51

5K 172 33
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

DUKE Arjuna melangkah menghampiri isterinya yang sedang fokus melakukan kerjanya di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUKE Arjuna melangkah menghampiri isterinya yang sedang fokus melakukan kerjanya di ruang tamu. Segaris senyuman terlakar pada wajah lelaki itu. Lantas, dia  mengucup pipi Ariesya lalu meletakkan secawan coklat panas di atas meja kopi sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Ariesya menyentuh pipinya lalu mengalihkan padangannya ke sebelah kiri, di mana suaminya berada. Ketawa halus mula kedengaran dari mulut Ariesya lalu, dia menampar lembut peha Duke Arjuna.

"Awak nak apa ni ha? Tiba-tiba kiss saya ni. Awak jangan macam-macam eh... saya tengah buat kerja ni. Kang tak siap awak juga yang marah," ujar Ariesya lalu tangannya mencapai cawan berisi coklat panas tadi. Cecair di dalam cawan itu ditiup, lantas dicicipnya perlahan.

Disebabkan Ariesya mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat suaminya, Duke Arjuna pantas saja mahu melantik Ariesya sebagai personal assistant-nya di syarikat itu. Namun, Ariesya menolak tawaran yang diberikan itu. Katanya, dia mahu bermula dari bawah dahulu sebelum dia merasakan dirinya betul-betul layak untuk memegang jawatan yang ditawarkan suaminya itu.

"Saja je la saya nak kacau. Tengok awak fokus sangat buat kerja... saya pula yang jealous  tahu? Awak lebih utamakan kerja awak dari saya." Duke Arjuna mencebik bibir. Pura-pura merajuk dengan isterinya yang satu itu.

Terus saja Ariesya ketawa lalu dia menarik pipi Duke Arjuna supaya wajah lelaki itu menghadapnya. Satu kucupan Ariesya hadiahkan di atas bibir merah lelaki itu. Terus memerah wajah Duke Arjuna saat ini. Terkejut dengan tindakan isterinya yang tidak dijangka itu.

"Cukup la tu kan? Nak lebih-lebih nanti ya." Ariesya menepuk pipi Duke Arjuna berkali-kali sebelum dia meneruskan kerjanya yang terganggu.

"Alaaaa..." rengek Duke Arjuna. Kiss aje mana cukup!

"No, means no. Okey honey?"  Kedengaran sedikit tegas suara Ariesya kali ini. Mahu tidak mahu, Duke Arjuna terpaksalah menunaikan hajat isterinya.

'Kau sabar jap Duke, nanti dia dah siap kerja kau dating la dengan dia puas-puas,' monolog Duke Arjuna.

"By the way... awak tak rasa ke perangai Aryan tu lain gila?" soal Ariesya tiba-tiba sekaligus menarik perhatian Duke Arjuna.

"Apa maksud awak perangai dia lain?"

"Ya la... sebelum ni, dia tu struggle gila nak dapatkan Laura tahu? Selalu protect Laura pula tu. Tapi kenapa dia tiba-tiba berubah? Ya, saya tahu dia hilang ingatan. Tapi... takkanlah dia perlu melayan Laura seteruk itu? Lagi satu, isteri baru dia tu... memang ada hubungan dengan Aryan ke sebelum ni? Tiba-tiba aje muncul," seloroh Ariesya panjang lebar.

EMERALD √Where stories live. Discover now