32

3.2K 178 54
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

MATA Raisya sedari tadi tidak lepas dari mengerling ke arah Aryan dari jarak jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA Raisya sedari tadi tidak lepas dari mengerling ke arah Aryan dari jarak jauh. Aryan yang sedang mengemas fail-fail yang bertaburan di atas meja kerjanya itu diperhati penuh minat oleh dirinya. Selepas kesemua fail itu sudah diletekkan di tempat khas, akhirnya Aryan mencapai briefcase di atas kerusinya. Terus berkerut dahi Raisya. Jam yang terletak elok di pergelangan tangannya dikerling sekilas.

'Awal lagi. Takkan dia dah nak balik?' monolog Raisya.

Apabila Aryan sudah membuka langkah untuk keluar dari bilik kerjanya, Raisya terus memandang ke arah kertas-kertas di atas mejanya. Acah seperti sedang sibuk bekerja. Walhal, sedari tadi anak matanya meliar melihat suami orang!

"Eh, bos? Dah nak balik ke?" tegur Raisya sebaik sahaja kelibat Aryan sudah kelihatan di kornea matanya. Langkah Aryan turut terhenti apabila mendengar suara seorang wanita yang menegurnya tadi.

"Ha'ah. Lately ni I akan balik awal dari biasa. Kesian pula dekat isteri I kalau tinggal dia seorang diri sampai lewat malam. Tambahan pula dia tengah pregnant. Why not I spend more time with her?" ujar Aryan panjang lebar. Hujung bibirnya sudah ditarik sedikit. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Dalam hati sudah tidak sabar mahu meluangkan masa dengan isteri di rumah.

Raisya mencebik bibirnya. Tak habis-habis nak layan perempuan tu! Macam bagus sangat! Tak pasal-pasal masanya untuk melihat wajah si pujaan hati turut terbatas. Memang tak gunalah perempuan tu. Nasib saja Laura dan dia jarang bertemu. Kalau tidak, belum dijamin Laura dapat melihat dunia lagi selepas ini.

"Oh... kalau macam tu. Okey la. Drive safe!" Raisya melambaikan tangannya ke arah Aryan. Aryan pula hanya tersenyum nipis ke arahnya.

Setelah kelibat Aryan tidak lagi kelihatan, terus berubah wajah Raisya. Kertas yang berada di tangannya di renyuk geram.

"Kau tunggu la perempuan. Mungkin kali ini, hari kau bahagia. Tapi jangan ingat, aku akan berdiam diri saja!"








"MAAF sekali lagi tau, Athirah! Tak pasal-pasal awak kena jaga butik ni sorang-sorang nanti," luah Luara sambil tayang wajah sedih. Sejujurnya, dia tidak mahu meninggalkan Athirah untuk membuat semua kerja seorang diri. Namun, perintah suami tetap Laura tak boleh langgar. Aryan sudah pesan supaya dia tidak bekerja sehingga lewat petang. Lagipun, pergerakan Laura sendiri terbatas kerana kandungannya sudah mencecah enam bulan.

"Tak apa la Cik Laura. Saya tak kisah pun kalau kerja sorang-sorang sampai lewat letang macam ni. Lagipun saya suka la kerja ni. Majikan saya pun baik aje. Comel pula tu. Tambah-tambah lagi bila dia dah tembam sikit. Lagi la comel!" puji Athirah seraya tergelak kecil dihujung ayatnya. Laura mula mencebik bibir.

EMERALD √Where stories live. Discover now