37

2.7K 139 38
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

"PLEASE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"PLEASE... don't leave me." Sebaris ayat yang mengandungi empat perkataan penuh makna itu Aryan ungkapkan sebaik saja dia tersedar dari mimpi lamanya.

Jantung berdegup kencang. Tangannya yang memeluk erat batang tubuh Raisya itu bergetar hebat. Jauh di sudut hatinya, dia berasa takut. Takut kehilangan orang yang dia sayang.

Benda terakhir yang dia ingat adalah... dia
dan Raisya berpisah. Setelah lima tahun menyemai perasaan cinta di dalam diri masing-masing... takkanlah semudah itu mereka berpisah?

Banyak persoalan yang bermain di dalam fikiran Aryan ketika ini. Mengapa dia dan Raisya berpisah? Apa yang terjadi kepada mereka berdua sehingga mereka berpisah dengan sangat mudah? Dan... mengapa dia terlantar di hospital dalam jangka masa yang agak lama?

Setelah beberapa saat berlalu, barulah Aryan dapat merasakan tangan Raisya yang mula membalas dakapannya. Fikirannya yang kusut dengan pelbagai persoalan itu mula berubah jadi tenang. Aryan rasa selesa begini. Dia mahu wanita di dalam dakapannya ini sentiasa berada di sisinya. Dia mahu perbaiki semula hubungannya bersama wanita itu. Wanita yang dia cintai selama ini.



"LACUNAR Amnesia?"

"Ya. Pesakit hilang ingatan antara tempoh kecederaan dan masa kebingungan pesakit itu hilang ingatan. Tapi jangan risau, dia akan kembali ingat peristiwa yang berterusan dari hari ke hari. Kesimpulannya, hilang ingatannya hanyalah sementara," terang doktor lelaki itu. Aryan dan Raisya hanya mendengar setiap bait perkataan yang disebut oleh doktor itu dengan teliti. Masing-masing cuba untuk mencerna apa yang dikatakan oleh doktor tadi.

Dalam diam, hati Raisya berasa lega. Senyumannya pula sedaya upaya dia sembunyikan saat ini. Bagus juga Aryan hilang ingatan. Sekurang-kurangnya, mudah sedikit kerjanya nanti. Nampaknya, buat masa sekarang dia tidak perlulah menggunakan minyak dagu itu bagi memikat hati si buah hati.

"Itu saja dari saya. Kalau perlukan apa-apa, boleh panggil nurse berdekatan."

"Terima kasih doktor," serentak kedua-dua mereka mengucapkan ayat itu. Doktor lelaki tadi hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya sedikit sebelum beredar dari situ.

Setelah kelibat doktor lelaki tadi sudah tidak kelihatan, Raisya mula membuka langkahnya. Dia sudah ada rancangan baru. Sementara mereka berdua sahaja berada di sini, baik Raisya bertindak segera.

Raisya mengatur langkah ke arah Aryan, lalu lututnya menyembah bumi dan wajahnya pula disembamkan di atas katil Aryan. Terkejut Aryan dibuatnya dengan kelakuan Raisya itu. Seketika, sayup-sayup tangisan Raisya mula kedengaran pada deria pendengaran Aryan.

EMERALD √Where stories live. Discover now