Malam itu senyap dan sunyi.
Masing-masing hanya diam dan menikmati makan malam.
Makanan yang hanya dipesan oleh aplikasi Grab Food.
Khadijah hanya makan perlahan-perlahan.
Jiwanya masih kucar-kacir dan bimbang.
Walaupun spagetti oglio yang dipesan Ash untuknya nampak agak menyelerakan.
Tambahan pula, Khadijah sudah beberapa hari tidak makan.
Perasannya lebih menakutkan berbanding perutnya yang kosong dan hampir gastrik itu.
Ash memandang Khadijah yang sememangnya longlai ketika makan.
Dia ketawa dalam diam.
Mata Khadijah memandang ke arahnya.
"Kau pahal?! Takut? Tidak apa..aku tak makan orang bunuh orang pernah la.."
Ash ketawa girang.
Khadijah menelan air liur.
Langsung tidak ketawa dengan lawak Ash.
Ini lawak untuk pembunuh ataupun orang gila...
Selamba sahaja kata bunuh orang itu lucu!
Kepala otak,kau!
"Kau jangan cuba nak lari...Kalau tak kau mati..."
Berderau darah Khadijah mendengar ugutan Ash.
Namun Khadijah cuba memujuk hati.
'Kalau aku mati pun, aku mati syahid...' bisik hati kecil Khadijah.
"Malam ni kau tidur..Bilik kau kat hujung tu...Sweet dream,girl!"
Terserlah lagi senyuman jahat Ash.
Gugur jantung Khadijah dibuatnya.
Makan malam habis begitu sahaja dan Khadijah dipaksa pula untuk mengemas dapur rumah Ash yang tidak berusik itu.
Dalam keadaan Khadijah tekun mengemas, hatinya galak memikirkan rancangan untuk meloloskan diri.
Rancangan sebenar Khadijah ialah dia perlu tunggu Ash terlelap dan tertidur.
Selepas itu,barulah dia akan cuba untuk meloloskan diri menggunakan pintu dapur rumah tersebut.
Khadijah menghempaskan tubuhnya di atas katil single di dalam bilik tersebut.
Bilik yang kebiasaanya dimiliki oleh setiap orang.
Kosong!
Dinding berwarna putih, sebuah katil single dan hanya ada sebuah almari baju.
Jam menunjukkan tepat pukul 11 malam.
Dia perlu menunggu beberapa jam sahaja lagi untuk semuanya berjalan dengan lancar.
Khadijah cuba menahan ngantuk.
Matanya hampir sahaja terlelap.Dia keletihan dan agak lesu selepas badannya teruk dipukul.
Khadijah tidak mampu untuk menunggu lagi.
Dia tertidur di atas katil yang sememangnya merehatkan seluruh tubuhnya.
Rancangannya tidak menjadi selepas matanya terlelap dek kerana letih menuggu detik tengah malam.
Ya Allah, Khadijah!
Apa yang kau buat ni?!
*
*
*Bilik Ash
YOU ARE READING
DENGAN KETENTUAN-NYA
RandomAdakah anda percaya akan ketentuan takdir mahupun keajaiban? Itulah kisah insan kufur,Ash.Si pembunuh upahan dan penembak tepat yang baran dan tidak berhati perut. Dia bertemu dengan Khadijah,wanita solehah dengan penuh ketidakjangkaan. Kisah percin...