Sinopsis

1.4K 12 4
                                    

Bismillah....
Alhamdulilah, pra tempahan dah dibuka. Boleh piemm akak atau wasap Penerbitan Brothers

Harga rm33
Pos rm8sm/ rm13 ss
Pratempahan sehingga 16/2 shj

Tajuk : Tak Mungkin Hilang
Penulis : MIA AZWARI

Caption : Walaupun jauh kita terpisah, dia tetap di hati.

Blurb Tak Mungkin Hilang

Dani Ariq dan Maya Sofea…
Masing-masing pernah ada sejarah hitam. Mereka bersatu demi memenuhi matlamat masing-masing. Siapa sangka, perasaan cinta dan sayang mulai hadir di dalam diri mereka selepas berkahwin. Namun pelangi yang mewarnai rumah tangga mereka tidak kekal bertahan.

Hadirnya Puan Alya dan Fateh, menjadikan rumah tangga mereka retak menanti belah. Kepercayaan yang diberi oleh Dani musnah dalam sekelip mata.

“Kau tak perlu berpura-pura baik depan aku lagi. Topeng yang ada di muka kau tu, aku rasa kau dah boleh tanggalkan.”- Dani Ariq
Hidup Maya hancur ditinggalkan Dani. Terasa dirinya cukup hina disebabkan lelaki itu mengungkit kekurangan dirinya. Munculnya Dani di saat Maya sudah berjaya berdiri di kaki sendiri. Hati Maya lebih parah meliha Dani sudah bahagia di sisi wanita lain.

“Ya, saya mengaku... saya perempuan yang kotor. Tetapi awak lupa, perempuan jahat selalunya bersama dengan lelaki yang jahat. Dan awak tahu siapa lelaki bertopengkan malaikat yang pernah muncul dalam hidup saya sebelum ni.” Maya Sofea

Kemunculan lelaki itu penuh dengan misteri. Peperangan dua hati bermula. Belum sempat peperangan tamat, satu kejadian buruk berlaku. Harapan untuk bersama semakin nipis.

Siapakah yang paling menderita sepanjang mereka berpisah?

Benarkah rasa cinta di antara mereka sudah hilang?

💞💞💞💞

Yg ni spin off dari Kala Hati Terusik. Siapa yg kenal watak Dani n Maya, mesti tahu. Akhirnya terbit juga dalam versi cetak. Blh wasap akak 0129284568

 Blh wasap akak 0129284568

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tak Mungkin Hilang ( Spin Off Dari Kala Hati Terusik)Where stories live. Discover now