13

4.6K 269 79
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

MASING - MASING diam tidak berkutik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MASING - MASING diam tidak berkutik. Sejak dari tadi, Laura hanya duduk tidak bergerak di situ dan sesekali dia menyicip sedikit teh panas yang sudah mula kehilangan habanya perlahan-lahan. Aryan juga seperti Laura, masih diam dan matanya tidak lepas memandang wanita di hadapannya.

Dari atas, hingga ke bawah Aryan perhatikan Laura. Cara pemakaian Laura ketika ini sama dengan cara pemakaiannya ketika pertama kali mereka bersua muka. Lebih tepat lagi, pemakaian Laura yang membuatkan Aryan melabel dirinya 'perempuan gila'.

Aryan meraup rambutnya ke belakang. Fikirannya mula bercelaru. Ya Allah, baru tadi sahaja dia bercadang untuk melupakan gadis itu. Dengan takdir-Nya, mereka bertemu kembali. Petanda apakah ini?

"Okey, aku tak tahu la sama ada kau orang ni tengah main game ke apa. Tapi, yang aku tahu masing-masing senyap. Siapa yang keluarkan suara dulu, kena sumpah jadi katak ke sampai kau orang tak bercakap ni? Dah la buat aku macam tak wujud. Hampir sepuluh kali aku round rumah ni. Still, sama macam tadi." Tiba-tiba saja Azraeyn mencelah bagi memecahkan kesunyian. Stres tau tak tengok dua orang manusia yang ada suara tapi tak reti nak guna? Argh!

Sekarang ini, mereka betiga berada di dalam rumah sewa Qaisara dan kawannya. Laura yang mencadangkan agar mereka bertiga pergi ke tempat yang agak jauh dari kawasan perumahan bagi membincangkan soal dirinya. Takut juga kalau Mikael terjumpa Laura. Si Azraeyn itu pula, dia tipu saja yang dia dah round rumah tu sepuluh kali. Hakikatnya, dia pergi ke dapur untuk kacau Qaisara buat kerja.

"Er... aku mengganggu kau orang ke?" Akhirnya, Laura mula bersuara. Kepalanya ditundukkan sedikit memandang lantai.

"Ha... umph!" Belum sempat Azraeyn menghabiskan ayatnya, Aryan lebih pantas bertindak dengan menutup mulut Azraeyn yang dari tadi hanya tahu memekak di telinganya. Budak ini kalau dibiarkan, sampai esok pun tidak habis mahu bercakap tu.

"Eh, kau tak mengganggu pun," balas Aryan sambil melemparkan senyuman.

Azraeyn memandang Aryan dengan riak tak puas hati. Ish, lelaki ni dah kenapa? Cakap tu jujur je la!

"Betul ke ni?" Sekali lagi Laura menyoal. Bukan apa, dia juga takut jika dia mengganggu privasi orang lain.

"Yes. Dah, kau jangan nak persoalkan hal tu lagi. Serius aku cakap, kau tak mengganggu kami pun. Aku pun tadi on the way nak datang sini sebab nak melawat adik aku." Tipu! Sebenarnya, Aryan dan Azraeyn tengah siap-siap nak pergi Kedah. Nak panjat Gunung Jerai katanya. Semua ni rancangan Azraeynlah! Dia sudah merancang dari awal lagi segala aktiviti yang ingin dilakukan ketika mereka di sana nanti.

EMERALD √Where stories live. Discover now