Teaser 1

863 14 0
                                    

Meh kita baca teaser dari TMH pula. Mulai esok akak akan update bab 1-10 di wattpad dan group akak. Penerbit dh up teaser ni dah byk. Mungkin ada yg tak perasan sbb ada yg tanya tak pernah nampak teaser ni.

Tak Mungkin Hilang ( versi belum edit)

Teaser 1

“Dani tahu…”

Tergamam Maya. Mulutnya ternganga sedikit.

“Macam mana Dani?”

“Dani dah tahu semuanya sebelum Maya balik ke Malaysia lagi. Semua rahsia Maya di sana, Dani tahu,” celah Dani.

Laju tangannya menekup mulut sendiri. Malu kerana Dani sudah mengetahui sejarah gelapnya. Pada masa yang sama, dia semakin tertanya-tanya dari sumber mana rahsianya terbongkar.

“Siapa yang beritahu?”

“Itu tak penting. Perkara dah lepas. Masa tu, Dani cuma nak selamatkan rumah tangga Hakim. Tapi jangan risau, Hakim tak pernah tahu tentang hal ni.”

“Dan Dani masih nak berkahwin dengan Maya?” soal Maya dengan riak tak percaya.

“Ya.”

“Tapi kenapa?”

Lama Dani berdiam diri. Maya masih lagi menunggu Dani memberikan jawapan. Mustahil lelaki yang cukup sempurna itu masih mahu menyunting bunga yang sudah layu. Ditambah pula dengan wajah kacak kacukan inggeris, Dani mampu mendapat gadis yang lebih baik. Disebabkan wajah Dani itulah, Maya pernah sukakan lelaki itu dulu. Namun perasaan itu terpaksa ditutup rapat sebaik saja dia sedar lelaki itu tidak pernah ada hati terhadapnya. Rahsia itu masih tersimpan sehingga sekarang.

“Setiap orang ada masa lalunya. Dani yakin, Maya dah berubah dan tak akan ulang perkara yang sama. Tak adil untuk Dani terus menghukum Maya.”

Kolam matanya terasa hangat. Sungguh dia tersentuh dengan pengakuan Dani. Dalam dingin, masih terselit satu sisi baru yang belum pernah Maya lihat dalam diri Dani. Tidak pernah menghukumnya dengan sejarah silam.

“Terima kasih sebab terima Maya seadanya.”

“Sama-sama. Tapi ingat, tolong jangan khianati kepercayaan Dani. Dani paling pantang orang yang menipu terutamanya perempuan,” tegas Dani memberikan arahan itu.

Maya tersenyum nipis. Tak mungkin dia akan ulang perkara yang sama. Cukuplah dia pernah menduakan Hakim sehingga dia kehilangan lelaki itu. Benar kata ibunya. Walaupun dia kehilangan Hakim, Tuhan telah hadirkan lelaki yang lebih baik seperti Dani.

“Insya-Allah. Maya tak akan musnahkan kepercayaan Dani.” Janji Maya.

“Tidurlah. Dah lewat.”

“Okey. Selamat malam.”

“Ehmmm…”

Panggilan ditamatkan begitu saja. Maya melihat skrin telefonnya yang sudah gelap. Memang inilah sikap Dani. Tak pernah menunjukkan sisi lelaki yang prihatin. Tetapi hati Maya masih inginkan lelaki itu.

Maya menarik nafas lega. Terasa ringan bebannya selepas berbual dengan Dani. Laci meja di sebelah katil ditarik perlahan. Gambar Hakim ketika bersamanya dulu ditatap lama. Dengan azam yang baru, Maya tidak mahu lagi mengingati kenangan lama. Gambar itu terus dibuang ke dalam tong sampah.

Sekeping gambar yang masih ada di dalam laci dikeluarkan juga. Gambar itu diusap perlahan. Tak sangka sehingga sekarang dia masih menyimpan gambar ini. Keluhan nipis terlepas dari bibirnya.

“Mungkin aku patut rahsiakan hal tu. Dani tak perlu tahu.”

Gambar itu disimpan kembali ke tempat asalnya. Laci ditutup rapat. Maya terus berbaring sambil memandang siling. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Syukur kerana impiannya tercapai juga.

💞

Dekat teaser ni ada perkara yg akak dh bagi hint siapa Dani dalam hidup Maya dulu. Boleh tengok cover TMH. Akak suka sebab ada maksud tersirat dekat situ👏🏼👏🏼👏🏼

 Akak suka sebab ada maksud tersirat dekat situ👏🏼👏🏼👏🏼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tak Mungkin Hilang ( Spin Off Dari Kala Hati Terusik)Where stories live. Discover now