Teaser manissss👏🏼

472 13 0
                                    

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Maya. Laju dia berpaling ke arah pintu bilik. Belum sempat dia ingin menyoal, ada seseorang yang telah membuka pintu dari luar. Hampir terjatuh kunci kereta di tangan Maya melihat Dani muncul di sini.

Dani tersenyum nipis. Pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati meja kerja si isteri. Maya masih lagi berdiri kaku di situ.

“Dah siap?”

“Awak buat apa dekat sini? soal Maya tanpa menjawab soalan Dani.

Tiba-tiba baru dia sedar hanya mereka berdua di sini. Maya semakin gelisah. Takut jika ada yang perasan kedatangan Dani di sini. Sudahlah mereka berada dalam bilik ini dalam keadaan pintu berkunci.

“Dah lupa mesej abang pagi tadi.”

“Saya tak balas mesej awak. Rasanya awak dah cukup pandai untuk menilai apa jawapan saya pagi tadi.”

Ternaik kening Dani. Wajah Maya dipandang dengan senyuman nakal. Selangkah dia mendekati tubuh Maya. Terkejut dengan reaksi Dani, Maya berundur ke belakang. Tetapi tubuhnya terjatuh di atas kerusi.

Belum sempat Maya ingin berdiri, Dani tunduk membongkok sambil kedua tangannya berada di sisi kerusi. Tertelan air liur Maya. Tubuhnya diperangkap oleh suami sendiri. Ditambah lagi dengan bau wangian Dani, makin menggetarkan naluri wanitanya.

“Awak… awak nak buat apa ni?”

“Tengok bidadari abang.”

“Boleh tak awak jangan nak bergurau. Ke tepi.” Tubuh Dani cuba ditolak tapi lelaki itu masih tidak berganjak.

Dani makin menundukkan wajahnya. Terkedu Maya saat hidung mereka sudah bersentuhan. Anak mata biru Dani ditatap dalam.

“I know you really miss me…”

Wajah Maya terus berubah. Tak sempat dia ingin membantah, satu ciuman ringkas melekat di bibirnya. Merah menyala wajah Maya. Dani berdiri tegak kembali sambil memasukkan kedua tangannya kedalam poket seluar.

“Abang datang ke sini atas urusan kerja. Mungkin hari tu sayang terlalu ralit sangat fikirkan pasal abang. Sampai urusan kerja antara kita pun sayang dah lupa.”

Makin berkerut dahi Maya.

“Urusan kerja?”

“Sebelum tamat mesyurarat hari tu, Encik Ahmad ada minta abang berbincang dengan Maya. Tak silap abang, Maya pun dah setuju. So, abang datang ke sini atas urusan kerja.”

Terasa pijar kulit wajah Maya ketika ini. Memang dia terlupa tentang hal itu. Tamat saja mesyuarat tempoh hari, dia terus bergegas balik. Dani pula tiba-tiba memaksa dia untuk keluar makan bersama. Macam manalah dia nak ingat tentang soal kerja?

“So, boleh kita berbincang sekarang?”

“Sekarang masa makan. Petang nanti kita jumpa.” Maya terus berdiri sambil mengambil beg tangannya.

“Okay. Abang pun dah lapar. Lepas kita makan, kita boleh berbincang.”

“Tak nak. Awak boleh makan dengan orang lain tapi bukan dengan saya.” Tegang nada suara Maya.

“Dengan orang lain? Siapa?”

“Terpulanglah. Itu hak awak. Yang penting saya bukan Kelly, kekasih awak yang tak cukup kain tu.”

Terus Dani ketawa lucu. Dalam marah, masih lagi ada sisa cemburu.

“Ooo… dia sibuk. Alang-alang Maya nak keluar makan, boleh aje keluar makan dengan abang.”

“Saya tak nak.”

“Tapi abang nak…” Dengan sekali tarikan saja, pinggang Maya dipeluk kemas.

Bulat mata Maya. Kelam-kabut dia cuba menolak tubuh Dani.

“Buat pilihan.”

“Ha?”

“Nak makan dengan abang atau…” Dani mendekatkan bibirnya ke telinga Maya yang terlindung di sebalik selendang.

“Nak makan abang dekat sini.”

😍

Yg ni tinggal 7 set lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yg ni tinggal 7 set lagi. Wasap segera. Nk single TMH pun blh,💗

Tak Mungkin Hilang ( Spin Off Dari Kala Hati Terusik)Where stories live. Discover now