Bab 8

9 1 0
                                    

Khadijah meghabiskan waktunya hari itu dengan beribadah.

Solat sunat dhuha,hajat mahupun istikharah.

Berdoa agar dipermudahkan dugaan yang diberikan-Nya.

Bermohon agar Allah menjentik hati Amiruddin.

Khadijah tidak mampu untuk lari lagi.

Pintu biliknya diawasi oleh dua orang pengawal peribadi ayahnya.

Dia tidak mampu untuk bergerak ke mana-mana lagi.

Dua orang pengawal itu juga akan bertukar shif.

Pengawal shif malam juga akan digantikan dengan pengawal shif siang.

Khadijah ingin sahaja lari menggunakan tingkap hotel itu.

Malang sekali, biliknya berada di tingkat yang tinggi.

Tiada gunanya..

Sekiranya dia jatuh,mati katak sahaja.

Pintu Khadijah diketuk dan dibunyikan loceng beberapa kali.

Dia mengaminkan doanya dan melipat sejadah.

Pintu biliknya akhirnya dibuka.

"Cik, majlis Cik akan berlangsung dalam masa 7 jam sahaja lagi. Kita perlu bergerak sekarang." pengawal itu berkata dengan nada yang formal.

"Saya tak nak pergi la... Lagipun saya tak sihat..." Khadijah memberikan alasan.

Memang Khadijah tidak berapa sihat ketika itu.

Kepalanya agak pening dan tubuhnya sedikit panas.

Pegawal itu tidak memberikan sebarang jawapan.

Sebaliknya hanya berlalu pergi meninggalkan Khadijah.

Selang beberapa minit kemudian, pintu bilik Khadijah diredah masuk.

Khadijah terperanjat ketika itu.

Dia terlihat susuk tubuh lelaki yang berumur yang amat dia kenali.

"Kau pahal tak nak dengar cakap aku ..hah?!" Amiruddin menolak Khadijah keras ke hujung katil.

Nyaris sahaja dahi Khadijah hendak terhentak ke bucu katil itu.

Khadijah terjatuh ke lantai hotel yang dialaskan dengan karpet merah.

Dia berusaha untuk bangun.

"Saya tak nak ikutlah, ayah...Saya tak sihat betul.."

Khadijah menjawab lagi.

Sekali lagi, bahu Khadijah ditolak kasar.

Kali ini diatas katil.

Amiruddin menampar muka Khadijah dengan keras tanpa belas kasihan.

Tidak cukup dengan itu ayahnya memukulnya pula.

Khadijah cuba untuk melawan.

Dia menolak Amiruddin ke tepi dan cuba untuk berlari keluar dari bilik itu.

Serta-merta rambut Khadijah ditarik dan dia menjerit kesakitan.

Amiruddin menarik rambut Khadijah dan mengheretnya semula ke hujung bilik.

Khadijah meronta-ronta.

Lagi sekali dia cuba untuk bangun.

Belum sempat dia berdiri, satu tumbukan keras terkena tepat pada perutnya.

Membuatkan Khadijah jatuh kembali.

Amiruddin menyepak Khadijah bertubi-tubi.

"Arghhhh...Ya Allah..Sakit!!" Khadijah menjerit sambil menangis.

DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now