45

4.5K 171 82
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

TANGAN Laura lincah menulis setiap baju yang baru sampai di butiknya di atas kertas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN Laura lincah menulis setiap baju yang baru sampai di butiknya di atas kertas. Sesekali matanya meneliti beberapa kotak yang berisi barang jahitan. Mata pen ditutup lalu kertas dan pen tadi diletakkan di atas meja berdekatan sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

Tangannya menongkat dagu. Fikirannya melayang memikirkan design pakaian baru untuk butiknya. Tak lama lagi Datin Roziana akan mengadakan fashion show bagi memilih baju pengantin paling terbaik untuk bakal menantunya. Sudah semestinya, butik Laura juga tercalon dalam senarai peserta yang dijemput ke majlis itu.

Puas berfikir, satu idea pun tidak datang menyinggah dalam fikirannya. Laura mengeluh perlahan. Kepala yang tidak gatal digarunya. Tak ada idea ni semua efek sebab lama tak kerja ke? Rasanya baru lima hari dia cuti.

Akhirnya, Laura memutuskan untuk keluar dari bilik stor dan menyoal tentang pendapat Athirah sendiri. Mana tahu jika gadis itu mempunyai idea yang menarik untuk design baju pengantin mereka?

"Encik, berapa kali saya cakap... cik Laura tak ada dekat sini. Buang masa saja encik datang sini cari dia." Berkali-kali Athirah mengulang ayat yang sama. Setiap kali itu jugalah Aryan hanya buat tidak tahu. Kisqh apa dia? Dia datang sini untuk berjumpa Laura. Mahu tidak mahu, hari ini juga dia mahu selesaikan masalah antara mereka berdua.

"Aku kata, aku nak jumpa dia! Kau tak faham ke? Apa yang susah sangat ha? Kau bagi aku jumpa dia, lepas aku bercakap dengan dia sekejap, aku pergi la dari sini!" herdik Aryan. Pandangan matanya yang memanah tepat ke dalam anak mata Athirah itu betul-betul nampak menggerunkan. Dari jauh, Laura boleh nampak perubahan wajah Athirah yang sudah bertukar pucat.

"Kenapa awak datang sini? Apa yang awak nak? Dan satu lagi... siapa awak untuk bercakap sekasar itu dengan pekerja saya?" Suara Laura mula mencelah. Tangannya disilang ke dada lalu tubuhnya disandarkan di tepi kaunter. Mata Aryan dan Laura ketika ini saling bertaut.

"Kau tipu kata dia tak ada dekat sini tadi. Blah la kau!" Aryan menolak tubuh Athirah sehingga gadis itu terundur ke belakang sedikit. Kemudian, dia mula menyusun langkahnya mendekati Laura.

"Kenapa kau tak jawab call aku? Mesej aku pun kau tak balas. Kau ni memang nak kena kan?"

Laura tertawa kecil sebelum menjawab, "Saya tak angkat call awak dan tak balas mesej awak tu semua kehendak saya. Awak siapa untuk arahkan saya dan marah saya sebab saya abaikan awak? Ingat, Aryan. Saya bukan lagi isteri awak. Awak tak ada hak untuk kawal hidup saya."

Aryan meraup rambutnya kasar sebelum helaan berat dilepaskan.

"Aku malas nak buat kecoh dekat sini. Aku datang sini sebab nak rujuk balik dengan kau," luah Aryan. Ayatnya disusun rapi dahulu sebelum berkata. Dia perlu melakukannya dengan sehabis baik kerana dia tidak mahu lagi benda ini berlarutan.

EMERALD √Where stories live. Discover now