Bab 5 ( Part 1)

361 14 0
                                    

WAJAH Maya masih tunduk ke bawah. Tak berani dia menatap wajah Dani. Sejak di hospital, Dani kurang bercakap. Tak tahu apa yang difikirkan oleh suaminya ketika ini. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di rumah. Dani segera mematikan enjin kereta.

Maya mengeluh lemah. Dia baru saja menerima beberapa jahitan di kaki. Luka di kakinya terlalu dalam. Mujurlah tidak banyak jahitan yang diberikan. Namun dia tidak boleh bergerak terlalu kerap untuk mengelakkan jahitan terbuka.

“Abang marahkan Maya?” soal Maya sebaik saja tubuhnya dicempung.

“Tak.”

Bibir Maya mencebik sedikit. Sikap Dani kembali seperti asal.

Cup!

Bulat mata Maya. Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan.

“Abang!” Bahu Dani ditampar lembut. Boleh pula Dani mencium bibirnya semasa menaiki tangga. Sudahlah Hakim dan Sarah ada di sini.

Dani tayang wajah tak bersalah. Tubuh Maya diletakkan di atas katil. Selendang yang melilit kepala si isteri ditanggalkan. Rambut panjang Maya diusap perlahan.

“Kenapa cuai sangat?”

“Maya tak sengaja.”

“Sarah cakap tadi, tangan Maya hampir terkena api. Lepas dia menjerit, baru Maya sedar. Betul ke?”

Maya menggigit bibirnya perlahan. Mungkin Hakim yang menceritakan hal itu kepada Dani tadi. Bukan dia tidak perasan semasa kakinya dirawat, Dani sedang berbual di telefon.

“Maya cuma teringatkan kisah lama.”

“Tentang apa?”

“Sarah…”

Mendengar nama Sarah, sudah pasti ia berkaitan tentang Hakim. Hati Dani tiba-tiba menjadi tidak senang.

“Maya rindukan Hakim?” duga Dani.

“Tak! Bukan macam tu. Abang dah salah faham.” Segera dia meraih tangan suaminya. Tak sangka sejauh itu Dani membuat andaian.

“Maya pernah layan Sarah dengan buruk dulu. Abang mesti ingatkan apa yang pernah Maya buat pada Sarah.”

“Ya, abang ingat.”

“Bila Maya fikir balik, hati Maya dulu jahat sangat. Maya sanggup cakap Sarah tu perempuan cacat tapi hakikatnya… diri Maya pun bukan sempurna.”

Terdiam Dani. Tidak dinafikan perkara yang dilakukan oleh Maya dulu agak kejam. Sanggup menganiaya Hakim dengan menfitnah lelaki itu sehingga hampir bercerai.

“Kisah Sarah dan abang hampir sama. Tapi Maya rasa, Sarah lagi kasihan…”

Berkerut dahi Dani. Dadanya berdegup dengan laju. Mustahil Maya tahu rahsia besarnya.

“Ayah pernah tinggalkan Sarah demi ibu Maya. Disebabkan ibu, Sarah hidup dalam keluarga yang tak sempurna.”

Wajah Dani terus berubah. Baru dia tahu cerita sebenar. Rupa-rupanya Puan Maznah juga bukan seorang perempuan yang baik. Rahangnya diketap geram.

“Tapi lepas ayah berkahwin dengan ibu, ayah baru sedar yang dia terlalu cintakan ibu Sarah. Selama ayah berjauhan dengan Sarah, ayah tak pernah lupakan mereka. Namun perancangan Allah itu indah. Ayah dapat jumpa dengan Sarah tapi hati Sarah masa tu, dah mati untuk terima ayah.”

Berkaca tubir matanya. Kali ini Maya tidak dapat menahan rasa sebak. Disebabkan perbuatannya dulu, ayah diserang sakit jantung dan hampir kehilangan nyawa. Semuanya gara-gara dia cuba merampas Hakim dari tangan Sarah.

“Tapi Sarah tetap maafkan ayah akhirnya. Dia buat semua tu untuk hidup dalam keadaan tenang. Maya tahu bukan mudah untuk Sarah terima kami.”

Wajah Dani disentuh perlahan. Maya juga mahu Dani menjalani kehidupan dengan tenang.

“Abang pun patut maafkan mama.”

Mendengar nama itu diungkit, tangannya terus ditarik kasar. Berang dengan permintaan Maya. Baru semalam dia memberi amaran supaya tidak menyebut nama wanita itu.

“Abang dah cakap, jangan ungkit lagi perkara tu. Maya tak tahu apa yang perempuan tu dah buat dalam hidup abang dulu.”

“Tapi abang…”

“Cukup! Abang bukan Sarah atau papa! Jangan samakan abang dengan orang lain!” Suara Dani cukup keras dipendengaran Maya.

Maya cuba meraih tangan suaminya tetapi lelaki itu cepat sahaja berundur. Dani lekas mencapai kunci kereta dan keluar dari bilik itu.

“Abang…”

Dani tidak menghiraukan panggilan isterinya. Ketika Dani melangkah keluar dari bilik, dia terserempak dengan Hakim. Mereka berdua saling berpandangan.

“Nak keluar minum dengan aku?”
Dani merengus perlahan.

“Ikut aku,” arah Dani.

Dani terus berjalan melepasi Hakim. Hakim toleh ke arah pintu bilik Maya. Dia tidak sengaja terdengar suara Dani menjerit. Hati Hakim tidak sedap hati. Baru dua hari berkahwin, Dani sudah meninggikan suara terhadap Maya. Sikap itu sama seperti dia dahulu.

💗

💗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tak Mungkin Hilang ( Spin Off Dari Kala Hati Terusik)Where stories live. Discover now