Bab 6

11 2 0
                                    

Khadijah masih lagi menangis.

Tidak boleh menerima kenyataan bahawa umminya sudah tiada di sisinya.

Dia memandang ke arah luar tingkap kereta ayahnya.

Memikirkan nasib yang bakal menimpanya selepas ini.

"Ayah akan hantar kamu ke sebuah hotel.. kamu siapkan diri apa yang patut..." Amiruddin tiba-tiba bersuara.

"Bersiap nak ke mana ayah?"

Hatinya penuh ingin tahu.

"Kamu ikut sahajalah..."

Itu sahaja jawapan Amiruddin.

Khadijah kembali mendiamkan diri.

Dalam hati dia bertawakal dan berhusnuzon.

Kurang daripada sejam,kereta yang dipandu oleh pengawal peribadi ayahnya berhenti.

Para pengawal membawa semua barang Khadijah ke bilik hotel.

Biliknya sudah ditempah khas oleh bapanya.

Sebaik sahaja pintu biliknya terbuka, terdapat satu aura yang menenangkan yang boleh dirasai oleh semua pengguna hotel.

Bilik yang teramatlah mewah dan diserikan lagi dengan haruman vanila.

Selain itu, bilik itu mengandungi satu katil bersaiz queen yang dilitupi dengan cadar putih.

Penghawa dingin yang sejuk  sememangnya boleh buat orang demam!

Bilik air yang terbina dengan hiasan moden menjadikan bilik itu tidak kelihatan seperti bilik air.

Sebaiknya ia diibaratkan seperti sebuah spa mewah. Terdapat juga sebuah tab mandi putih yang agak besar.

Dan jendela yang menjadi penyejuk mata.

Pandangan Petronas KLCC yang serba gah menghiasi pemandangan di segenap penjuru bilik.

Namun,Khadijah tidak mempedulikan keagungan bilik itu.

Hati kecilnya masih sedih dan kecewa akan perangai ayahnya yang sungguh mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut.

"Sanggup ayah buat begini..." Khadijah memberontak.

Khadijah hanya duduk di atas katil di bilik hotelnya.

Mengelamun seorang diri memikirkan nasib yang menimpa dirinya.

Tidak lama kemudian, pintu biliknya diketuk dan dibunyikan loceng.

"Siapa pulak datang ni?" Khadijah bingung.

Dia baru sahaja masuk ke dalam biliknya.

Pintu bilik hotelnya dibuka.

Khadijah terlihat seorang lelaki bersut hitam lengkap.

Lelaki itu tinggi dan bertubuh tegap.

Mungkin lelaki yang sama yang berada di rumahnya tadi.

Pengawal peribadi Amruddin

"Cik, Spider....eh..Encik Amiruddin ajak cik makan malam...pukul 9.."

"Perlu ke saya pergi? Boleh cancel tak?  Saya penatlah..." Khadijah hanya merungut.

Dia penat sangat.

Sedihnya masih belum hilang.

"Maaf, cik..ini arahan daripada dia...Cik perlu terima.."

"Saya nak rehat takkan tak boleh?" Khadijah mendesak. Harap agar perjumpaan untuk bertemu ayahnya akan ditangguhkan dulu.

Tuntasnya,dia masih belum bersedia untuk menatap muka ayahnya itu.

DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now