah cuba menenangkan Ash di sebelahnya.

"Aku lapar ni...Aku kira sampai tiga jer...Satu! Dua! Ti...."

"Ya dah siap!" Khadijah risau.

Selepas selesai, Ash membeli beberapa bungkus makanan.

Tidak banyak..hanya kue tiow goreng untuk mereka berdua dan sebungkus air limau asam boi bersaiz besar.

Mereka akhirnya pulang dan menikmati makanan tersebut.

Segalanya habis begitu sahaja.

Khadijah masuk ke dalam biliknya selepas selesai mengemas dapur.

Dilihat satu persatu barang yang dibelanja Ash di pasar tadi.

Tetapi paling Khadijah amat hargai ialah senaskah al-quran biru.

Dia memeluk al-quran itu erat.

'Rindunya,awak...' memang wanita solehah.

Menjadikan al-quran sebagai sahabat yang sentiasa menemani.

Khadijah bersiap sedia untuk mengerjakan solat Isyak.

Ingin berterima kasih kepada Allah kerana telah memberikan rezeki yang melimpah buat dirinya.

  Bilik Ash

Ash membuka inbox e-mailnya di
komputer riba.

Ada pesanan.

Sender: Bunga baru! Esok kau
              mulakannya. Bunga yang
              akan kau jaga dengan
              baik. Akan ku temukan
              benihnya di padang kelak.

You: Apakah jenis bunga itu?

Sender: Mawar berduri tajamnya
               mampu melukakan
               tanganmu. Walaupun
               harum tetapi sedikit
               berbahaya. Dikelilingi
              kumbang-kumbang yang
              menghirup madunya.

Mesej yang berbaur keganasan tanpa belas kasihan.

Maksudnya...

Sender: Mangsa baru. Esok start!
             Orang yang kau terlepas!
            Nanti aku hantar apa yang
            patut!

You: Yang mana?

Sender: Orang yang berkuasa di
              Kuala Lumpur. Syaitan
             bertopengkan manusia.
            Berjuta orang sanggup mati
            untuk dia.

Ash tersentak.

Dia terlupa yang salah satu mangsanya terlepas.

Teringat pula dia terhadap kejadian di kelab malam itu.

Siapa lagi kalau bukan...

"Spider!" Ash menjerit di dalam biliknya.

Segera dia menutup mulutnya dengan tapak tangan.

Takut-takut Khadijah dengar.

Ash pergi ke garaj kereta.

Bersiap sedia untuk esok.

Kali ini dia perlu bersedia lebih awal.

Sejak ada pembantu, Ash semakin berhati-hati.

Risau seandainya identiti sebenarnya terbongkar.

Siapa sanggup tinggal dengan pembunuh upahan?!

Setiap butir peluru diisi.

Keretanya perlu dipastikan dalam keadaan yang baik.





DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now