50

5.5K 160 58
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

SEJAK Raisya memunculkan diri dan memberitahu bahawa dia mengandung pada malam itu, semakin galak pula wanita itu hidup bermaharajala di dalam rumah ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEJAK Raisya memunculkan diri dan memberitahu bahawa dia mengandung pada malam itu, semakin galak pula wanita itu hidup bermaharajala di dalam rumah ini. Kewujudan Laura di rumah ini juga tidak dihiraukan. Seakan-akan dia tidak wujud saja pada pandangan dua manusia itu.

Namun apa saja yang dia boleh lakukan? Suami sendiri lebih mengagungkan wanita lain lebih dari dirinya. Dia yang bergelar isteri yang sah pun tidak tidur sebilik dengan lelaki itu. Entah apa la yang Raisya lakukan sehingga Aryan begitu sayang pada dirinya.

Laura bergegas turun dari biliknya. Tas tangan yang terlilit kemas pada pergelangan tangannya dililit kemas. Ada lagi beberapa jam sebelum fashion show itu bermula. Jadi, sempatlah dia menghantar anak-anaknya ke rumah Datin Aira dahulu.

Disebabkan jalan yang dituju adalah jalan yang sama menuju ke arah rumah ibunya, jadi Laura memutuskan untuk menghantar anak-anaknya di situ saja. Tambahan pula, Datin Aira ada memberitahu bahawa dia rindu sangat untuk berjumpa budak-budak itu.

"Hai, Laura. Nak pergi mana cantik-cantik ni? Nak cari boyfriend baru ke?" sapa satu suara. Suara itu kedengan sumbang saja pada deria pendengaran Laura.

Mengapalah pagi-pagi ini wajah perempuan tak tahu malu ini juga menjadi santapan matanya? Seperti tiada wajah lain saja yang nak muncul pun.

"Kau nak apa, Raisya? Boleh tak kau jangan kacau aku masa aku tengah sibuk ni? Apa pula yang kau nak aku buat sekarang ni? Mandikan kau? Tukarkan pakaian kau? Macam tu?" sinis Laura. Bebola matanya diputar sekilas. Meluat.

Sesekali mata Laura tertumpu ke arah ruang tamu, tempat di mana anak-anaknya bermain bersama. Risau juga jika mereka bergaduh atau apa.

"Aku ni tak ada la kejam sangat sampai nak layan kau macam orang gaji rumah ni. Jahatnya mulut kau kata dekat aku macam tu. Tak sangka... busuk betul hati kau ni kan?" Raisya majukan langkahnya setapak ke hadapan. Wajah ketat Laura dipandangnya.

"Oh, ya? Aku rasa, selama kau duduk dekat sini... memang kau layan aku macam orang gaji dah. Ya la... apa-apa yang kau nak aje, mesti suami aku akan berikan. Sampai isteri sendiri pun dia letak ke tepi. Aku tak fahamlah... apa yang kau dengki sangat dengan aku ni ha?" soal Laura, ingin tahu. Dia juga tertanya-tanya, mengapa dengki sangat perempuan ini dengan dirinya.

"Kau nak tahu kenapa? Hm... good question you have there. Kau tahu tak... aku dan Aryan memang pernah bercinta dulu. Lima tahun. Lima tahun tempoh hubungan percintaan antara aku dan dia. Tapi yang menariknya... sepanjang tempoh yang agak panjang tu, sedikit pun dia tak pernah ada perasaan dekat aku."

EMERALD √Where stories live. Discover now