Teaser 12

805 16 0
                                    

“A… abang,” bergetar nada suara Maya.

“Semua dah buang abang.”

Tergamam Maya. Dia cuba menghadam kata-kata Dani.

“Siapa yang buang, abang?”

“Semua… semua orang yang abang sayang. Semua dah tinggalkan abang.” Dani meramas rambutnya dengan kasar.

Sungguh emosinya sangat terganggu setelah berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Hatinya cukup hancur apabila papa sanggup menghalau dia pergi.

“Abang jangan macam ni. Maya takut.”

Tubuh Dani ditarik masuk ke dalam pelukannya. Walaupun dia masih belum jelas dengan perkara yang berlaku, dia yakin Dani sangat memerlukan sokongan ketika ini. Tak mustahil perubahan sikap Dani berpunca dari perkahwinan ibu bapa mentuanya.

Lama mereka berpelukan. Maya masih cuba memujuk Dani. Perlahan-lahan Dani bertindak meleraikan pelukan Maya. Wajah Maya ditatap dengan mata yang berkaca.

“Jangan tinggalkan abang. Abang mohon… tolong bertahan untuk terus bersama dengan abang.”

Tubir mata Maya turut berkaca. Sebak mendengar permintaan Dani.

“Maya takkan tinggalkan abang. Abang jangan risau. Percayakan Maya. Melainkan abang yang buang Maya.”

Dani menarik nafas dalam-dalam. Setelah berjaya menenangkan diri, wajahnya diraup perlahan.

“Maaf sebab takutkan Maya tadi.”

“Abang tak nak beritahu Maya apa-apa?”

Dani menggeleng perlahan. Dia kemudian berdiri sambil menarik bahu Maya agar berdiri di hadapannnya.

“Boleh Maya tunaikan permintaan abang?”

Maya mengangguk sedikit.

“Tolong jangan berhubung dengan wanita tu lagi. Abang tak benarkan Maya bercakap atau berjumpa dengan dia lagi.”

“Maksud abang, mama?”

Tegang terus wajah Dani. Tidak suka mendengar gelaran yang sudah lama dia hapuskan dalam hidupnya. Bagi Dani gelaran itu sudah mati.

“Dia bukan mama abang.” Dingin Dani menjawab.

Terdiam Maya. Wajahnya tunduk seketika.

“Maya nak sangat tahukan kenapa abang tak boleh maafkan dia?”

Perlahan Maya mengangguk.

“ Jawapan abang, hati abang dah mati saat dia tinggalkan abang dulu. Dia bukan saja dah tinggalkan abang tapi…”

Dani terdiam seketika. Rahangnya terketap-ketap menahan marah.

“My life very worse after she left me…”

Tergamam Maya. Melalui renungan anak mata Dani, Maya dapat merasakan ada rahsia yang sukar diluahkan oleh si suami. Makin tertanya-tanya Maya punca Dani terlalu membenci Puan Alya. Mustahil disebabkan penceraian antara mama dan papa, Dani sukar menerima berita perkahwinan itu.

“Abang harap ini kali terakhir kita bercakap pasal dia. Betul-betul kali terakhir.”

Dani terus masuk ke dalam bilik tanpa berpaling ke belakang. Tuala mandi ditarik kasar. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air. Tanpa membuka pakaian di tubuhnya, dia terus berdiri di bawah pancuran air. Kedua tangannya melekat di dinding. Mata terpejam rapat.

Ya, dia memang kejam kerana tidak mengaku Puan Alya sebagai ibu. Dia sanggup menerima kecaman itu kerana dia yang berasa sakitnya saat ditinggalkan. Masa depannya bukan saja hancur tetapi jiwanya turut musnah. Bertahun-tahun dia cuba merawat sakit yang dihadapinya. Dan apabila dia hampir sembuh, kemunculan Puan Alya umpama menambahkan garam di lukanya kembali.

Mata yang terpejam tadi terus terbuka luas sangat terasa pinggangnya dirangkul dari arah belakang. Usapan yang menjalar di dadanya sedikit memberi ketenangan. Laju tangannya menutup pili air.

Dani berpaling ke belakang. Tubuh Maya yang sudah lencun itu ditarik rapat ke arahnya. Hati yang hangat dengan rasa amarah bertukar sejuk sebaik saja menatap wajah manis si isteri. Anak matanya meliar ke sekitar wajah isterinya.

“Kenapa basahkan baju?” Butang kemeja Dani ditanggal satu persatu.

Maya cuba berlagak berani walaupun dadanya hampir pecah menahan debar. Melihat pintu bilik air tidak ditutup rapat, dia dapat melihat dengan jelas Dani masih hanyut dengan rasa marah. Tidak salah dia sebagai isteri cuba menenangkan si suami.

“Apa yang sayang cuba buat ni?”

“Tenangkan abang?” Baju Dani sudah selamat jatuh ke lantai. Kali ini Maya cuba menanggalkan tali pinggang seluar si suami.

“Sayang cuba nak goda abang?”

“If yes?”

Dani tersenyum senget.

“Jangan salahkan abang kalau kita lambat keluar dari bilik air ni.”

Belum sempat Maya menjawab, bibirnya sudah melekat dengan sesuatu yang hangat. Terlalu bijak Dani mematikan perbualan mereka sehingga Maya turut hanyut. Segala kesakitan yang dialaminya tadi, berasur hilang dengan sentuhan si isteri.

🌹

Hari ni last pratempahan. Wasap 0129284568.

Tak Mungkin Hilang ( Spin Off Dari Kala Hati Terusik)Where stories live. Discover now