09

4.6K 314 72
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

LAURA bangun dari katilnya perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAURA bangun dari katilnya perlahan-lahan. Sedaya upaya tidak mahu menyedarkan suaminya dari tidur. Okey, line clear!

Laura berjalan terjengket-jengket supaya dia tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Shawl dan cardigan miliknya dicapai dari dalam almari lalu dengan pantas disarungkan ke tubuh badan.

"Sorry, abang. Laura bukan nak jadi isteri derhaka, tapi Laura betul-betul tak tahan bila nampak mi goreng mamak dekat kedai depan tu tadi. Bye abang. Sleep well," kata Laura sebelum menutup pintu biliknya rapat-rapat.

Di dalam fikiran Laura sudah tahu dia mahu keluar dari arah mana. Tetapi yang semestinya bukan dari arah pintu depan la. Kalau nak kantoi dengan pak guard depan pintu pagar rumah dia orang ni, silakan. Bersiap sedia la nak kena dengan Mikael nanti.

But, don't worry. Ini Laura Emilia kot. Sejak dia berjaya memanjat bumbung rumahnya tempoh hari, tiba-tiba sahaja dia mendapat ilham untuk membuat kerja-kerja gila lagi. Wah, finally! The rise of Spiderwoman! Okey, ini sudah terlebih mengarut.

Tanpa membuang masa, Laura keluar dari pintu belakang rumahnya dan terus menuju ke arah tembok rumah bersebelahan rumah jirannya yang dia sendiri tidak tahu siapa jirannya. Ah, lantak la. Asalkan kejap lagi dia dapat makan mi goreng mamak! Mi goreng mamak, here I come!








"WOI, pencuri!" jerkah Aryan dengan lantang.

"Ha, pencuri? Mana?" kata Laura sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Ya Allah, jangan la bagi pencuri tu bunuh aku. Aku tak nak mati lagi! Sekurang-kurangnya bagi la aku dapat dua orang anak dulu. Huhuhu.

Disebabkan tubuh badan Laura tidak stabil akibat dia tidak duduk diam di atas tembok itu, tiba-tiba sahaja Laura rasa dirinya mahu terjatuh.

Oh, no!

"Ah!"

Buk!

"Aduh... sakit betul. Aku ingatkan rendah aje tadi," omel Laura sendirian sambil menggosok tangannya yang terasa sengal.

Aryan menghampiri Laura yang disangkakan pencuri itu. Perlahan-lahan sumber cahaya dari telefon pintar milik Aryan itu menyuluh ke arah Laura.

"Weh, apa kau buat ni? Sakit la mata aku!" kata Laura sambil menghalang cahaya itu menggunakan tangannya.

"Kau?" Muka Aryan berubah terkejut.

EMERALD √Where stories live. Discover now