Bab 11

7 2 3
                                    

Ash akhirnya sampai ke rumah persendiriannya yang terletak di Cameron Highlands,Pahang.

Berdekatan dengan ladang teh yang serba kehijauan.

Dia agak keletihan selepas dua jam memandu.

Pintu garaj dibuka secara automatik dan dia memakir kereta.

Ash menggendong Khadijah masuk ke dalam rumah.

Menaiki tingkat atas dan mendudukkan Khadijah di atas kerusi.

Khadijah diikat dan masih tidak sedarkan diri.

Ash risau jika Khadijah lari keluar selepas sedarkan diri.

Akibat terlalu penat,Ash membuat keputusan untuk tidur di atas katil di biliknya.

Dia hanya memandang Khadijah di hadapannya.

Dan akhirnya terlelap ditemani batal empuk dan selimut tebalnya.

Itulah kehidupan Ash.

Kerja tidak menentu hingga mengganggu waktu tidur yang sepatutnya.

*
*
*
*

Khadijah membuka matanya perlahan.

Tersedar disebabkan cahaya yang terang-benderang.

Mukanya sakit.

Pipi dan seluruh tubuhnya seakan-akan disengat dan lebam-lebam.

Dia melihat tangan dan kakinya terikat pada kerusi.

Khadijah melihat lagi di sekelilingnya.

Dia berada di sebuah bilik yang terang dengan lampu-lampu.

Kini matanya terlihat sebuah sosok yang dia amat cam.

Lelaki itu merenung matanya dalam seperti mahu menelan Khadijah.

"Dah bangun ker?" lelaki di hadapannya bertanya dengan nada yang sinis.

Wajahnya rapat tiga inci sahaja dengan Khadijah.

Khadijah berdebar.

Ketakutan yang dia alami mampu menggugurkan jantungnya.

Ash memegang lembut dagu Khadijah.

Matanya meneliti Khadijah dari atas hingga bawah.

Lagak seperti lelaki yang gila seks.

Khadijah tidak mampu untuk bersuara.

Kali ini mulutnya ditutup dengan sehelai kain.

Ash akhirnya membuka kain di mulut Khadijah.

"Lepaskan aku!" Khadijah menjerit sebaik sahaja kain itu dibuka.

Satu lempangan yang kuat hinggap di pipi Khadijah.

"Woi,perempuan! Susah-susah aku selamatkan kau.. Ini yang aku dapat?! Kau fikir kau siapa?! Kau wajib balas jasa aku.." Ash memegang dagu Khadijah kasar.

Geram apabila Khadijah bertindak sedemikian.

'Dasar perempuan tak kenang budi!' Ash menyumpah dalam hati.

Khadijah menangis lagi.

Ketakutan dan dia menggigil.

"Tolong lepaskan aku..." sekali lagi Khadijah merayu.

"Hey!Kau ingat senang ker aku nak lepaskan kau macam tu jer..Aku nak badan kau sebagai ganti..."

Ash mengugut sambil mengukirkan senyuman yang jahat.

Khadijah terkaku mendengar permintaan Ash.

Tidak cukup lagikah apa yang sudah dilaluinya sebelum ini.

Bertambah-tambah beban yang ditanggung olehnya.

Bertambah berat lagi dia terpaksa menjadi pemuas nafsu lelaki yang bernafsu binatang seperti Ash.

"Hahahahaha...."Ash ketawa jahat.

Dia melepaskan ikatan yang terikat pada Khadijah.

Terduduk Khadijah memikirkan dugaan.

Dia menangis teresak-esak.

"Ya Allah, aku tak mampu lagi untuk kuat... Ampunkan aku,Ya Allah..." dia menangis.

Ash memandang Khadijah sinis.

'Acah-acah baik' dia mengomel dalam hati.

Tujuan sebenar Ash menyelamatkan Khadijah ialah untuk menjadikan Khadijah sebagai penemannya.

Memang benar dia berasa agak kesunyian walaupun apa yang diberikan serba mencukupi.

Hatinya seperti adanya ruang kosong.

Hati yang inginkan sesuatu tetapi tidak tahu apakah ia.

Mungkin dengan mengambil Khadijah,dia boleh hilangkan sedikit rasa sunyi.

Walhal,dia sendiri seronok melihat Khadijah menangis dan merayu-rayu padanya.

Rasa seperti dialah yang paling berkuasa.

Seronok apabila dapat menghilangkan kekosongan dengan buat orang lain susah.

Dasar lelaki tidak berhati perut!

Mengalir lagi air mata Khadijah.

Tiada apa yang perlu dipositifkan dalam keadaan yang terdesak seperti ini.

"Hey...Hey..Relax girl...Everything's gonna be fine...Kalau aku dah bosan dengan kau baru aku lepaskan kau..."

Ash memujuk namun sinis.

Terkulai layu Khadijah di atas lantai.

Letih bercampur putus asa juga.

Dia tidak mampu lagi untuk melawan takdir.

Ingin sahaja dia lari dari semua ini.











DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now